Assalamualaikum semua~! =)
Apa khabar sihat?
Alhamdulillah, kyo ada juga peluang nak update blog. Kali
ni kyo nak kongsi sikit
tentang niat. Mesti ramai yang dah tahu apa itu niat. Sebenarnya niat adalah
kehendak(gerak hati) kita kepada sesuatu pekerjaan terutama untuk mencari
keredaan Allah.
Niat ni merupakan skop yang memang
luas tapi kyo cuba ringkaskan dan padatkan secara umum jer. Kalau nak tahu niat
merupakan ibu segala amal. Kenapa kyo cakap macam tu? Sebabnya, apabila
terbitnya sesuatu niat, niat itulah yang menjadi pendorong sebenar dalam
melahirkan sesuatu amal. Tanpa niat, seseorang boleh diibaratkan
ketiadaan roh yang tinggal hanyalah jasad.
Rasulullah pernah bersabda:
"Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat dan sesungguhnya
bagi seseorang itu apa yang diniatkan."
(hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Apa yang kita amalkan hasilnya adalah berdasarkan niat kita. Suatu amalan kecil
boleh menjadi besar kerana niat dan juga suatu amalan yang besar boleh menjadi
kecil juga kerana niat.
Kita tidak semestinya melakukan
perkara yang baik untuk beribadah kerana meninggalkan perkara buruk juga
merupakan satu niat dan ibadah yang baik. Semuanya bergantung kepada niat kita sebagai
teras segala pekerjaan kita.
Perlu diingatkan bahawa niat
haruslah dicampurkan dengan keikhlasan dan keikhlasan pula perlu diterjemahkan
dengan kesungguhan serta syariat islam sebagai paksinya.
Amalan tidak akan sempurna tanpa
keikhlasan dan keikhlasan juga tidak akan sempurna kecuali disertai niat yang
betul semata-mata ikhlas kerana Allah. Manakala kesungguhan pula yang akan menentukan
pembawaan kita ke arah niat tersebut terutama ketika kita hendak melakukan
sesuatu perubahan.
Contoh yang mudah, apabila kita hendak mencari ilmu maka niatlah mendapat ilmu
dengan memahami dan mengamalkannya, jika tidak niat tersebut akan menjadi
sia-sia.
Dalam hal ini, apa yang kyo
nak ketengahkan adalah niat sebagai seorang bakal doktor, kita perlulah berusaha
untuk memiliki segala ilmu yang diperlukan dengan ikhlas. Sedar atau tidak semasa
menjadi pelajar perubatan la kita perlu tingkatkan usaha untuk mengambil
seberapa banyak ilmu yang boleh kerana selepas bekerja nanti susah untuk kita mencari ilmu kerana kekangan masa, sibuk dan letih dengan
kerja harian. Nasihat kepada semua bakal doktor dan juga diri sendiri supaya
ambil peluang ini sebelum terlambat.
Bagi kyo, antara dugaan sebagai seorang pelajar perubatan yang paling kritikal
adalah bagaiman untuk mengamalkan semua ilmu perubatan yang diterima. Yer la belajar
banyak-banyak pun takder guna kalau takder kesan kepada diri kita atau orang lain. Lagipun, lebih banyak ilmu yang kita ada lebih banyak tanggungjawab yang dipikul. Berhati-hatilah kerana ilmu
boleh jadi akan membawa kemudahan kepada kita dan boleh jadi akan membawa
bebanan kepada.
Imam Al-Ghazali pernah berkata “ilmu
tanpa amal adalah sia-sia, amal tanpa ilmu adalah sesat". Tidak semestinya kita
perlu sentiasa mengamalkan ilmu yang ada tetapi cukup sekadar ilmu tersebut memberi
kesan baik kepada diri dan jiwa kita kerana kesan tersebut sudah jadi amalan sepanjang
hidup kita. Jika kita berada dalam kedaan risau
dan sudah lemah semangat dengan pelbagai cabaran, ingat balik kepada niat dan
tujuan kita yang sebenar.
"Tidak
sampai kepada Allah daging dan darah kurban itu, tetapi yang sampai kepada
Allah ialah jalan taqwamu."
(surah Al-Haj ayat 37)
Korang semua perasaan tak kenapa
semua perkara yang kita buat tidak menjadi atau sukar untuk dilaksanakan kerana
terdapat masalah awal dengan niat kita. Niat bukan saja kepada bidang ilmu
sahaja tetapi meliputi semua aspek kehidupan. Jadi, niat dan beramallah, bukan
untuk orang lain yang memaksa atau bukan hanya untuk diri kita sendiri tapi ikhlas
kerana Allah. Disitulah terdapatnya keberkatan ;)
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku,
ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(surah Al-An'am ayat
162)
Ayat kat atas tu antara ayat
kegemaran kyo. Setiap kali sebelum ke kuliah atau program atau buat apa2 pun kyo
biasanya baca ayat ni. Sebenarnya, ayat ni dah diajar ketika sekolah menengah
lagi untuk subjek hafazan ala PMR dulu dan ayat ni juga terdapat dalam doa
iftitah. Ringkas tapi penuh bermakna.
Akhir sekali kyo nak tanya, apa
niat hidup korang semua? Fikir-fikirkan dan tajdij(perbaharui) balik niat anda. =D
InshaAllah, kita
jumpa lagi. Assalamualaikum~ =)
p.s. jangan sekali-kali kiat niat melakukan sesuatu keburukan kerana
Allah, yang tu sengaja cari nahas namanya.
No comments:
Post a Comment