Assalamualaikum semua~
Alhamdulillah, syukur la kita semua masih sihat dan kuat. Kalau kita ambil masa sejenak untuk memikirkan tentang keadaan orang yang sakit tidak kira berada di hospital atau dimana-mana pun, kita dikira cukup bertuah. Diberi nikmat kesihatan yang baik tetapi persoanlannya, apa yang kita buat nikmat tersebut? Jangan sia-siakan peluang yang masih ada.
Nak kongsi cerita, kyo baru dapat berita kawan rapat sehidup dan semati kyo kembali ke rahmatullah disebabkan menghidap denggi, Innalillah. Mungkin disebabkan oleh low platelet level yang menyebakan dengue bleeding/shock(pendarahan dalaman). Nampaknya arwah lebih disayangi Allah untuk berjumpa denganNya.
Terasa sayu hati ini mendegar berita tersebut. Arwah seorang yang baik , periang dan mudah didekati. Arwahlah yang sentiasa rajin dan semangat untuk berhubung dan mencari nasihat walaupun kyo tinggal berjuahan (Malaysia-Mesir). Sekarang dah tiada, terdapat rasa kekurangan dalam diri macam sebahagian daripada diri dah hilang.
Walaubagaimanapun, pengalaman bersama arwah selama 8 tahun ini akan kekal disimpan di dalam hati.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kepada keluarga arwah, banyakkan bersabar dan kuatkan semangat kerana sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan.
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"."
(Surah Al-Baqarah ayat 156)
Pengajarannya, kita tidak tahu dan kita tidak boleh jamin bahawa kita dapat hidup lagi esok, lusa atau sejam lagi. Kematian boleh datang pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja walaupun kita tidak jangka pun. Perasaan kehilangan seorang yang kita kenal dengan orang yang kita betul-betul rapat sangat berbeza. Tunngu masa sahaja untuk mengubati hati yang lemah ini.
Akhir kata, kalau kita betul-betul sayangkan kawan-kawan kita apa salahnya kalau kita kata kita sayangi mereka, bukannya bermaksud kita lembut/gay/lesbian tapi menunjukkan kita ikhlas mepunyai teman seperti mereka. Hargai orang-orang yang kita sayangai sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. =')
No comments:
Post a Comment