Friday, October 25, 2013

Malaysia Atau Mesir?

Salam Sejahtera Semua~
Apa khabar sekarang? Harap semuanya sihat. =)

Kali ini kyo nak kongsi sikit tentang isu pelajar-pelajar yang telah atau akan belajar di mesir disebabkan krisis yang melanda Mesir tempoh hari. 

Mengikut stastistik Kementerian Pendidikan, terdapat lebih 2,000 pelajar memohon untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan yang membabitkan pelajar tajaan JPA, Mara dan lain-lain

Langkah kerajaan untuk memberi peluang kepada pelajar mesir menyambung pelajaran di Malaysia sebenarnya bagus tetapi tidak konsisten. Kita lihat pelaksanaannya melalui pemindahan kredit bagi pelajar pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah mengikut prinsip 'parallel' atau 'minus one rule' berdasarkan tahun pengajian. Contohnya, pengajian perubatan di Mesir mengambil masa 6 tahun, manakala di Malaysia mengambil masa 5 tahun. Dari segi kesetaraan, pelajar tahun 4 di Mesir adalah setara dengan pelajar tahun 3 institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.


Dalam kertas jelas nampak mudah tetapi realitinya tidak semudah itu. Tidak semestinya tahun pengajian di Mesir akan ditolak satu tahun apabila berpindah ke Malaysia kerana awal-awal lagi sistem, politik dan pentadbiran universiti di Mesir dan Malaysia adalah berbeza. 

Syarat-syarat dan perkara-perkara tertentu meyebabkan seorang pelajar tidak mengikuti sistem di atas. Contohnya, pelajar mesir tahun 3 tidak semetinya sambung ke tahun 2 mungkin akan sambung balik ke tahun 1 bergantung kepada tawaran daripada universiti dan pelajar praktikal tahun 6 mungkin akan mula balik ke praktikal tahun 3 di Malaysia.

Pelaksanaan ini dibuat secara 'one-off' iaitu khas untuk kumpulan yang menghadapi krisis Mesir tahun ini sahaja. Bermaksud selaps ini kerajaan tidak membenarkan pemindahan kredit lagi apabila berlaku apa-apa krisis nanti di mesir.

Walaubagaimanapun, persoalan paling penting kepada setiap pelajar mesir sekerang iaitu hendak melanjutkan pengajian di Malaysia atau terus sambung pelajaran di Mesir?

Pertama sekali, sebelum membuat apa-apa keputusan setiap anggota keluarga pelajar mestilah mengetahui dan menyelidiki keadaan sebenar. Kenyataan tanpa kajian akan menimbulkan kekecohan dan kerisauan dalam kelangan kita. Kepastiaan sesuatu perkara mestilah dicari serta diselidiki sebelum diadili.

Berkaitan dengan keadaan dan kerisauan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka di mesir adalah perkara yang paling diketengahkan atau dipanggil 'spotlight' isu penghantaran pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir. Itu kyo faham kerana keselamatan diri haruslah diutamakan terlebih dahulu.


Sebenarnya kyo sudah selamat sampai ke Mesir pada minggu lepas. Tiada masalah bagi kyo sepanjang perjalanan untuk sampai di bumi anbiya' ini. Kuliah bermula seperti biasa selepas penangguhan walaupun terdapat ketiadaan untuk kelas-kelas tertentu buat masa awal-awal ini(perkara biasa) tetapi kuliah tetap berjalan. Alhamdulillah, kitorang gembira dapat jumpa kembali selepas 2 bulan lebih kitorang bercuti di Malaysia. Perjalanan kitorang pergi dan balik ke universiti pun seperti biasa tiada halangan.

Isu keselamatan di Mesir sepanjang tempoh kyo berada di sini adalah dalam paras selamat lagi. Mengikuti kelas pegajian kitab masih ada seperti biasa. Walaupun perintah 'curfew' pada waktu 11 malam masih dilaksanakan tetapi apa yang kyo nak kata keadaan di mesir masih selamat untuk kita belajar. Pelaja-pelajar yang tidak pulang dalam Ops Piramid disebabkan pembelajaran atau peperiksaan ulangan(dhur tani) masih lagi selamat sepanjang krisis di Mesir.

Jadi, setiap anggota keluarga dan pelajar boleh menilai balik sama ada mahu meneruskan pengajian di Mesir atau di Malaysia kerana setiap pelajar mempunyai matlamat atau misi tertentu utuk diri masing-masing. Dalam hal ini  kerajaan telah memberi peluang untuk pelajar mesir memilih. Untuk masa ini, kerajaan tidak menyekat mana-mana pelajar-palajar baharu persendirian untuk belajar di Mesir.

Jikalau hendak membuat pertimbangan yang mana satu lebih baik sama ada sambung belajar di Malaysia atau di Mesir adalah satu perkara yang subjektif kerana setiap perkara ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Belajar di Malaysia bagus dan belajar di Mesir pun bagus. Kita sendiri boleh buat satu senarai imbangan baik dan buruk untuk keputusan sambung belajar di Malaysia tetapi ingin kyo ingatkan tidak semestinya sesuatu yang baik itu baik untuk kita kerana yang baik mungkin akan disia-disiakan atau lebih teruk buruk untuk kita.



"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Sebagai contohnya, dari segi perubatan secara umunya ubat itu bagus untuk mengubati penyakit tetapi apabila kita makan ubat secara berlebihan atau ubat yang salah kita mungkin akan terima kesan yang buruk. Atau contoh yang lagi popular, perkahwinan itu sesuatu yang bagus tetapi apabila berlaku paksaan dan diri kita tidak menjaga tanggungjawab masing-masing akan memberi kesan buruk sepanjang kehidupan kita. Sebab itu kyo masih lagi single. =D

Manakala sesuatu yang buruk itu semestinya buruk untuk kita. Walaupun pada awalnya ia bagus tetapi akan memberi kesan jangka panjang tanpa kita sedari. Sebagai contohnya, rokok atau dadah dapat memberi 'ketenangan' tetapi kesannya membawa padah yang tidak terkawal. Benda yang buruk berbeza dengan benda yang kita tidak sukai kerana benda buruk tetap buruk untuk kita manakala benda yang kita tidak sukai boleh berubah kepada yang baik atau buruk. Jadilah masyarakat yang bebas daripada dadah; pesanan daripada penaja, Agensi AntiDadah Kebangsaan. ;P

Okay, sambung balik kepada topik, ada yang telah membuat keputusan sambung belajar di Malaysia. Kami faham dan hormati keputusan tersebut kerana itu adalah keptusan yang terbaik untuk diri anda. Cuma ingatlah kami yang berada di Mesir sentiasa mendoakan kejayaan setiap ahlinya. Kepada yang masih lagi ragu-ragu atau 50/50 dalam membuat keputusan, fikirlah dengan mendalam dan kalau dah letih dan malas untuk berfikir, apa lagi datanglah meriahkan lagi suasana di Mesir. Apa-apapun diri kita sendiri yang berhak memilih apa yang terbaik untuk diri kita.


Mesti korang tertanya, kenapa kyo masih lagi nak sambung belajar di Mesir? Soalan yang sering ditanya oleh kenalan kyo. Setiap kali kyo akan jawab sebabnya kyo suka belajar di Azhar. Hati sudah terpaut untuk terus mengambil segala ilmu yang termampu di Azhar dan juga di bumi Mesir ini. Suasana belajar di sini cukup berkat dan kyo rasa tidak rugi kalau kena ulang tahun di sini kerana setiap hari dapat pengalaman dan ilmu baharu. Pendek kata, kyo ikhlas belajar di Universiti Al-Azhar. =)

Sebenarnya tiada istilah 'pembaziran' dalam menuntut ilmu. Tidak kisahlah apa-apa sahaja ilmu yang kita pelajari asalkan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan selagi ada masa, isikanlah dengan aktiviti pembangunan kualiti diri dengan niat yang ikhlas. Diri kita yang menentukan sama ada mahu lulus atau mahu cemerlang. Jika kita hendak mencari sesuatu yang baru atau memperelokkan yang lama kenalah ubahkan sifat, sikap, kelakuan dan perspektif diri kita agar mahu menjadi manusia yang lebih baik. Di mana kita belajar tidak penting yang penting asalkan kita belajar. ;)


p.s. teruskanlah belajar sampai syahid


post signature


No comments:

Post a Comment