Friday, February 8, 2013

Menghafaz Al-Quran



Asslamualaikum semua~ =)

Alhamdulillah, sempena hari yang mulia ini kyo nak kongsi sedikit sebanyak(biasanya banyak) tentang cara nak hafaz Al-Quran.

Pertama sekali, mungkin korang fikir macam susah nak hafaz, jadi buat aper hafal baik baca jer kan? Kyo btul2 mintak tolong jgn la fikir camtu
Kepada semua pembaca yang kyo kasihi, mahu ialah kehendak dan bergantung pada mindset kita sendiri utk mencapai sesuatu. Sebenarnya, hafal adalah satu benda yang mudah cuma ada sesetengah orang masih tidak menjumpai cara yg sesuai untuk diri masing2. Walaupun akan ada kesusahan tp kyo nak igtkan kembali, kemanisan sesuatu kejayaan tidak akan hadir tanpa sebarang kesusahan. Ok, selesai sesi motivasi =P 

Sebelum kita mula menghafaz kita mesti nak tahu ader aper kalau kita hafaz al-quran ni? Bagus sangat ke? Jawapannya memang teramat sangat sungguh bagus sekali! (tatabahasa pun tak boleh tandingi) =D

Manfaat seorang Hafiz/Hafizah(penghafal al-quran):
  • Ditempatkan di SYURGA yang paling tinggi
  • Dijanjikan kebaikan dan rezeki yang berterusan
  • Hati penghafaz terpelihara daripada seksaan
  • Diberi syafaat(pertolongan) pada hari kiamat
  • Dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarga daripada neraka
  • VVIP(very, very important person) disisi Allah s.w.t.
  • Didekati dan disayangi oleh rasulullah s.a.w.
  • Bekalan akhirat yang paling baik
  • Pahala yang berlipat kali ganda
  • Kemulian kepada ibu bapa penghafaz
Rasulullah pernah bersabda :



"Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada para pembacanya."

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

MasyaAllah, best kan? Selain itu, kita juga kena tahu dan fahami tips2 kat bawah:

Peringatan: jangan banyak tanya, ader hikmah tersendiri, cuma korang ikut jer =D

Cara melapangkan dada:
  • Jaga waktu solat 5 waktu
  • Sentiasa berdoa, berzikir dan beristighfar
  • Bersyukur dengan segala nikmat
  • Redha dengan setiap ketentuan
  • Bergaul dengan orang2 soleh
  • Melakukan kebajikan
Elakkan(seriously):
  • Melakukan perkara maksiat
  • Melihat dan mendengar perkara haram
  • Makanan haram
  • Aktiviti yang sia-sia
*Tips PENTING untuk menghafaz:
  • Sentiasa ISTIQAMAH dan SABAR dalam menghafaz(seriously)
  • Setiap kali kena niat utk baca, hafaz  dan beramal ikhlas kerana Allah s.w.t.
  • Tanamkan niat dan semangat yang kuat untuk menghafaz
  • Pentingkan kualiti daripada kuantiti, jangan terburu2 untuk habiskan hafalan
  • Guna Al-Quran yang sesuai dan sama sepanjang menghafal
  • Selalu bangun awal untuk menghafaz
  • Biasakan dengan tajwid dan cara bacaan al-Quran
  • Pastikan bacaan ayat lancar sebelum mengahafal ayat tersebut
  • Selalu ikut jadual dan matlamat hafalan untuk setiap hari
  • Amalkan makan madu dan kismis
  • Berusaha dalam mengamalkan bacaan ayat yang dihafaz terutama ketika solat wajib atau sunat
  • Pilih kawan/guru yang arif untuk bertasmid(semakan bacaan)
  • Masa untuk menghafal adalah bebas cuma lagi bagus untuk menghafal ketika subuh dan maghrib
Amalan sebelum menghafal al-Quran:
  1. Ambil wudhu baru
  2. Berniat bahawa usaha dan amalan yang korang lakukan untuk menghafaz adalah semata-mata ikhlas mencari keredhaan Allah s.w.t
  3. Beristighfar 10 kali
  4. Mulakan dengan selalu berdoa : "Ya Allah, tolong berikan kemudahan bagiku menghafal dan mengambil pelajaran daripada Al-Quran"
  5. Membaca Al-Fatihah
  6. Selawat ke atas nabi 7 kali
  7. Membaca ayat yang ingin dihafal

jangan segan silu untuk bertanya

Ok, selesai semua yang asas jom kita terus ke cara hafaz al-Quran ilham daripada Sheikh Wahid Abdus-Salam Bali yang kyo ubah suai mengikut citarasa dan amalkan sehingga sekarang:

Cara Hafaz Al-Quran(teknik ulangan):
  1. Baca ayat pertama paling kurang 10 kali dengan melihat al-Quran. Kalau bacaan masih tak lancar, ulang sampai lancar(supaya ayat dapat melekat dalam minda macam gam gajah) . Kemudian, cuba ulanginya tanpa melihat al-Quran.
  2. Kalau ada masalah dengan perkataan tertentu, highlightkan dan bacalah perkataan tu dengan perkataan sebelumnya dan selepasnya sebanyak 5 kali.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat.
  3. Kemudian, bacalah ayat kedua sebanyak 10 kali dengan melihat al-Quran.  Selepas itu, cuba ulangi ayat kedua tanpa melihat(sama macam langkah 1&2).
  4. Setelah ayat pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat tersebut dengan melihat al-Quran sebanyak 3 kali.  Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat.
  5. Ulangi perbuatan di atas untuk ayat ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.
  6. Lepas habis satu muka surat, sudah tiba masa untuk muraja'ah(mengulang).
So, apa itu muraja'ah? Muraja'ah adalah mengulang kembali apa yang dihafal. Benda ni sangat penting. Dinasihatkan supaya elakkan menambah hafalan yang berlebihan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada terlebih dahulu. Hal ni penting untuk mengelakkan kehilangan apa yang dihafal dan mengulangi balik dari awal, Jadi, macam buang masa jgk la kena hafal balik. So, kombinasi paling tepat = Hafal + Muraja'ah

Cara Muraja'ah Al-Quran:
  1.  Buka muka surat yang sudah dihafal.
  2.  Baca muka surat tersebut paling kurang 20 kali dengan melihat al-Quran.
  3.  Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan sepanjang bacaan ayat.
  4. Cuba ulangi tanpa melihat.

Sebenarnya ader banyak teknik lain yang kyo tambah untuk membantu hafalan. Contohnya:

Teknik mendengar:
  • Dengar dan amati bacaan
  • Praktikkan hafalan dengan bacaan tersebut
  • Kelebihan: Mudah dibawa dan dengar dengan pemain mp3/handset
  • Untuk download file mp3 al-Quran sila ke >Sini<
Teknik ketulan:
  • Pisahkan ayat kepada beberapa bahagian pendek yang sesuai 
  • Cantumkan selepas hafal supaya jadi satu ayat
  • Kelebihan: Memudahkan aturan untuk dihafal
Teknik menulis:
  • Tulis kembali ayat yang dihafal
  • Check balik dengan ayat yang betul
  • Kelebihan: Dapat mengenalpasti masalah bacaan dan sebagai persediaan kyo untuk final exam universiti Al-Azhar =D 
Teknik hafal sebelum tidur/rehat:
  • Baca dan hafal ayat sebelum tidur serta bayangkan ayat dalam minda
  • Bacakan kembali ayat dihafal sehingga tebayang dalam minda
  • Kelebihan: Cara yang rileks
Peringatan: Ambil la masa atau peluang untuk membaca seluruh 1 juzuk yang telah dihafal setiap hari selepas dapat hafal juzuk2 lain

my baby~ =)

Alhamdulilah, dengan cara tersebut kyo dapat la hafaz juzuk 30 dalam masa kurang 4 bulan sejak datang ke mesir ni. Ok la kowt daripada bermula kosong tak tau aper cara nak hafaz. Lebih2 lagi tengah sibuk belajar subjek medic yang menggunung banyaknya (~.~)


Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk menghafaz al-Quran. Semua yang kat atas adalah cara yang sesuai untuk kyo tp tidak semestinya sesuai untuk semua orang. Setiap orang ada cara yang tersendiri. Cara menghafal tiada yang betul atau salah cuma carilah cara yang paling sesuai untuk kita. Mulakan menghafal dengan juzuk 30 sampailah habis ke juzuk 1. Kalau tak nak hafal semua pun takper tp sekurang-kurangnya hafal la juzuk 30 dan pengang hafalan tu kemas2 sampai akhirat.

Kepada sesiapa yang susah menghafal dan sering lupa, jangan putus asa sebab benda ni memang sudah menjadi kebiasaan setiap yang nak menghafaz. Ada yang boleh menghafaz dengan lebih cepat dan ader jgk yang lambat. Kemampuan menghafaz berbeza bergantung kepada diri masing2. So, kalau kita rasa lambat jangan salahkan diri dan teruskan usaha. =)

Rasulullah penah bersabda:

“Alangkah mereka yang berkata : ‘Aku telah lupa ayat ini dan itu’. Namun sebenarnya ia dibuat lupa (oleh Allah ‘azza wa jalla). Maka, perbanyaklah mengingat (membaca) Al-Quran, kerana ia lebih cepat hilang/tercabut dari dada-dada manusia daripada unta yang ditambat

 (Hadis riwayat Al-Bukhari)


amalkan bacaan al-quran setiap masa

Alhamdulillah, siap jgak post kali ni. Harap korang semua bleh faham(rasa kyo dah cukup permudahkan) dan amalkan.InshaAllah,semoga kita baca bukan sekadar baca, faham bukan sekadar faham dan hafal bukan sekadar hafal malah hayati dan amalkan setiap kandungan al-Quran. Aminn~ =)

Berserahlah kita kepada Allah dan sentiasa berdoa mengharap limpah kurniaNya. Doakan untuk kyo supaya dipermudahkan hafal al-Quran sehingga hafiz. Oklah, kyo nak sambung balik juzuk 29. So, Selamat menghafaz!

Oh ya, kalau rasa post ni bermanfaat, dipersilakan untuk share ;)
Assalamualaikum~ =)

>جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا<


p.s. carilah seorang penghafaz dan pengamal Al-Quran sebagai teman hidup...dan bodek dia untuk bagi syafaat nnti =D


post signature

No comments:

Post a Comment