Friday, March 29, 2013

L.I.F.E. (Love Islam For Eternity)


Assalamualaikum semua~!
Kyo harap semuanya sihat...Aaminn~ =)

Rasa lama dah tak update blog ni...kes kuat study(main game online) la ni =P
Apa-apa kyo nak ucap minta maaf dan terima kasih sebab sudi lagi bersama dengan kyo kat sini ;)
Bukan nak bagi apa-apa alasan..kita hanyalah manusia yang tidak sempurna..tetapi tidak salah untuk kita berusaha untuk mencapai kesempurnaan itu...

Kali ni kyo nak kongsi sedikit sebanyak pasal lima benda ni:

  1. Allah adalah tujuan kita
  2. Rasulullah adalah contoh teladan terbaik bagi kita
  3. Al-Quran adalah undang-undang kita
  4. Jihad adalah jalan kita
  5. Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kita

Allah adalah tujuan kita

Pertama kali kyo nak korang semua fikir dahulu apakah itu erti "Allah adalah tujuan kita?"

-Ikhlaskan diri kerana Allah dalam setiap perkara sama ada ucapan atau perbuatan.

         قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ       

         لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ       

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)."

(Surah ke-6 Al-An'am ayat 162-163)

-Iktikadlah dengan sepenuh hati bahawa syariat Allah itulah yang meberi petunjuk, yang menyelamatkan, yang lengkap dan kekal abadi untuk kita.

-Terimalah dengan sempurna segala apa yang diperintah allah dan segala apa yang dilarang Allah.

-Yakinlah bahawa Allah itulah yang menghidupkan dan mematikan kita dan yang meninggikan dan merendahkan kedudukan kita. Yang meluaskan dan menyempitkan segala sesuatu dalam kehidupan kita.

-Tetapkanlah redha dan takut kepada Allah di dalam jiwa sebagai maksud dan tujuan walaupun dalam keadaan orang lain senang kepada kamu atau membencimu kerana itulah 'Allah adalah tujuan kita'

Jadi, ikhlaskanlah apa yang sudah menjadi kehendak atau ketetapan Allah =)


Rasulullah adalah contoh teladan terbaik bagi kita

Dan lagi fikirkanlah apakah itu erti "Rasulullah adalah contoh teladan terbaik bagi kita"?

-Ikutilah dengan sempurna contoh yang ditinggal oleh Nabi Muhammad SAW dalam semua aspek kehidupan


         لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرً       

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

(Surah ke-33 Al-Ahzab ayat 21)

-Selain menyampaikan risalah dan ajaran Islam, segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi oleh semua umat manusia.

-Sedarlah setiap kali masa berganti dan waktu bersambung tentulah peribadi Rasulullah adalah contoh yang sempurna, ikutan terbaik, petunjuk dan role model untuk semua orang. Walau sehebat mana manusia itu, mereka tetap tidak dapat menandingi Rasulullah.

-Contohilah segala aspek sifat baginda terutamanya dari aspek ibadah, betapa zuhudnya(tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia) baginda sepanjang hayat baginda, betapa tawadhu'nya(merendahkan diri) Rasulullah dalam akhlak baginda, sifat pemaaf baginda, bagaima keadaan baginda dalam menjaga tubuh badan dan memastikan kekuatan dan kesopanan berbicara serta yang paling utama keteguhan baginda dalam prinsip yang dipegang dalam memastikan agama Allah ini berada di tempat tertinggi.

Jadi, perbetulkanlah kembali idola kita dengan menjadikan Rasulullah sebagai role model kerana sifat yang baik bagi manusia semuanya ada di dalam diri Rasulullah. =)


Al-Quran adalah undang-undang kita

Dan fikirkanlah apa itu erti "Al-Quran adalah undang-undang kita"?

-Berimanlah bahawa Al-Quran yang agung ini adalah kitab Allah yang diturunkan kepada RasulNya agar baginda menjadi pembawa khbar gembira dan pemberi peringatan.

 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجَا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا 

"Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya; sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,"

(Surah ke-18 Al-Kahfi ayat 1-2)

-Tahukan bahawa kebanyakan orang yang mengaku dan mendakwa dirinya Islam itu tidak tahu sedikit pun mengenai keistimewaan-keistimewaan Al-Quran dan syariat Islam.

Keistimewaan-keistimewaan syariat Al-Quran:

Rabbani: Tujuannya yang tertinggi adalah untuk menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya sehingga mereka mengenalNya degan sebenar-benarnya, takwa kepadaNya dengan sesungguhnya dan beribdah kepadaNya denagn sebenar-benarnya.

Universal: Segala syariat yang terkandung di dalamnya bukanlah undang-undang bagi manusia tertentu atau daerah tertentu tetapi untuk manusia seluruhnya tanpa mengira warna kulit, bangsa, serta lokasi tertentu. Tidak ada diskriminasi, fanatisma dan kasta dalam undang-undang ini.

Komprehensif: Syariat Islam itu meliputi semua aturan, hukum dan permasalahan dalam semua aspek pembangunan kehidupan seseorang.

Dinamik: Syariat Islam yang terkandung di dalamnya sesuai dengan perkembangan zaman pada setiap masa khususnya dalam perundangn serta sistem ekonomi.

Keadilan yang mutlak: Syariat Islam itu menegakkan keadilan yang mutlak di antara semua manusia, mewujudkan persaudaraan, menjaga darah, kehormatan, harta dan akal sebagaimana ia menjaga agama dan akhlak mereka dengan tujuan mewujudkan kemaslahatan di dunia dan akhirat.

Jadi, teguhlah dalam diri kebenaran yang sebenar adalah daripada Al-Quran. =)


Jihad adalah jalan kita

Dan lagi, fikirkanlah apakah itu erti jihad?

-Bersungguhlah dalam mengerahkan apa yang kita ada untuk  menegakkan hukum Allah dan meninggikan Islam.


         إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ       

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."

(Surah ke-49 Al-Hujarat ayat  15)

Pembahagian jihad:

Jihad harta: Apabila jihad harta menjadi tunjang bagi jihad-jihad lain, maka orang yang menguruskan jihad dari kaum muslimin harus mengetahui bagaimana menyiapkan harta yang diperlukan bagi projek jihad yang sedang dihadapi atau bakal dihadapi. Anda semua mempunyai tanggungjawab membelanjakan harta agar terwujud bagi umat ini kejayaan Islam di muka bumi.

Jihad dalam dakwah: Jihad dalam dakwah itu menyampaikan Islam dengan lisan dan menyampaikan hujah bahawa dakwah Islam itu adalah benar kepada manusia seluruhnya.

Jihad pengajaran: Mencurahkan usaha untuk membentuk muslim yang responsif dalam hal ilmu, kebudayaan, dan idea Islam yang universal tentang alam, kehidupan dan manusia.

Jihad politik: Mencurahkan usaha untuk menegakkan negara Islam atas prinsip-prinsip Islam. Dengan kata lain, agar dominasi dalam negara itu hanya untuk Allah sahaja.

Jihad perang: Mencurahkan usaha dengan jalan berperang untuk menghapuskan para musuh yang menghalang hukum Allah dan untuk menyebarkan dakwah Islam keseluruh muka bumi.

Rasulullah pernah bersabda:

"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid."
(Hadis riwayat Ahmad)

-Jadi, kita boleh lihat jihad bukan sahaja kepada harta atau nyawa, tetapi juga kepada segala manfaat yang kita dapat beri. =)


Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kita

Dan fikirkalah apakah erti "Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kita"?

-Jihadlah kerana Allah tanpa mengenal erti penat lelah. Tiada syarat datangnya kematian. Sama ada sihat atau sakit, kuat atau lemah, kematian boleh datang secara tiba-tiba. Berharaplah untuk kematian syahid dalam apa-apa keadaan..

         إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

  وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ       



 Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki  

 (Surah ke-3 Ali- Imran ayat 169)

-Sesungguhnya Islam membangun hakikat tauhid atas dasar iman kepada Allah, bergantung, redha dan menyerah kepadaNya. Hanya Dia sahajalah yang mempunyai kehendak dan urusan. Dia sahajalah yang berkuasa dan menentukan. Dia tidak ditanya tentang perbuatanNya, bahkan Dialah yang akan menanya

-Ingatlah betapa ramainya pejuang-pejuang Islam yang syahid fi sabilillah di seluruh dunia. Kita lihat bagaiman Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin dan Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid al-Rantissi berjuang menegakkan Islam di Palestin sampai syahid. Tapi sedangkan kita masih lagi di sini hidup dengan aman. Bersyukurlah kita untuk hidup dan bersyukurlah kita untuk syahid

-Jadi, tempuhilah jalan jihad kerana ia adalah salah satu dari dua kebaikan iaitu kemengan atau mati syahid. =)

Setakat sini perkongsian kali ni, harap korang semua dapat manfaat dan kalau boleh kongsi la dengan teman-teman seperjuangan. Segala silap dan salah adalah daripada kelemahan kita sendiri untuk kita perbaiki dan segala yang baik itu hanyalah daripada Allah. Wallahu a'lam.

Jika kita hendak tahu, cukuplah sekadar membaca tetapi jika hendak kekal di dalam hati, hayatilah dengan jiwa yang ikhlas. =)


post signature

Wednesday, March 6, 2013

This is Football!

Salam sejahtera semua~ =)

Bola Sepak??? Anda suka main bola sepak? Suka tengok bola? atau suka main game PES(Pro Evolution Soccer) jer? Apa-apa pun tak salah kalau minat dengan bola sepak. Kebanyakkan kita semua suka dengan permainan ni. Yang penting bola itu bulat =P


Bagi kyo, sejak hidup kat mesir ni, dah lama tak tengok perlawan bola sepak terutama liga-liga yang berprestij dunia macam Liga Super Malaysia(kan2? =D). Perkembangan bola sepak pun dapat maklumat daripada berita jer. Bukan apa, nak tengok bola sekarang macam takder masa sangat dengan pembelajaran dan program-program kat mesir sekarang. Alhamdulillah, semalam kyo berkesempatan untuk tengok perlawanan UEFA Champions League suku akhir antara Manchester United vs Real Madrid semalam.

Sebenarnya, awal-awal kyo dengan senior-senior dan ahli-ahli SC(smart circle@usrah) rancang untuk menjadikan usrah ni jadi lagi seronok. Tepat dengan adanya match bola tu kitorang pun apa lagi, bersetuju nak pergi semua. Memang dah lama mengindam nak tengok bola bersama kawan-kawan. Ala, sekali-sekala tak salah kan? tak jejas sangat pun nk study =D

Usha-usha tempat, kitorang dapat la tengok bola kat restoran Harmony dekat dengan rumah Kedah. Kalau nak tahu banyak jer restoran indon kat mesir ni cuma restoraan malayu jer yang kurang sikit. Jadi, takder masalah kalau korang rindu dengan masakan tanah air. Harga makanan pun tak mahal sangat standard harga Malaysia. Apa yang perlu pergi kedai, duduk, pesan, tunggu dan makan. 

TV itu penting

Syukurla sebab kat mesir ni dekat dengan eropah. Jadi waktu tak berbeza sangat. Nak tengok bola pun senang sebab tak perlu berjaga atau bangun awal pukul 3 pagi macam kat Malaysia. Kat mesir biasanya pukul 10 malam dah mula perlawanan. Kitorang tempah satu bilik restoran semata-mata nak tengok bola. Seronak la dapat tengok bola ngan member-member dan senior-senior. Sambil tengok bola sambil makan(yer la dalam restoran kowt). Kali terakhir kyo tengok bola macam ni kat UiTM Puncak Alam tahun lepas. Aktiviti macam ni la bleh rapatkan ukhwah antara satu sama lain.

Keputusan akhir Manchester United 1 (49' Ramos OG) - Real Madrid 2 (66' Modric, 69' Ronaldo). Korang semua sokong yang maner? Yang kalah atau yang menang? =D
Bagi kyo, kyo sokong jer semua tak bergantung kepada team-team tertentu. Yang penting bleh buat permainan yang cantik dan menghiburkan. Tak perlu pun ada caci maki atau merendahkan penyokong pasukan yang kalah. Itu budaya yang tak berapa betul. Adat perlawanan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang penting 'Football is Passion' ;)

Akhirnya, kyo nak ucap terima kasih kepada rakan-rakan usrah dan senior-senior yang datang tengok bola bersama terutama senior yang belanja minum. Memang terbaik la. Alhamdulillah. (^_^)

Sekian, kita jumpa lagi, InshaAllah =)




p.s. tak best kalau internet slow

post signature