Salam sejahtera semua~! =)
Oh, exam fever, salah satu masa apabila pelajar-pelajar rajin buka buku...kowt
Bila kyo terfikir pasal hal ni rasa cuak jgk...yer la bukan sembarangan exam...final exam jer pun~
Tak tau la risau pasal exam atau risau macam mana nak update blog yang tengah berhabuk ni =/
Alhamdulillah, akhirnya dapat jgk curi masa nak update. Rasa dah berkarat nak tulis dan keluarkan idea tapi kyo cuba buat terbaik. Yang penting kyo dapat berjumpa dengan pembaca-pembaca yang kyo sayangi. Padahal selama ni takder mood jer nk update tapi keutamaan tetap kepada exam~! =P
Post kali ni kyo nak cerita sikit pasal dua exam yang berjaya kami, budak-budak perubatan azhar tahun 1 lalui dengan pasrahnya...
Pertama sekali, final exam kitorang bermula dengan subjek Physiolgogy written. Yang ni memang kena banyak baca sbb senior sendiri cakap bnyak yang kantoi subjek fisio. Awalnya kitorang ok jer nak baca fisio cuma masalahnya benda yang kena baca dan ingat tu banyak sangat. Lagi-lagi kena cover seluruh buku. Rasanya kitorang semua ada lebih kurang 8 buku department. Ada jugak sahabat yang rajin beli buku daripada universiti lain atau buku international sebgai rujukan tambahan tapi tak kisahlah, yang penting buku medic kena baca.
So, pendek kata masa final exam ni rutin harian kitorang pagi, tengahari, petang dan malam buat benda yang 'berfaedah'...semestinya buku jadi teman rapat kami ;)
Alhamdulillah, time exam fisio tu banyak jgk la kyo bleh jawab...semuanya dengan bantuan Allah..
40 soalan MCQ a.k.a. multiple choice question a.k.a soalan abcd kalau nak senang faham(kacang jer nak tembak) dan 8 soalan essay...myocardial ionic basis, coronary blood flow, acute haemorrhage compensatory reaction, anemia types, immunity types, pelvic viscera stimulation, gastric motility, gall bladder, lung surfactant, hypoxia types, latent period, muscle fatigue. Tapi yang tak sedap hatinya soalan esei dia susah nak dapat markah =(
Itu baru jer written exam, yang seksanya masa exam oral dan praktikal. Kenapa korang tanya? Sebab kitorang kena tunggu lebih kurang 4-5 jam untuk tunggu giliran..yerlah kitorang exam sekali dengan pelajar arab yang entah berapa banyak bilangannya. Padahal masa untuk exam oral lebih kurang 5 minit jer dan untuk praktikal 20 minit jer. Sempat jer nak baca buku masa tu tapi masalahnya apabila otak dah tepu baca banyak mana pun tak masuk-masuk jugak. Stress sebab menunggu bkn stress nak exam (~.~')
Masa oral exam, professor akan tanya jer apa yang dirasa beliau nak tanya..jadi kena bersedia dengan semua fakta dalam kepala(hasil bacaan semua buku fisio) kalau tak, memang blank dan tak dapat jawab la. Kalu tak tau jawapan, korang senyum-senyum kambing jer la... =D
Tapi takper ader jgk prof yang baik hati tolong pelajar...itu pun bergantung kepada nasib masing-masing.
Practical exam plak macam written tp solan subjektif jer + kenal pasti eksperimen...ada banyak stesen untuk kita jawab dalam masa seminit lepas tu ke stesen seterusnya sampai habis...untuk eksperimen kyo kena measure atrial blood pressure(tekanan darah)...tak susah pun... measure dulu guna palpatory method untuk systolic pressure dengan sphygomanometer..lepas tu measure guna auscultatory method untuk systolic dan diastolic pressure guna stethoscope dengan sphygomanometer(chewah, dah bleh ambil bacaan tekanan darah dah sekarang)...sambil buat tu examiner akan tanya kita soalan yang berkaitan, macam oral jgk la.
Exam kedua biochemistry. Bagi kyo exam biochem ok lagi daripada fisio. Kyo lagi suka jawab biochem daripada fisio sebab soalan written dia banyak tp sesuai dengan pemarkahan berbanding dengan fisio, soalan dia sikit tapi pemarkahan tinggi. Nak jawab apa lagi pun tak tau sebab dah 'goreng' habis dah semua ramuan-ramuan berserta perencah-perencah dia sekali..
`
Untuk written biochem ada 30 solan MCQ untuk ditembak, kalau lagi banyak MCQ kan lagi bagus tak perlu la fikir jawapan banyak-banyak...pilih jer antara a,b,c,d tu ;)
Essay biochem plak ada 10 soalan tp banyak sub tajuk untuk 'digoreng'/dijawab (yang ni best sebab tak sia-sia kita prepare semua tajuk): peptide bond, surface tension, osmotic, adenosine triphosphate(ATP), allosteric modifier, amino sugars, isoenzyme, thiamine diphosphate(TPP), DNA repair, glycoprotein, biosynthesis, lipositol, mRNA modification, gangliosides, polymerase chain reaction(PCR), thymine dimer repair, vitamin.
Untuk oral biochem takder beza sangat dengan fisio, yang penting kena bersedia dengan soalan-soalan killer daripada prof =D
Untuk exam praktikal biochem, kitorang diberi sejenis unknown solution jadi kerja kitorang kena identify unknown solution tersebut. Contohnya, monosaccaride macam glucose, atau disaccaride macam sucrose, fructose atau protein macam albumin, globulin, gelatin etc.
Jadi, untuk mengenal pasti unknown apa yang kita dapat, kita kena buat pelbagai test untuk confirmkan. Bagi kyo yang dapat confirmkan fructose, fistly kena buat buiret test, molish's test, iodine test, benedict's test, barfoed's test dan banyak-banyak lagi test semata-mata nak lulus exam praktikal ni (=.=)
Lepas tu kena bagitau physical properties dia macam volume, odor, taste, solubility etc.
Alhamdulillah, kyo dapat siap awal tapi disebabkan terlalu banyak lagi masa dan keboringan yang melanda, kyo cuba la buat eksperimen sendiri macam direct burning of solution. Seperti biasa bagi negative result untuk protein tp yang bestnya bau yang keluar daripada gula fructose yg dimasak. Bau macam gula-gula kapas(cotton candy)! Okay, yang ni memang dah lama tak makan. Apa-apa pun sebab tambahan untuk confirmkan unknown tu gula =P
Sedikit Tips untuk Exam:
1. Cepat buat, cepat balik.
2. Baca buku sebelum anda dibacakan.
3. Jawab esei dalam bentuk point.
4. Jawab jer semua yang anda tahu.
5. Usaha sebelum Tawakkal.
Semoga dapat dijadikan pengajaran kepada bakal-bakal junior azhar nanti.
Anyway, kitorang ada exam Al-Quran dalam masa terdekat ni. Doa-doakan kami semua di Al-Azhar selamat menghadapi final exam(imtihan) dengan tenang, Aaminn~ =)
"Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah ke-94 Al-Insyirah ayat 5-6)
Setakat sini dulu post untuk kali ni. InshaAllah, kyo akan usahakan untuk update blog ni. Semoga kita jumpa lagi~! =)
p.s. bila nak balik Malaysia?