Wednesday, January 30, 2013

Pengakuan Hippocrate(Hippocratic Oath)

Salam sejahtera...harap semuanya sihat =)

Eh, apa itu pengakuan/sumpah Hippocrate? Binatang 'Hippo' tu ke? 'Hipokrit' ke? haha..gurau jer...Sebenarnya nama Hippocrate agak terkenal dalam dunia perubatan sebagai bapa perubatan barat. 'Sumpah Hippocrate' merupakan pengakuan beliau terhadap ilmu perubatan dan ditujukan kepada sesiapa yang mengamalkan perubatan termasuklah pelajar perubatan...
Apa lagi, jom kita usha~!

Peringatan: tokoh perubatan ni berasal dari barat jadi tidak semestinya semua ideologi beliau sesuai untuk kita...cuma kita ambil jer apa yang baik dan buangkan yang buruk

Hippocrate: bapa perubatan barat

Sumpah Hippocrate(tafsiran sendiri =P):
  • Saya berjanji bahawa pengetahuan perubatan saya akan digunakan untuk manfaat kesihatan rakyat.
  • Saya akan lakukan terbaik untuk menolong sesiapa yang mempunyai keperluan perubatan serta dalam kecemasan.
  • Saya akan melaksanakan pertimbangan profesional saya tanpa dipengaruhi oleh tekanan politik atau agama, umur, bangsa, jantina, pangkat, jawatan, kaya, miskin atau siapa pesakit saya.
  • Saya mengiktiraf nilai istimewa kehidupan manusia tetapi saya juga tahu bahawa memanjangkan hayat bukan matlamat untuk penjagaan kesihatan.
  • Saya tidak akan menyediakan rawatan yang sia-sia, berbahaya atau di atas keengganan pesakit.
  • Saya akan menjadi sebetul yang mungkin dan menghormati keputusan pesakit kecuali perkara tersebut boleh membahayakan keadaan diri dan orang lain.
  • Jika pesakit saya mengalami kesedaran mental yang terhad, saya masih akan menggalakkan pesakit untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan selagi mereka berasa mampu.
  • Jika ada sebab-sebab penting yang mencegah kerahsiaan tentang pesakit saya, saya akan menerangkan semuanya.
  • Saya akan lakukan yang terbaik untuk memastikan saya dan rakan setugas dimaklumkan dengan perkembagan baru serta memastikan amalan perubatan diamalkan pada tahap yang sepatutnya.
  • Saya akan menunjukkan rasa hormat kepada sesiapa yang bekerja dengan saya dan bersedia untuk berkongsi ilmu dengan mengajar apa yang saya tahu.
  • Saya akan menghormati setiap satu peranan saya sebagai seorang pakar, professional, pengurus, guru atau peguam bela kesihatan.
  • Saya akan belajar daripada kesilapan dan mendapatkan pertolongan daripada rakan setugas untuk meningkatkan keselamatan pesakit.
Semuanya untuk kita menikmati hidup dan terus mengamalkan seni perubatan yang dihormati oleh semua orang pada setiap masa.

Sekian untuk post kali ni. Jadilah doktor yang berkualiti dan penuh integriti ;)


post signature

Cinta kepada Rasulullah


Assalamualaikum semua~ =)

Alhamdulillah, kali ni kyo nak berkongsi tentang kecintaan kita kepada nabi Muhammad saw.
Pertama sekali, kita sayang tak rasul kita? Mesti kita semua sayang! Cuma persoalannya, tahap mana kasih sayang kita kepada rasulullah? So, sebelum kita jawab soalan tu, jom kita tengok keperluan cinta kepada rasul.

Sebab perlu cintakan rasulullah:
  • Rasulullah cintakan kita sebagai umatnya dengan sebenar-benarnya. Buktinya: perkataan rasulullah yang terakhir: "umatku..umatku". Masyallah, betapa pentingnya kita kepada rasulullah dan pentingnya rasulullah kepada kita.
  • Jasa rasulullah sangat besar kepada kita dalam memperkenalkan Allah dan Islam. Buktinya: sanggupkah kita mengorbankan segala-galanya semata-mata untuk membimbing semua manusia ke arah kebenaran seperti rasulullah pada masa dahulu? 
  • Rasulullah merupakan khairan bariyyah(sebaik-baik makhluk). Bagindalah yang selayak-layak idola dan suri teladan kepada kita semua. Buktinya: sifat rasulullah yang mulia dan sempurna. Antaranya, tengok kisah rasulullah dalam video di bawah.

Tanda kita mencintai rasululullah daripada kitab as-syifa:
  • Ittaba'(mengikuti) suruhan rasulullah
  • Selalu menyebut nama rasulullah
  • Rasa tunduk dan hormat apabila nama rasulullah disebut
  • Rindu untuk bertemu dengan rasulullah
Jom kita sama-sama menghidupkan sunnah rasulullah. Menghidupkan di sini bknnya bermaksud mengamal sahaja tetapi kita jadikan diri kita punca untuk memperkenalkan dan mengajar sunnah kepada orang lain, menjawab segala cacian dan  fitnah terhadap sunnah rasulullah dan memperjuangkan sunnah rasulullah sehingga ke titisan darah yang terakhir. Semuanya kerana kita sayang kepada rasulullah,Biizdnillah..

Sabda Rasulullah:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”



Sekian, harap dapat berjumpa lagi~ =)


Monday, January 28, 2013

Tips-tips Untuk Pelajar Perubatan Part 2

Selam sejahtera~ =)

Okey, setelah sekian lama, kyo nak sambung balik post yg lepas...

4.Jaga kesihatan
Sebagai bakal doktor, kita beruntung sebab boleh belajar dan tahu keadaan badan kita sendiri. Jadi, gunakanlah kelebihan ini untuk menjaga kesihatan diri. Kesihatan sangat penting supaya kita dapat menerima ilmu perubatan dengan sebaik mungkin. Jikalau kita jatuh sakit & dimasukkan ke hospital, mesti keadaan kita akan menjadi susah. Apatah lagi pada masa kita sakit itu kita ada ujian penting, nauzubillah. Dari segi tidur pula, kyo syorkan minimum 6 jam dan maksimum 8 jam. Tidur yang berlebihan hanya merugikan masa dan boleh menyebabkan sakit kepala. Sebenarnya tempoh tidur tidak diutamakan, cuma yang penting kita mendapat tidur yang berkualiti. Semoga kita sentiasa sihat dan bertenaga dalam setiap amalan kita.

Piramid makanan

5.Makanan yang seimbang
Sebagai pelajar perubatan, kita digalakkan supaya menjaga pemakanan yang seimbang. Hal ini kita boleh rujuk kepada piramid makanan di atas. Walaubagaimanapun, kyo tidak melarang daripada makan makanan yang kamu semua suka cuma berpada-padalah kerana "we are what we eat". Makanan yang tidak berkhasiat kita jauhkan terutama makanan yang terlalu masam boleh menjejaskan fungsi otak kita untuk menghafal. Makanan penting yang kyo syorkan untuk belajar ialah madu, buah beri, kismis, kurma, dan kacang. Untuk minuman pula, air yang telah dimasak dan teh adalah bagus untuk otak. InsyaAllah, dengan amalan pemakanan tersebut prestasi belajar kita akan meningkat. Yang penting makanan tersebut halal.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."

(surah Al-Baqarah ayat 168)

6.Jaga hubungan sesama manusia
Kita perlu sentiasa menghormati orang lain terutama kepada pensyarah yang mengajar kita. Bersama pensyarah ada keberkatan. Jadi, kita kena pastikan selalu datang kelas awal dan jauhkan diri daripada ponteng.  Elakkan sebarang maksiat dan khianat kepada diri sendiri dan orang lain. Jikalau kita ada buat silap terhadap orang lain, segera minta kemaafan daripada insan tersebut kerana mungkin akan memberi kesan yang buruk kepada hidup kita seperti gagal dalam ujian dan hidup dalam kegelisahan. Hal ini semua adalah qada' dan qadar Allah yang maha adil. Kepada sesiapa yang tinggal dalam satu rumah, jangan sengaja buat apa yang tidak disukai oleh ahli rumah. Jadi, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat....."

(surah Al-Baqarah ayat 83) 

7.Ibadat yang berkualiti
Setiap perkara baik yang kita lakukan adalah ibadat. Kita mestilah ambil berat dalam setiap amalan kita dan jangan lakukan secara sambil lewa. Jikalau kita hendak menjadi seorang doktor, usahalah dengan sepenuh hati. "Becoming a doctor is about how passion you are towards the healthcare of others". Kita juga mesti menjaga solat kita kerana solat itu asas/pasak/tiang agama. Salah satu cara kita berdepan dengan Allah adalah dengan menunaikan solat. Belajar untuk sempurnakan solat adalah penting supaya kita terus hidup dalam keberkatan. Solat yang lalai dan sambil lewa bukan sahaja sia-sia malah akan dilaknat oleh Allah swt. Jadi, setiap ibadat perlulah dilakukan dengan penuh kualiti supaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari.  

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia."

(surah Al-Mukminun  ayat 1-3)

Sekian sahaja tips2 daripada kyo....sebenarnya ader banyak lagi tips lain cuma yang kyo bagi tu antara yang paling penting. Tp apasal skema(serius) sgt tulisan kat atas? Biasa la dah lama tak buat tulisan bangku, kadang kala nak tunjuk jgk keindahan bahasa malaysia yang sebenar(yer la tu..) =D

Jumpa lagi~ =)


Sunday, January 27, 2013

Winter Break 2013


Salam perantauan semua~! =)

Pertama sekali dan untuk selamanya, segala pujian bagi Allah yang masih memberi kita nikmat yang paling hebat iaitu nikmat kehidupan...Alhamdulillah, selesai jgk program 'jaulah' sekitar cairo untuk winter break kali ni...eh, korang tau ke aper maksud sebenar jaulah? Jaulah dari segi literal maksudnya 'keliling/mengilingi' manakala dari segi konseptualnya adalah mengilingi/mengembara sesuatu tempat lebih kepada tujuan islamik mcm utk mencari ilmu, pengajaran, keredhaan & kebesaran alam Allah dan memupuk ukhwah antara ahli.

Kyo nak cerita sedikit sebanyak pasal jaulah kyo yg baru jer lepas...

Perigatan: mengandungi banyak gambar...baca denga risiko sendiri =P

Pertama, mcam biasa kena berkumpul di markas AQ hayyu' sabie' pukul 6.30 pagi untuk pendaftaran tp cam biasa la kitorang pergi lewat skit dlm kul 7.00 pagi sbb selalunya start lewat punyer =D
Lepas sesi pendaftaran & taklimat kitorang semua naik bas(semuanya 4, 2 utk ikhwah & 2 untuk akhawat) dan bertolak lebih kurang pukul 9 pagi...


sesi taklimat perjalanan

on the way...

Perhentian 1: Piramid Giza

Di dalam bas kitorang bebas utk bahagikan ahli kumpulan..tp kitorang yang naik bas yg kecil tp mewah ni tak mcm kumpulan pun...satu kepala semua! =D
Dalam bas, sedang asyik tengok permandangan cairo tiba2 dah sampai ke perhentian pertama, Piramid Giza. Sampai kat sini, kitorang diberi makan donut + roti sardin sblum masuk area piramid...tp donut & roti sardin yg diberi mmg keras la...nk makan pun susah ~.~ mesti tukang masak tak biarkan doh roti naik dulu & terus goreng...kalu camtu mmg keras la...kena komplain ni haha...tp apa2 pun syukur la bleh mkn..
Untuk tiket nk masuk area piramid harga biasa dalam  60 L.E. tp kalau dapat tunjuk kad pelajar dapat student price 30 L.E. (RM15+)..sbb tu la kalau nk pergi jalan mana2 pun bawa la kad pelajar utk dapatkan student price ;) 


contoh kad pelajar fisiologi al-azhar(tadatangan fakulti tu penting =D)

3 piramid dari kiri; Khufu, Khafre, & Menkaura

suasana di piramid Khufu

First time tiba depan piramid yg gah besar, kyo rasa macam hebat jer piramid...tp 2-3 kali pandang piramid ni macam satu bangunan bongkah batu yg disusun jer...kubur jer pun =P cuma kalau dari segi kejuruteraan, struktur, & seni bina piramid mmg hebat la org arab yg bina kubur firaun ni dulu...


permandangan dari atas piramid


gua utk masuk ke dalam piramid

Untuk masuk ke dalam piramid Khufu (piramid yg paling besar) bayaran sebanyak 100 L.E.(RM50+)..kitorang tak masuk pun kat dalam tp dikatakan kat dalam tu lebih selesa berbanding kat luar & pengudaraan kat dalam lebih bagus...Biasanya kat dalam ader la simbol2, tulisan hieroglif dan kubur2 jer kowt~ =P semua barang berharga kat dalam dah dipindahkan ke muzium...


unta dan kuda utk disewa

Kat sini kita diingati supaya jangan layan sgt org arab...bknnya nk biadab cuma dah banyak kes terjadi kat sini...contohnya, dikenakan bayaran walaupun org arab kata free, minta wang supaya tangkap gambar, ditipu utk membeli barang diorang, kecurian etc.. Satu lagi, kalu nak naik unta/kuda kat sini baik x pyh...kemungkinan harga yang terlalu tinggi tp kalau bleh gaduh ngan pak arab dan dapat half price ok jer... daripada naik unta baik buat sembilahan/korban...lagi best =D


sphinx: depan

sphinx: sisi

Yang kyo rasa kecewanya tak dapat pergi lawat sphinx dekat2...kemungkinan kesuntukkan masa pada masa tu..tp bleh tgk pun dah ok ...cuma kesian kat sphinx hidung dia dah takder...Lepas tu, kitorang pergi ke masjid Amru Al-Ash iaitu masjid pertama di mesir. Kyo sempat solat sunat tahiyatul masjid, sunat dhuha kat masjid ni dan dngr sedikit kisah mcm mana cairo, bknnya alexandria yg dijadikan ibu negara mesir....sbbnya alexandria dihalang dan dikelilingan dengan laut dan sebagai pusat pemerintahan, cairo dipilih sbb lebih mudah mendekati rakyat...ceh, bangga sekejap dapat duduk kat cairo =D


Perhentian 2: masjid Amru al-Ash

suasana dalam masjid Amru al-Ash

Destinasi seterusnya, masjid dan makam imam as-Syafie...sepanjang jaulah kali ni, tempat ni la yang paling memberi makna kpd kyo...selepas selesai solat zohor bejemaah di masjid imam as-syafie, kitorang diberi sedikit pencerahan tentang jasa imam as-Syafie sampai la para akhawat selesai menziarahi makam imam Syafie(biasa la, ladies first) Dengan tu, kitorang pula dapat masuk makam imam Syafie...MasyaAllah, kat dalam mmg cantik...dengan seni ukuran2 tepi dinding dan sekitar kubah...satu seni islam yg sgt dibanggakan...

Perhentian 3: pintu masuk makam imam as-Syafie

depan makam imam as-Syafie 

seni dalam makam imam as-Syafie

makam imam as-syafie

Bila kyo berdiri depan makam imam as-Syafie, macam hati kyo tersentuh...yer la, di depan kita makam pengasas mazhab syafie yg kita, org malaysia rujuk dan ikuti...dan kitorang ada jumpa bekas tapak kaki rasulullah di tepi makam imam as-syafie...Subhanallah, hanya allah jer tahu perasaan sebenar sebahagian daripada kita yg berada kat sana...

tapak kaki rasulullah(bahagian lebih gelap)

pintu makam imam Wakiq(guru imam as-Syafie)

Lepas saat touching, jom kita semua pergi ke qal'ah(kubu) Salahuddin al-Ayubi...macam biasa, sebelum masuk kitorang diberi makan nasi ayam...alhamdulillah, sedap~ =)
Harga biasa tiket untuk masuk kubu ialah 50 L.E & macam biasa jgk student price 50% off, 25 L.E...nampak tak permainan kad pelajar? =D


Perhentian 3: qal'ah Salahuddin al-Ayubi

permandangan atas kubu Salahuddin al-Ayubi

meriam yang sedia untuk bertempur

artifak pelancar(catapult)

candid di taman

Dalam kubu salahuddin al-ayubi ada taman yg indah, masjid yang hebat, kedai2 cenderamata, muzium yg kyo tak sempat nk masuk & ada jgk kawasan larangan...kalau naik atas kubu dapat lihat permandangan bandar yang cantik & perasan tak banyak jer masjid kat mesir ni..seterusnya kita lihat masjid Muhammad Ali yang ader dalam qal'ah ni...

masjid Muhammad Ali dalam kubu Salahuddin al-ayubi 

pandangan luar masjid Muhammad Ali 

sekitar masjid Muhammad Ali

dalam masjid Muhammad Ali

seni kubah masjid Muhammad Ali(gambar terbaik pertandingan =D)

Cantik kan seni bina masjid Muhmmah Ali...kalau nak tahu lebih kurang satu masjid ni diperbuat daripada batu marmar(70-80%)...yer btul tu, batu marmar...awalnya, kyo pun tak percaya jgk...tp bila dah sentuh dan rasa bangunan masjid tu memang btul2 ruham(batu marmar)... Alhamdulillah, kitorang sempat tunaikan solat asar berjemaah di masjid yg hebat ni...

Lepas tu, kitorang bertolak ke hadiqah(taman) Azhar/Azhar Park...tiket masuk dewasa(pemuda) hanya 7 L.E. xder student price kowt~ tp seriously besar giler taman azhar...nak round seluruh taman mmg tak larat la sbb semuanya penat...cuma silapnya datang musim winter kalau datang musim bunga mesti lagi cantik...sgt sesuai untuk sesiapa yang nak release tension =D

Perhentian 4: taman azhar

 
sky view al- azhar park(kan dah kata besar)

taman azhar musim winter

taman azhar ketika senja

Sebelum balik, kita semua sekali lagi berkumpul di taman azhar untuk keputusan kuiz crossword puzzle dan pertandingan gambar terbaik...Alhamdulillah, geng bas sekolah kitorang ungguli semua pertandingan tu utk kategori ikhwah...mmg kitorang tak sangka pun..dan yg lebih hebat ader dlm kalangan group kyo yang tak tahu apa2 pun...seriously, tiba2 jer bleh menang =D
tp bukannya menang tanpa buat apa2 pun...yg crossword puzzle mmg kitorang siapkan cepat2...tak kisah la betul ke tak...asalkan  lepas tu kitorang tak perlu ambil peduli dah dan yang pertandingan gambar pula kitorang snap2 gambar macam tu jer...lepas tu bagi jer kat hakim supaya pilih gambar yg paling diorang suka...amacam, senang lenang kan? =D

antara hadiah yg dimenangi(kat dalam penuh dengan makanan)

So, aper lagi...kitorang berpesta makan la dlm bas sepanjang perjalanan balik...syukur, rezeki Allah bagi kan ;)
Akhir sekali, sepanjang jaulah kitorang rasa happy & seronok, dpt manfaat, ukhwah semakin rapat dan perut yang kenyang =P
Sebenarnya cuba la korang datang sini dan feel sendiri sbb yang itu lagi afdhal bagi kamu =P

Baiklah, setakat sini dulu pengalaman jaulah kali ni, lama jgk masa yg kyo ambil nak siapkan post ni...harap korang seronok membaca & kalau nak kongsi pengalaman pun boleh...InsyaAllah, semoga kita berjumpa lagi =)

kredit gambar tertentu: Aniq (ahlu bait a.k.a cameraman)


p.s: bila pula nak berjaulah lagi? (>_<)


Friday, January 25, 2013

Tazkirah


Salam Sejahtera~!
Kaifa Halukum(apa khabar kamu semua)? Harap2 sentiasa sihat & ceria =)

Pertama sekali, mesti korang pernah dengar sebutan 'tazkirah' kan...dan ada juga yang sentiasa pergi ke masjid untuk mendengar tazkirah terutama selepas solat maghrib berjemaah...tp yang kita selalu dengar perkataan 'tazkirah' ni sebenarnya maksudnya aper kan?

Tazkirah secara literalnya bermaksud peringatan...
Tazkirah secara konseptualnya bermaksud sebarang ucapan/ceramah ringkas tentang hal agama Islam sebenar yang boleh dijadikan pengajaran untuk diri kita supaya kembali & kukuh ke landasan hidup yang betul...

Sebenarnya kita tidak semestinya perlu menjadi seorang syeikh, imam, ataupun tokoh islam untuk menjalankan tazkirah..kalau tak, kesian la takder orang yg nk bagi tazkirah kat sini (~.~)..Jadi, kita semua berhak untuk memberi tazkirah asalkan kita ada syarat ilmu dan sumber yang sahih(betul).

Persoalannya, kenapa kita perlu kepada tazkirah? Sebagai manusia, kita semua mempunyai kelemahan masing2 & kita mungkin akan terlupa atau bertindak di luar batasan...Manusia sentiasa perlukan peringatan... Dengan adanya tazkirah, kita dapat mengenalpasti kesilapan kita seterusnya boleh perbaiki diri kita utk menjadi insan yang lebih baik. Tazkirah juga boleh memberikan matlumat yang penting tentang Islam yang betul. Amalkan cara hidup yang betul & kualiti hidup kita akan meningkat...insyaAllah

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
(Az- Zumar ayat  53)

Kepada sesiapa yang berhajat nak pergi tazkirah bleh la tanya kepada sesiapa yang pernah pergi tazkirah bagi kawasan yg berdekatan...kalau kita pergi pun bukannya rugi dapat manfaat lagi aderla...lagipun bleh dapat ilmu free..so, jangan sia-siakan peluang ;)

Peringatan: pastikan tazkirah ada sumber rujukan yg betul supaya dapat mengelakkan sebarang kekeliruan

Harap2 ramai lagi la yang pergi tazkirah & kalau bleh ajak la member2 lain sekali..tak kisahla kalau diorang tak nak pergi sekurang2nya kita sentiasa ajak benda yang baik... =)


>جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا<


Bahasa Arab A'mmiyah vs Arab Fushah


Assalamualaikum & apa khabar semua? Harap semuanya khabar baik =)

Mesti korang tertanya2 apa itu bahasa arab a'mmiyah & bahasa arab fushah?
Bahasa arab a'mmiyah ialah bahasa arab pasar yang berasal & digunakan di mesir. Bahasa arab ammiyah ni macam dielek@slang@loghat orang2 mesir. Contohnya kat Malaysia pun ada jgk...seperti dielek utara, kelantan, terengganu, perak etc...lebih kurang camtu la...Manakala bahasa arab fushah ialah bahasa arab asli@biasa@standard. Contohnya subjek bahasa arab yang korang belajar kat Malaysia sekarang.

Berdasarkan pengalaman daripada kawan kyo sendiri, walaupun kita terer bahasa arab tp kalau first time datang mesir & bercakap ngan orang arab mesir confirm pening kepala tp lama2 tu bleh la faham... Mmg bgs la camtu sbb kalau tak kyo nk cakap aper...kyo bukannyer terer(pandai) pun bahasa arab dahlah time PMR dulu drop subjek arab(tp ok la kowt dpt straight A) =D 
Biasanya kyo bergantung kpd kawan2 yang mahir jer la & terima kasih bnyk2 kepada kawan2 yg sentiasa membantu =)

Satu peringatan: Bahasa arab ammiyah bkn bahasa arab sebenar..so, kalau korang sengaja jawab camtu masa exam memang fail la =P

Jom kita tengok perbezaan antara Arab Fushah & Bahasa Arab A'mmiyah:

Arab Fushah ==> Arab A'mmiyah ==> Makna

Bacaan & Sebutan:

1. huruf (ث) thaa' dibaca (ت) taa
Contohnya:
Thalathah (ثلاثة) ==> Talaata (تلاتة) ==> Makna: Tiga

2.huruf (ذ) dzal dibaca (د) dal
Contohnya:
Haadza (هذا) ==> da(ده) ==> Makna: Ini(utuk lelaki)

3.huruf (ق) qaf dibaca (ء) hamzah
Contohnya:
Qadim (قديم) ==> Adim (أديم) ==> Makna: Lama

4.huruf (ج) jeem dibaca (ج) geem
Contohnya:
Jamaah (جامعة) ==> Gamaah (جامعة) ==> Makna: Universiti

5.huruf (ء) hamzah dibaca (ي) yaa'
Contohnya:
Raa'is (رئيس) ==> Rayyis (رييس) ==> Makna: Ketua

Kata Kerja (negatif):

1.La (لا) ==> Ma (ما) ==> Makna: Tidak/Jangan

2.Ghoiru (كيرو) ==> Musy (موش) ==> Makna: Tidak

Kata Tanya:

1.Maza (ماذا)  ==> Eeh (عيه) ==> Makna: Apa?

2.Limaza (لماذا) ==> Leih (لعيه) ==> Makna: Kenapa/Mengapa/Untuk Apa?

3.Kaifa (كيف) ==> Izzay (إزاي) ==> Makna: Bagaimana?

4.Mata (متئ) ==> Imta (إمتئ) ==> Makna: Bila?

5.Man (من) ==> Min (من) ==> Makna: Siapa?

6.Kam (كم) ==> Kam (كم) ==> Makna: Berapa?



Okay, kelas~ setakat sini dulu kita belajar...tak boleh belajar bnyk2 sekaligus nnti sumbat(jem) otak tu =D
Sebenarnya, belajar bahasa arab ni sgt bagus, kenapa? sbb bahasa arab bahasa para ahli syurga, bahasa sunnah rasulullah dan juga bahasa kalamullah(Al-quran). Tahniah la kepada sesiapa yang belajar bahasa arab harap korang bleh mantapkan lagi, amalkan semampu yang mungkin & ajarkan kyo jgk nnti  ;)

"Sesungguhnya kami menurunkannya berupa Al-Quran dengan bahasa Arab agar kamu dapat memahaminya"
(Surah Yusuf ayat 2)


Wallahu a'lam...
InsyaAllah, kalau ader kelapangan kita belajar lagi ;)

p/s: biler la nk terer bahasa arab ni? (~_~)