Saturday, July 27, 2013

Ibadat Ramadhan


Assalamualaikum semua~
Harap semuanya kuat dan sihat =)

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, hampir kepada 10 hari terakhir bulan ramadhan kita dah berpuasa. Tahniah kepada semua yang menjalani bulan puasa ini dengan sabar dan sempurna. So, nak tanya, camner amal ibadat korang bulan puasa ni? banyak? sedikit? atau semakin hari semakin malas(nauzubillah)? =D

Rileks, perkara macam tu biasa la. Awal-awalnya memang semangat nak beribadat tapi dah nak sampai ke penghujung dah kurang sikit motivasi untuk beribadat. Kalau nak istiqamah dalam ibadat sebenarnya susah tapi dengan cara-cara tertentu senang kita istiqamah dengan sempurna. Cara itu korang kena cari dan tahu sendiri apa yang sesuai untuk diri korang.

Tips-tips untuk istiqamah dalam ibadat:

1. Niatkan dengan ikhlas
Kyo memang nak tekankan niat kerana semuanya bergantung kepada niat. Perbaharui niat kita dalam ibadat dengan ikhlas dan istiqamah kerana Allah s.w.t.

2. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t
Berdoalah supaya Allah mempermudahkan urusan kita, memberikan khusyuk dalam ibadah, memberikan kekuatan untuk beramal dan memberikan kekuatan untuk kita bermujahadah melawan nafsu dan syaitan.

3. Mempunyai target tertentu dalam ibadat
Buatlah ibadat dengan berdasarkan kemampuan kita sendiri. Pastikan ada sasaran minima setiap hari. Semakin berjaya kita dalam ibadah, semakin banyak ibadat lain kita dapat lakukan.

4. Selalu muhasabah diri
Ambillah masa untuk kita fikir balik amalan yang kita lakukan. Selalu motivasikan diri dengan melihat kesan dan ganjaran yang akan kita perolehi dengan amalan yang istiqamah. Katakan kepada diri sendiri: "Amalan ini bagus untukku dan aku akan teruskan".

5.Selalu ingat kepada mati
Sesiapa yang mengingati mati dialah orang yang bijak kerana hal ini dapat memberi keinsafan kepada kita bahawa dunia ini hanyalah sementara. Buatlah amal ibadat semampu yang mungkin untuk dijadikan bekalan akhirat nanti.

6. Hadirkan Allah dalam setiap ibadat
Buatlah amal ibadat kita dengan bersunguh-sungguh seakan-akan Allah sendiri yang berada di depan dan melihat setiap perbuatan kita. Hayati setiap ibadat yang kita lakukan supaya memberi kesan kepada kita.

Apa-apapun bulan Ramadhan tahun ini hampir sampai ke penghujungya. Rugilah kalau kita tidak mengambil peluang yang ada sekarang untuk terus melakukan ibadat dengan sebanyak mungkin. Yer la, pahala yang berlipat kali ganda takkan kita nak sia-siakan. 

Cuba kita fikir balik, ibadat apa yang telah kita sudah lakukan sepanjang Ramdahan kali ini? Kalau belum cukup lagi, masih sempat untuk kita melakukan anjakan paradigma dan berubah. Tukarkan momentum kita kepada tahap yang tertinggi untuk menghadapi 10 malam terakhir Ramadhan.



Antara amalan yang digalakkan dalam bulan Ramdahan adalah:

1.Membaca al-Quran

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...."

(Surah Al-Baqarah ayat 185)

2. Qiamulail

"Sesiapa yang bangun (solat) pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan & pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

3.Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa

Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." 

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

4. Solat Terawih

"Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

5. Bersedekah

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ialah seorang yang pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Pemurahnya baginda dalam kebaikan lebih daripada angin yang kencang."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

6. Zikir dan Istighfar

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

(Surah ke-3 Ali-Imraan ayat 191)



Pada bulan Ramadhan ini juga adanya malam lailatul qadar:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."

(Surah ke-97 Al-Qadr ayat 1-5)

Jangan lepaskan peluang sekali setahun ini. Lakukan ibadat qiamulail sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan kerana banyak manfaat yang kita akan dapat nanti. Sebagai contohnya kalu kita berzikir pada malam tersebut, setiap perkataan zikir yang kita ucapkan akan mendapat pahala dan digandakan dengan lebih 1000 bulan ( 1 x ~260000000 pahala setiap saat). MashaAllah, untung besar!

Info selanjutnya bleh la pergi ke sini (malas nak hurai) =P

Persoalan sekarang, cukup ke degan ibadat kita dalam bulan puasa ini untuk kita mencapai syurga? Kyo selalu terfikir, apa yang boleh kita lakukan lagi untuk memudahkan kita mencapai hasrat tersebut? Apa-apa pun hati kyo tetap tenang dan yakin pada satu hari nanti kyo akan bertemu dengan Allah dan rasulNya. Aminn~ 

Korang pula macam mana?

Sampai sini sahaja untuk perkongsian kali ini. Juga sebagai peringatan kepada diri sendiri. Semoga setiap ibadat kita diterima dan diredhaiNya. Kuatkan diri kita untuk beribadat dan kuatkan diri kita dengan ibadat. Walahua'lam. =)

>جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا<

post signature

No comments:

Post a Comment