Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

End of Medical Year 2



Okay, 1...2...3...

Fuhhhh~~

Uhuk, uhuk... Banyaknya habuk!
Ni kes dah lama tak buka internet ni >_<

Anywayyy, assalamualaikum semua~! 
Lama tak jumpa, harap semuanya sihat =)

Alhamudlillah, akhirnya, berpeluang untuk update blog. Banyak jugak perkara yang berlaku 3-4 bulan ni. Tapi yang bestnya final exam dah habis dah, oh yeah~! 

Nak cerita pasal final exam, alhamdulillah, ok jer. Banyak jugak dugaan untuk exam tahun ni dengan format lain, soalan-soalan susah teramat sangat(perkara biasa kowt), subjek yang lebih banyak, jadual yang tak konsisten dan exam clash dengan world cup.Yang last tu selingan jer tp nak kena mention jgk =D
Ingat lagi malam sebelum exam, bleh lagi tengok world cup bukannya nk study pun. Ala, orang yang tak tengok bola pun bleh fail jadi lebih baik tengok jer bola. =D Inilah yang terjadi apabila syaitan berbisik, nauzubillah.


Subjek yang kitorang belajar untuk tahun 2 perubatan Azhar sama macam tahun 1 dengan anatomy, physiology, biochemistry dan al-quran juzuk 29 tapi tambah psychology, tafsir dan balaghah(subjek bahasa arab). Anatomy sambung kepada thorax dan head & neck. Physiology kepada tajuk endocrine, kidney reproduction dan yang paling penting central nervous system(CNS). Biochemistry plak lebih kepada semua process dan mechanism untuk setiap metabolism carbohydrate, protein dan fats. Subjek Al-Quran Juzuk 29 berbeza daripada juzuk 30 dengan surah yang panjang jadi kena bagi lebih perhatian. Pyschology paling sempoi, jawab jer exam ikut nota(macam nak jawab subjek sejarah plak). Semua tu tak susah dan juga tak senang tapi kalau tak belajar langsung memang susah la. 

Bagi kyo, memang kena struggle la semua subjek arab. Pergi  kelas, prof ajar complete dalam bahasa arab memang tak faham la. Exam pulak, semua soalan dalam bahasa arab yang entah boleh faham ke tak dan jawab pun dalam bahasa arab yang betul ke tak jawab. Entah kenapa selalu jer sedih kalau nk cerita pasal pelajaran arab ni. Nasib baik ada kawan-kawan yang sudi tolong insan yang lemah ni. Terima kasih sangat kyo ucapkan. Apa-apapun kena usaha lebih lagi untuk bahasa arab ni, InshaAllah. Satu lagi, doa-doakanlah supaya kyo lulus exam yer ;)


Ramai yang tanya, balik Malaysia ke tak tahun ni? Untuk pengetahuan, tahun ni, kyo tak balik Malaysia(nada sedih). Takderlah sajer jer nk menikmati ramadhan kat Mesir sebab tahun lepas balik sebelum ramadhan. Walaupun bulan puasa jatuh pada musim panas kat mesir ni tapi bleh jer tahan bahangnya. Alhamdulillah, semua ok. Bersahur plak pukul 2 pagi sebab pukul 3 dah nak masuk waktu subuh. Makan tak penting sangat yang penting kena minum air banayak-banyak sebab haus kowt musim panas macam ni. Berbuka puasa kat sini simple jer, 3 biji kurma dengan air lepas tu terus solat maghrib kat masjid. Memang lebih berkat berbuka puasa dengan cara yang rasul ajar.

Persoalannya, kenyang ke tak? Mestila tak kenyang sebab itu la kitorang makan juadah berbuka lepas solat. Banyak jer masjid kat mesir yang bagi jaudah berbuka, biasanya diorang bagi lauk daging dengan nasi sekali dengan roti. Bulan puasa ni la bleh jimat sikit duit makanan =D Tapi rindu jugak dengan juadah berbuka puasa kat malaysia yang penuh dengan ayam perciknya, nasi kerabunya, ayam/daging bakarnya, kuih-muihnya. Surpp..Terliur la plak. Sabarlah diri ini, almaklumlah tengah puasa.


Terawih kat mesir macam mana pula? Terawih pun macam biasa, ada masjid imamnya habiskan terawih berjam-jam baca 1-2 juzuk Al-Quran. Ada yang terawih biasa jer bergantung kepada tempat dan keadaan. Yang bestnya kalau bacaan imam yang merdu. Jadi lebih bersemangat nak solat sampai tak kisah kalau terawih tu lama. Best jugak pergi solat terawih kat masjid-masjid yang berlainan lepas tu kira la mana satu masjid  yang terawih habis paling cepat =P Itulah sedikit pengalaman kyo meyambut ramadhan kat mesir. 

Rasanya belum terlambat lagi nk ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua umat islam seluruh dunia.

Kalau ada rezeki dan umur kita jumpa lagi, inshaAllah. =)



post signature

Sunday, June 30, 2013

Final Exam Year 1 Part 2


Salam sejahtera~! =)

Kyo doakan korang semua dalam kedaan baik.

Pertama sekali ucaplah Alhamdulillah tak kira dalam apa-apa situasi  pun. Selepas selesai final exam subjek bahasa arab pada 23/6/13 yang lepas secara rasminya berakhirlah sesi pengajian perubatan untuk pelajar tahun 1 di Al-Azhar. Oh Yeah~! =D


Sori la lambat sikit nak update sebab biasala lepas final kyo pun nak rileks-rileks jugak So, straight to the point kyo nak sambung post yang lalu.

Oh, lupa nak bagitau, sistem pembelajaran kat mesir berbeza dengan kat malaysia. Sama juga untuk universiti-universiti lain di negara-negara yang lain buat pelajar-pelajar yang lain.(betul ke ayat ni?)

Peringatan: Jenis dan bentuk soalan mungkin tidak sama dan akan berubah dari masa ke masa tanpa sebarang makluman.

Ok, kyo mula dengan subjek Al-Quran. Biasa untuk kami di azhar untuk ambil subjek WAJIB ni tapi tak perlu risau sangat. Macam kyo, walaupun takder background sekolah agama pun boleh lagi nak lulus. Bukannya kita belajar jenis qiraat(cara bacaan), tafsir  atau tajuk-tajuk lain yang ada di madrasah peringkat tinggi. Cuma basic kepada hafazan dan tajwid jer.

Macam kitorang tahun 1 kena hafaz seluruh juzuk 30, tahun 2 juzuk 29, tahun 3 juzuk 28 dan seterusnya untuk tahun-tahun lain. Kalau kita istiqamah dalam hafalan kita inshaAllah bleh jawab final exam tu. Macam kyo, paling kurang cuba la hafaz satu baris ayat selepas setiap kali solat dan ambil masa untuk murajaah(ulangkaji) surah sampai kita betul-betul ingat. Dalam setahun tu bleh la habiskan 2-3 juzuk. Pendek kata, buat jer apa-apa pun yang penting dapat hafaz semua surah untuk tahun tu.


Exam quran terbahagi kepada exam bertulis dan oral. Untuk ujian bertulis, soalan biasanya suruh kita tulis balik ayat, susun, atau lengkapkan surah al-quran. Kalau tak nak tulis baris pun takper. Nak diceritakan kyo ada sedikit masalah untuk jawab. Disebabkan terlalu fokus dengan murajaah jer tapi kurang buat latihan, nak tulis pun tak berapa pasti kalimah ayat dia macam mana. Memang kyo tulis ayat bergantung kepada bacaan mulut kyo jer la. So, pengajaran disini, biasakan dengan latihan menulis surah al-quran.

Nak tahu macam mana bentuk soalan Al-Quran bleh tengok dalam file INI.
Yang tu contoh jer. Soalan yang kitorang jawab lagi susah.

Selesai ujian bertulis kitorang terus kepada ujian oral. Yang ni lagi senang bagi kyo tapi yang tak best kena tunggu giliran dengan orang lain. Kita cuma perlu  bertasmid(semakan bacaan) dengan prof. Prof akan bagitau kita surah apa yang perlu dibaca dan kita apa lagi, baca la. Kalau memang lansung tak hafal, cakap jer dengan prof kita nak tasmid surah 3 qul atau mana-mana surah yang kita tahu. Walaupun tak dapat markah tinggi tapi boleh la lulus(kata senior). Ada juga prof suruh kita sambung ayat yang beliau baca sehingga habis atau sehingga prof kata berhenti. Kyo masa tu kena tasmid seluruh surah An-Naba' dan Al-Abasa. Yang tu lancar jer baca tapi entahlah kenapa tapi pada bahagian sambungan ayat , mulut kyo baca jer sambungan ayat tersebut walaupun pada masa tu tak pasti surah apa yang dibaca. Setiap usaha yang kita buat Allah akan tolong.

Untuk tahun 2 nnti kyo dah hafaz dah juzuk 29 cuma kena banyak lagi mengulang. Kyo nak ingatkan kembali kita hafaz al-quran bukannya semata-mata untuk exam tapi ikhlas untuk amalan hidup diri kita. Kepada sesiapa yang nak tahu tips hafaz Al-Quran bleh la baca kat SINI.



Seterusnya, kita pergi kepada exam Anatomy. Exam yang terlalu banyak menghafal tapi kurang memahami.
Untuk bersedia dalam exam ni, kyo terpaksa ulangkaji dan ingat buku nota anatomy yang telah banyak dipermudahkan seluruh 350+ muka surat sahaja(paling kurang untuk lulus). Kitorang rileks jer study dengan tulang-tulang dan mayat. Tulang/mayat jer pun. Bukannya mayat tu bangun balik jadi zombie. =P

Exam anatomy terbahagi kepada bahagian bertulis, lisan dan praktikal. Untuk ujian bertulis bagi tahun 1 kitorang kena cover upper limb(lengan), lower limb(kaki), abdomen(perut) dan basic embryology. Nasib baik ada soalan MCQ tapi kyo tak ingat dah berapa soalan(kebanyakkan kertas soalan dan jawapan diambil). Ok la boleh main counter-strike(menembak) sikit-sikit kat situ.

Solan esei anatomy biasanya tanya tentang types, comparison, enumeration, naming, location, lymph drainage, branches, course, attachments, blood supply, nerve supply, action, relations effects of lesion, compartment, contents, distribution, origin atau definition. Apa-apa pun rileks la dulu, yang tu baru general idea untuk jenis soalan esei yang akan ditanya. Kita tak masuk kepada bahagian anatomy lagi yang kena banyak mengingat. Kalau korang nak tahu bahagian yang lebih dalam, baca la buku anatomy =P



Untuk ujian lisan, kitorang kena masuk makmal anatomy sebab kat situ la tersimpannya tulang-tulang yang akan diiguna oleh prof untuk tanya soalan kepada kita. Kebiasanya prof akan tunjuk dan tanya apa attachment kat tulang-tulang tersebut serta function, blood/nerve supply tapi ader banyak lagi soalan random yang kita tak jangka akan ditanya. Alhamdulillah, kyo dapat la jawab keseluruhan soalan prof. Pada akhir oral, prof bagitau "You are very good", kyo senyum dan ucap "Thank you" jer la =D

Bagi kyo, ujian oral ni macam kita pergi interview. Jadi, sebelum interview mesti la kita kena bersedia dan belajar teknik-teknik tertentu. Kes ni sama macam ujian oral. Kyo nak kongsi sikit teknik jawab ujian oral yang kyo sendiri buat.

Pertama sekali buat muka cool, senyum dan rileks jer. Jangan buat muka blur plak depan prof. Kedua, kalau nak jawab tu kena la selalu confident walaupun tak pasti betul ke tak jawapan kita bagi. Ketiga, kalau soalan yang ditanya tu kemungkinan ada banyak jawapan, cuba dahulukan dengan jawab "firstly, we have the... one of the... some... many of the..." secara generalnya macam kita buat impression kita tahu banyak jawapan kat prof tapi padahal kita tahu satu dua jer. Sebenarnya prof biasanya nak satu jawapan pun dah cukup dan teruskan kepada soalan lain. Nampak tak permainan dia kat situ? =P



Untuk ujian praktikal selalunya buat kat makmal anatomy juga sebab kat sini juga tersimpan mayat-mayat atau mumia-mumia mesir(gurau jer). Sistem dia seperti ujian praktikal yang lain, ada stesen-stesen yang perlu dijawab dalam masa yang diberi. Lebih kurang 20 stesen kitorang kena jawab. Tapi yang tak sedap hatinya mayat-mayat yang kitorang guna macam dah lama. Rasanya mayat dah jadi macam kayu balak basah, kesian. Ada bahagian yang terputus/hancur. Jadi kitorang susah sikit nak identify bahagian yang kena jawab. Kalau tak pasti, jawab jer yang berkaitan. Praktikal tak susah sangat cuma kena study mayat betul-betul. Kalau tak, tak pasal-pasal kita yang akan jadi 'mayat' masa exam nnti.

Exam seterusnya, exam histology. Histologi macam kita belajar sel-sel badan tapi dengan lebih banyak dan dalam. Seperti biasa terbahagi kepada exam bertulis, lisan dan praktikal; Ujian praktikal sebenarnya tak susah. Kitorang cuma kena hafal dan biasakan dengan semua slide microscope sebab exam praktikal memang memerlukan kita identify slide jer. Lagipun ada 10 stesen jer kena jawab. Tapi kena berhati-hati kerana slide yang kita ulangkaji tak semestinya sama dengan slide exam. Cuma kita kena tahu keypoint untuk setiap slide.

 Moderator Band(septomarginal trabecula): Hematoxylin & Eosin Stain

Selesai praktikal, kena tunggu giliran ujian lisan dengan prof. Group kyo dapat dengan histology head of department(HOD). Macam overkill jer kitorang kena oral dengan HOD tapi nasib baik beliau baik hati. Walaupun ada soalan yang ditanya susah dan banyak kawan kyo yang tak berjaya bagi jawapan, prof masih lagi bagi markah tinggi untuk group kyo. Rezeki dikatakan ;)

Untuk exam bertulis, bahagian yang paling best MCQ histo ada sebanyak 40 soalan untuk kita mencuba nasib. Kalau ada yang bernasib baik, mungkin ada sebahagian soalan exam yang sengaja atau tidak disengajakan rosak/ralat akan diberi markah percuma. Oh, terima kasih prof. Kitorang memang sayang prof banyak-banyak. =D

Lepas MCQ ader soalan subjektif macam bagi definition, matching, enumeration, fill int the blank dan sebagainya. Alhamdulillah, berkat buat dan faham beribu-ribu soalan MCQ histologi, kyo dapat siapkan dalam masa sejam daripada 3 jam yang diberi dan dapat balik awal sambung tidur. =P


Last but not least, exam Arab (Nahwu & Sorof). Nahwu(biasanya orang panggil nahu) bermaksud  perubahan akhir harakat setiap kalimah dalam ayat; berbaris fatahah (atas), kasrah (bawah) atau dhommah (hadapan) manakala Sorof pula bermaksud perubahan sesuatu kalimah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Pendek kata, macam tatabahasa untuk bahasa arab dan juga WAJIB diambil dan kalau tak lulus kena repeat year. (=.=)



Bagi orang yang drop dan tak pandai bahasa arab macam kyo ni, subjek nahu dan sorof ni memang susah nak ingat dan faham. Tapi kalau dah tiba di mesir dan tambah lagi masuk Al-Azhar bahasa arab tak boleh dielakkan. Nasihat kyo banyakkan bersabar dan teruskan belajar bahasa arab walaupun tak faham prof ajar. Angguk kepala dan seyum jer la. =P




Untuk exam bahasa arab, soalannya memang berbeza setiap tahun. Untuk tahun ni, kitorang kena buat 7 ayat berdasarkan 4 tajuk diberi(pilih satu), perbetulkan kesalahan ayat dan sebab, susun ayat dan buat ayat berdasarkan nombor. Untuk bahagian bina ayat, keep it simple kalau panjang sangat nanti tersalah tatabahasa. Perbetulkan kesalahan ayat memang kena fokus setiap perkataan supaya nahu dan sorof dia betul(yang ni memang susah). Susun ayat pula memang soalan ni kyo tak faham maksud jadi apa boleh kita buat? Susun jer ayat dan cari kaitan sehingga seluruh ayat tu okay didengar atau macam betul(tawakkal jer la).


Bagi kyo, exam bahasa arab exam paling susah. Walaupun diberi 3 jam untuk jawab, kyo habiskan dalam masa sejam dan balik sujud syukur. Bukannya boleh buat apa-apa sangat. Soalan pun kyo tak tahu nak jawab macam mana sebab semuanya dalam bahasa arab yang kyo tak faham. Apa-apa pun jawab dengan tenang dan ringkas. Yang penting jangan putus asa dan buat yang terbaik. Dan yang paling penting final exam dah habis~! =D



"...Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik- baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)"


(Surah ke-3 Ali Imran ayat 173)

Eh, kalau kita fail subjek macam mana pula? Kepada subjek yang gagal, kita kena repeat paper (dhur tani) lebih kurang sebulan selepas exam. Tapi kalau fail jugak, boleh kita ambil 1-2 subjek medic yang kita fail tu untuk carry ke tahun 2. Yang ni leceh la sebab masih lagi kena study subjek tahun 1. Kalau fail lebih daripada tu kena repeat year la jawapannya. So, jangan fikir kita gagal tapi fikir jer macam mana cara nak lulus. Harap-harapla kyo lulus semua subjek. Katakan tidak kepada repeat paper =P

Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran untuk final exam tapi semuanya berjalan dengan lancar.So, what now? Selain daripada teruskan berdoa dan bertawakkal, jom kita layan game dan movie. Banyak sangat yang perlu kyo qada(ganti) kes exam.Peringat kepada diri kyo sendiri, blog pun kena berjalan jugak cuma halangan sekarang internet tak stabil: kejap ada tapi lama takder(salahkan syarikat internet) lagipun banyak aktiviti lain kyo nak buat.

Kepada pelajar yang masih lagi dalam musim peperiksaan, teruskan ulangkaji dan buat terbaik dalam setiap ujian supaya dapat result yang bagus, InshaAllah.

"Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat yang sebaik-baiknya".

(Surah ke-13 Ar-Ra’d ayat 29)

Oh lupa nak bagitau, inshaAllah, kyo akan bertolak balik malaysia pada 5/7/13 nanti. Buat masa ni rileks dulu kat mesir. Eh, rasa rindu pulak nak jumpa orang-orang kat malaysia terutama keluarga dan kawan-kawan kyo. Bila nak belanja kyo makan? Kalau belanja kyo sayang, kalau tak belanja...kyo tetap sayang kowt~ =D
Doa-doakan kyo selamat balik malaysia yer. ;)

Setakat sini dulu post kali ni. Harap korang semua jaga diri, jaga iman, jaga hati. InshaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi =)


p.s. takder duit nak beli souvenir




Friday, May 24, 2013

Final Exam Year 1 Part 1



Salam sejahtera semua~! =)


Oh, exam fever, salah satu masa apabila pelajar-pelajar rajin buka buku...kowt
Bila kyo terfikir pasal hal ni rasa cuak jgk...yer la bukan sembarangan exam...final exam jer pun~
Tak tau la risau pasal exam atau risau macam mana nak update blog yang tengah berhabuk ni =/

Alhamdulillah, akhirnya dapat jgk curi masa nak update. Rasa dah berkarat nak tulis dan keluarkan idea tapi kyo cuba buat terbaik. Yang penting kyo dapat berjumpa dengan pembaca-pembaca yang kyo sayangi. Padahal selama ni takder mood jer nk update tapi keutamaan tetap kepada exam~! =P

Post kali ni kyo nak cerita sikit pasal dua exam yang berjaya kami, budak-budak perubatan azhar tahun 1 lalui dengan pasrahnya...


Pertama sekali, final exam kitorang bermula dengan subjek Physiolgogy written. Yang ni memang kena banyak baca sbb senior sendiri cakap bnyak yang kantoi subjek fisio. Awalnya kitorang ok jer nak baca fisio cuma masalahnya benda yang kena baca dan ingat tu banyak sangat. Lagi-lagi kena cover seluruh buku. Rasanya kitorang semua ada lebih kurang 8 buku department. Ada jugak sahabat yang rajin beli buku daripada universiti lain atau buku international sebgai rujukan tambahan tapi tak kisahlah, yang penting buku medic kena baca.

So, pendek kata masa final exam ni rutin harian kitorang pagi, tengahari, petang dan malam buat benda yang 'berfaedah'...semestinya buku jadi teman rapat kami ;)
Alhamdulillah, time exam fisio tu banyak jgk la kyo bleh jawab...semuanya dengan bantuan Allah..

40 soalan MCQ a.k.a. multiple choice question a.k.a soalan abcd kalau nak senang faham(kacang jer nak tembak) dan 8 soalan essay...myocardial ionic basis, coronary blood flow, acute haemorrhage compensatory reaction, anemia types, immunity types, pelvic viscera stimulation, gastric motility, gall bladder, lung surfactant, hypoxia types, latent period, muscle fatigue. Tapi yang tak sedap hatinya soalan esei dia susah nak dapat markah =(


Itu baru jer written exam, yang seksanya masa exam oral dan praktikal. Kenapa korang tanya? Sebab kitorang kena tunggu lebih kurang 4-5 jam untuk tunggu giliran..yerlah kitorang exam sekali dengan pelajar arab yang entah berapa banyak bilangannya. Padahal masa untuk exam oral lebih kurang 5 minit jer dan untuk praktikal 20 minit jer. Sempat jer nak baca buku masa tu tapi masalahnya apabila otak dah tepu baca banyak mana pun tak masuk-masuk jugak. Stress sebab menunggu bkn stress nak exam (~.~')

Masa oral exam, professor akan tanya jer apa yang dirasa beliau nak tanya..jadi kena bersedia dengan semua fakta dalam kepala(hasil bacaan semua buku fisio) kalau tak, memang blank dan tak dapat jawab la. Kalu tak tau jawapan, korang senyum-senyum kambing jer la... =D
Tapi takper ader jgk prof yang baik hati tolong pelajar...itu pun bergantung kepada nasib masing-masing.

Practical exam plak macam written tp solan subjektif jer + kenal pasti eksperimen...ada banyak stesen untuk kita jawab dalam masa seminit lepas tu ke stesen seterusnya sampai habis...untuk eksperimen kyo kena measure atrial blood pressure(tekanan darah)...tak susah pun... measure dulu guna palpatory method untuk systolic pressure dengan sphygomanometer..lepas tu measure guna auscultatory method untuk systolic dan diastolic pressure guna stethoscope dengan sphygomanometer(chewah, dah bleh ambil bacaan tekanan darah dah sekarang)...sambil buat tu examiner akan tanya kita soalan yang berkaitan, macam oral jgk la.




Exam kedua biochemistry. Bagi kyo exam biochem ok lagi daripada fisio. Kyo lagi suka jawab biochem daripada fisio sebab soalan written dia banyak tp sesuai dengan pemarkahan berbanding dengan fisio, soalan dia sikit tapi pemarkahan tinggi. Nak jawab apa lagi pun tak tau sebab dah 'goreng' habis dah semua ramuan-ramuan berserta perencah-perencah dia sekali..
`
Untuk written biochem ada 30 solan MCQ untuk ditembak, kalau lagi banyak MCQ kan lagi bagus tak perlu la fikir jawapan banyak-banyak...pilih jer antara a,b,c,d tu ;)

Essay biochem plak ada 10 soalan tp banyak sub tajuk untuk 'digoreng'/dijawab (yang ni best sebab tak sia-sia kita prepare semua tajuk): peptide bond, surface tension, osmotic, adenosine triphosphate(ATP), allosteric modifier, amino sugars, isoenzyme, thiamine diphosphate(TPP), DNA repair, glycoprotein, biosynthesis, lipositol, mRNA modification, gangliosides, polymerase chain reaction(PCR), thymine dimer repair, vitamin.


Untuk oral biochem takder beza sangat dengan fisio, yang penting kena bersedia dengan soalan-soalan killer daripada prof =D

Untuk exam praktikal biochem, kitorang diberi sejenis unknown solution jadi kerja kitorang kena identify unknown solution tersebut. Contohnya, monosaccaride macam glucose, atau disaccaride macam sucrose, fructose atau protein macam albumin, globulin, gelatin etc.

Jadi, untuk mengenal pasti unknown apa yang kita dapat, kita kena buat pelbagai test untuk confirmkan. Bagi kyo yang dapat confirmkan fructose, fistly kena buat buiret test, molish's test, iodine test, benedict's test, barfoed's test dan banyak-banyak lagi test semata-mata nak lulus exam praktikal ni (=.=)
Lepas tu kena bagitau physical properties dia macam volume, odor, taste, solubility etc.

Alhamdulillah, kyo dapat siap awal tapi disebabkan terlalu banyak lagi masa dan keboringan yang melanda, kyo cuba la buat eksperimen sendiri macam direct burning of solution. Seperti biasa bagi negative result untuk protein tp yang bestnya bau yang keluar daripada gula fructose yg dimasak. Bau macam gula-gula kapas(cotton candy)! Okay, yang ni memang dah lama tak makan. Apa-apa pun sebab tambahan untuk confirmkan unknown tu gula  =P


Sedikit Tips untuk Exam:

1. Cepat buat, cepat balik.
2. Baca buku sebelum anda dibacakan.
3. Jawab esei dalam bentuk point.
4. Jawab jer semua yang anda tahu.
5. Usaha sebelum Tawakkal.

Semoga dapat dijadikan pengajaran kepada bakal-bakal junior azhar nanti.

Anyway, kitorang ada exam Al-Quran dalam masa terdekat ni. Doa-doakan kami semua di Al-Azhar selamat menghadapi final exam(imtihan) dengan tenang, Aaminn~ =)

"Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" 

(Surah ke-94 Al-Insyirah ayat 5-6)

Setakat sini dulu post untuk kali ni. InshaAllah, kyo akan usahakan untuk update blog ni. Semoga kita jumpa lagi~! =)


p.s. bila nak balik Malaysia? 

post signature