Salam sejahtera semua~ =)
Bola Sepak??? Anda suka main bola sepak? Suka tengok bola? atau suka main game PES(Pro Evolution Soccer) jer? Apa-apa pun tak salah kalau minat dengan bola sepak. Kebanyakkan kita semua suka dengan permainan ni. Yang penting bola itu bulat =P
Bagi kyo, sejak hidup kat mesir ni, dah lama tak tengok perlawan bola sepak terutama liga-liga yang berprestij dunia macam Liga Super Malaysia(kan2? =D). Perkembangan bola sepak pun dapat maklumat daripada berita jer. Bukan apa, nak tengok bola sekarang macam takder masa sangat dengan pembelajaran dan program-program kat mesir sekarang. Alhamdulillah, semalam kyo berkesempatan untuk tengok perlawanan UEFA Champions League suku akhir antara Manchester United vs Real Madrid semalam.
Sebenarnya, awal-awal kyo dengan senior-senior dan ahli-ahli SC(smart circle@usrah) rancang untuk menjadikan usrah ni jadi lagi seronok. Tepat dengan adanya match bola tu kitorang pun apa lagi, bersetuju nak pergi semua. Memang dah lama mengindam nak tengok bola bersama kawan-kawan. Ala, sekali-sekala tak salah kan? tak jejas sangat pun nk study =D
Usha-usha tempat, kitorang dapat la tengok bola kat restoran Harmony dekat dengan rumah Kedah. Kalau nak tahu banyak jer restoran indon kat mesir ni cuma restoraan malayu jer yang kurang sikit. Jadi, takder masalah kalau korang rindu dengan masakan tanah air. Harga makanan pun tak mahal sangat standard harga Malaysia. Apa yang perlu pergi kedai, duduk, pesan, tunggu dan makan.
TV itu penting
Syukurla sebab kat mesir ni dekat dengan eropah. Jadi waktu tak berbeza sangat. Nak tengok bola pun senang sebab tak perlu berjaga atau bangun awal pukul 3 pagi macam kat Malaysia. Kat mesir biasanya pukul 10 malam dah mula perlawanan. Kitorang tempah satu bilik restoran semata-mata nak tengok bola. Seronak la dapat tengok bola ngan member-member dan senior-senior. Sambil tengok bola sambil makan(yer la dalam restoran kowt). Kali terakhir kyo tengok bola macam ni kat UiTM Puncak Alam tahun lepas. Aktiviti macam ni la bleh rapatkan ukhwah antara satu sama lain.
Keputusan akhir Manchester United 1 (49' Ramos OG) - Real Madrid 2 (66' Modric, 69' Ronaldo). Korang semua sokong yang maner? Yang kalah atau yang menang? =D
Bagi kyo, kyo sokong jer semua tak bergantung kepada team-team tertentu. Yang penting bleh buat permainan yang cantik dan menghiburkan. Tak perlu pun ada caci maki atau merendahkan penyokong pasukan yang kalah. Itu budaya yang tak berapa betul. Adat perlawanan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang penting 'Football is Passion' ;)
Akhirnya, kyo nak ucap terima kasih kepada rakan-rakan usrah dan senior-senior yang datang tengok bola bersama terutama senior yang belanja minum. Memang terbaik la. Alhamdulillah. (^_^)
Sekian, kita jumpa lagi, InshaAllah =)
p.s. tak best kalau internet slow
No comments:
Post a Comment