Assalamualaikum semua~!
Harap semuanya khabar baik =)
"To stress or not to stress, that is the question" =D
Jadi pelajar ni kita tidak terlepas daripada stress atau tekanan belajar. Nasihat kyo: tak perlu pun dielak tapi cuba terima dan hadapi dengan betul.
Allah SWT berfirman:
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)".
(Surah ke-3 Ali Imran ayat 173)
Tips atasi stress:
-Semestinya pilihan yang paling mujarab untuk hilangkan stress. Tidak perlu banyak sangat tetapi cukup sekadar istiqamah dalam amalan ini. Ibarat kita sendiri membuat benteng yang kukuh terhadap stress. Dalam masa yang sama kita juga mendapat pahala.
-Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Kita kena yakin bahawa sehebat mana stress yang kita alami, ingatlan pertolongan Allah SWT sentiasa ada. Cuma Kita sendiri perlu berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Kepada Allah kita berserah.
3.Bawakan diri untuk bertenang
-Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan untuk bekalan oksigen yang cukup(akibat terdedah dengan subjek respiratory). Tenangkan diri dulu dan fikirkan balik semua masalah secara positif tidak kira betapa teruknya situasi tersebut.
4.Ambil wudhu'
-Ambil wudhu' ibarat rawatan refleksiologi kepada badan. Air daripada wudhu' dapat menstabilkan balik suhu badan ketika kita marah atau emosional. Dengan wudhu' setiap sel dalam badan kembali aktif sebab itu kita rasa kembali segar dan tenang selapas berwudhu'.
5.Ambil masa untuk tidur yang berkualiti
-Tidur yang berkualiti dapat mengelakkan ketidakstabilan hormon dalam badan dan seterusnya mengekalkan fisiologi(fungsi) badan yang seimbang. Ia juga memberi peluang untuk kita lupakan stress yang dialami dan fokus kembali kepada perkara yang lebih penting.
6.Dapatkan sokongan sosial
-Berkongsilah masalah dengan orang yang terdekat. Luahan masalah itu dapat menghilangkan stress kita dan kalau bernasib baik orang tersebut dapat membantu kita selesaikannya. Aturan sokongan sosial yang betul; Allah SWT, Ibu Bapa, keluarga, kaunselor dan kawan.
7.Makan coklat
-Makan coklat dengan kadar yang cukup dapat mengeluarkan hormon endorphin yang dapat meningkatkan mood ceria kita. Selalu sediakan coklat dimana anda berada. Makananan lain pun boleh cuma cara makan coklat ini antara kegemaran kyo.
8.Lakukan perkara yang kita suka
-Bersukan, mebaca novel/komik, tengok movie atau lakukan apa-apa hobi yang sihat. Buatlah perkara yang kita suka tanpa sebarang paksaan. Lebih bagus jika dapat lakukan dan luangkan masa bersama orang-orang yang tersayang.
Stress sebenarnya hanyalah permainan minda dan emosi kita. Apa-apapun bergantung kepada mindset kita sendiri untuk memilih untuk menjadi stress ataupun gembira.
Okay, selesai muqaddimah =D
Pepatah inggeris ada kata : "All work a no play makes Jack a dull boy but All work and no play makes Jack a poor boy". Di sini kita bleh nampak antara kerja dan main kena seimbangkan tapi kalau boleh lebihkan untuk bekerja ;)
Kali ni kyo nak kongsi skit cara kyo sendiri nak release tension dan dalam masa yang sama belajar sedikit pasal perubatan. Macam pepatah melayu sambil menyelam minum air. =P
Sebagai contoh cerita House MD
Kepada sesiapa yang suka tgk tv bleh la tonton siri ni. Rasanya kyo tak perlu cerita sngt sbb kebanyakkannya dah kenal tp yang belum lagi tuh cerita ni mengisahkan seorang doktor bernama house yang agak psiko sikit tp cuba sedaya upaya nak selamatkan pesakit. Walaubagaimanpun, disarankan jangan ikut perangai dr. house ni. Banyak perkara yang salah adab dan melanggar etika seorang doktor.
Tapi drama yang best untuk ditonton. Walaupun keadaan cerita mungkin tak sama dengan realiti tp kebanyakkan membantu mendedahkan diri kepada situasi di hospital. Kyo dapat tahu tentang kehidupan, pelbagai diagnosis(mengenal pasti penyakit) pelbagai penyakit yang jarang dijumpai, simpton-simpton(tanda-tanda awal) dan cara nak rawat. Yang bestnya semua tu kyo dapat dengan rileks jer tgk.
Kalau nak tengok cerita House MD bleh download torrent kat sini: >House MD torrent<
Tapi sebelum tu kena download & install software torrent kat sini: >uTorrent<
Satu lagi, kepada yang suka tengok manga bleh la tengok Saijou No Meii(The Best Skilled Surgeon).
Cerita ni mengisahkan seorang doktor muda yang power dalam pembedahan. Diisinya dengan banyak nilai murni seorang doktor yang sebenar yang boleh kita contohi. Cerita ni dapat membuat kita terfikir balik kenapa kita ambil medik. Apa-apapun cerita yang sangat berinformasi dan seronok untuk dibaca.(Malas nak tulis lebih jadi silalah baca sendiri) =D
Nak tengok manga ni bleh la ke link >Saijou No Meii manga<
Well, just let procastination do the work for you ;)
Hmm...kalau nak btul2 tgk cerita kyo recommendkan anime ni: Sword Art Online
Bagi kyo, memang antara anime yang terbaik pernah kyo tgk. Mungkin sebab gabungan elemen game dengan anime. Kyo bagi rating 9.5 daripada 10 untuk anime nih. Sebenarnya anime ni diadaptasi daripada light novel. Kalau kyo cerita lebih takut bagi spoiler plak. Kepada sesiapa yang suka anime dan yang tak suka anime cuba-cuba la tengok. =D
Link ke novel: >Sword Art Online Light Novel< (untuk penggemar baca novel)
Torrent untuk cerita ni kat sini: >Sword Art Online torrent<
Selamat membuang masa..eh silap, mengisi masa~ =D
Setakat sini saja perkongsian untuk kali nih. Sebenarnya ilmu ada dimana-mana sahaja cuma kita perlu peka dan sedar dengan persekitaran kita. Akhir kata, kyo harap korang semua jangan stress sangat belajar. Belajar kan satu ibadah. Selalu ceriakan diri anda~! ;)
Semoga kita berjumpa lagi~ =)
Tambahan:
p.s. final exam dah nak dekat (>_<)