Salam sejahtera...harap semuanya sihat =)
Eh, apa itu pengakuan/sumpah Hippocrate? Binatang 'Hippo' tu ke? 'Hipokrit' ke? haha..gurau jer...Sebenarnya nama Hippocrate agak terkenal dalam dunia perubatan sebagai bapa perubatan barat. 'Sumpah Hippocrate' merupakan pengakuan beliau terhadap ilmu perubatan dan ditujukan kepada sesiapa yang mengamalkan perubatan termasuklah pelajar perubatan...
Apa lagi, jom kita usha~!
Peringatan: tokoh perubatan ni berasal dari barat jadi tidak semestinya semua ideologi beliau sesuai untuk kita...cuma kita ambil jer apa yang baik dan buangkan yang buruk
Hippocrate: bapa perubatan barat
Sumpah Hippocrate(tafsiran sendiri =P):
- Saya berjanji bahawa pengetahuan perubatan saya akan digunakan untuk manfaat kesihatan rakyat.
- Saya akan lakukan terbaik untuk menolong sesiapa yang mempunyai keperluan perubatan serta dalam kecemasan.
- Saya akan melaksanakan pertimbangan profesional saya tanpa dipengaruhi oleh tekanan politik atau agama, umur, bangsa, jantina, pangkat, jawatan, kaya, miskin atau siapa pesakit saya.
- Saya mengiktiraf nilai istimewa kehidupan manusia tetapi saya juga tahu bahawa memanjangkan hayat bukan matlamat untuk penjagaan kesihatan.
- Saya tidak akan menyediakan rawatan yang sia-sia, berbahaya atau di atas keengganan pesakit.
- Saya akan menjadi sebetul yang mungkin dan menghormati keputusan pesakit kecuali perkara tersebut boleh membahayakan keadaan diri dan orang lain.
- Jika pesakit saya mengalami kesedaran mental yang terhad, saya masih akan menggalakkan pesakit untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan selagi mereka berasa mampu.
- Jika ada sebab-sebab penting yang mencegah kerahsiaan tentang pesakit saya, saya akan menerangkan semuanya.
- Saya akan lakukan yang terbaik untuk memastikan saya dan rakan setugas dimaklumkan dengan perkembagan baru serta memastikan amalan perubatan diamalkan pada tahap yang sepatutnya.
- Saya akan menunjukkan rasa hormat kepada sesiapa yang bekerja dengan saya dan bersedia untuk berkongsi ilmu dengan mengajar apa yang saya tahu.
- Saya akan menghormati setiap satu peranan saya sebagai seorang pakar, professional, pengurus, guru atau peguam bela kesihatan.
- Saya akan belajar daripada kesilapan dan mendapatkan pertolongan daripada rakan setugas untuk meningkatkan keselamatan pesakit.
Semuanya untuk kita menikmati hidup dan terus mengamalkan seni perubatan yang dihormati oleh semua orang pada setiap masa.
Sekian untuk post kali ni. Jadilah doktor yang berkualiti dan penuh integriti ;)
No comments:
Post a Comment