Selam sejahtera~ =)
Okey, setelah sekian lama, kyo nak sambung balik post yg lepas...
4.Jaga kesihatan
Sebagai bakal doktor, kita beruntung sebab boleh belajar dan tahu keadaan badan kita sendiri. Jadi, gunakanlah kelebihan ini untuk menjaga kesihatan diri. Kesihatan sangat penting supaya kita dapat menerima ilmu perubatan dengan sebaik mungkin. Jikalau kita jatuh sakit & dimasukkan ke hospital, mesti keadaan kita akan menjadi susah. Apatah lagi pada masa kita sakit itu kita ada ujian penting, nauzubillah. Dari segi tidur pula, kyo syorkan minimum 6 jam dan maksimum 8 jam. Tidur yang berlebihan hanya merugikan masa dan boleh menyebabkan sakit kepala. Sebenarnya tempoh tidur tidak diutamakan, cuma yang penting kita mendapat tidur yang berkualiti. Semoga kita sentiasa sihat dan bertenaga dalam setiap amalan kita.
Piramid makanan
5.Makanan yang seimbang
Sebagai pelajar perubatan, kita digalakkan supaya menjaga pemakanan yang seimbang. Hal ini kita boleh rujuk kepada piramid makanan di atas. Walaubagaimanapun, kyo tidak melarang daripada makan makanan yang kamu semua suka cuma berpada-padalah kerana "we are what we eat". Makanan yang tidak berkhasiat kita jauhkan terutama makanan yang terlalu masam boleh menjejaskan fungsi otak kita untuk menghafal. Makanan penting yang kyo syorkan untuk belajar ialah madu, buah beri, kismis, kurma, dan kacang. Untuk minuman pula, air yang telah dimasak dan teh adalah bagus untuk otak. InsyaAllah, dengan amalan pemakanan tersebut prestasi belajar kita akan meningkat. Yang penting makanan tersebut halal.
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
(surah Al-Baqarah ayat 168)
6.Jaga hubungan sesama manusia
Kita perlu sentiasa menghormati orang lain terutama kepada pensyarah yang mengajar kita. Bersama pensyarah ada keberkatan. Jadi, kita kena pastikan selalu datang kelas awal dan jauhkan diri daripada ponteng. Elakkan sebarang maksiat dan khianat kepada diri sendiri dan orang lain. Jikalau kita ada buat silap terhadap orang lain, segera minta kemaafan daripada insan tersebut kerana mungkin akan memberi kesan yang buruk kepada hidup kita seperti gagal dalam ujian dan hidup dalam kegelisahan. Hal ini semua adalah qada' dan qadar Allah yang maha adil. Kepada sesiapa yang tinggal dalam satu rumah, jangan sengaja buat apa yang tidak disukai oleh ahli rumah. Jadi, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat....."
(surah Al-Baqarah ayat 83)
7.Ibadat yang berkualiti
Setiap perkara baik yang kita lakukan adalah ibadat. Kita mestilah ambil berat dalam setiap amalan kita dan jangan lakukan secara sambil lewa. Jikalau kita hendak menjadi seorang doktor, usahalah dengan sepenuh hati. "Becoming a doctor is about how passion you are towards the healthcare of others". Kita juga mesti menjaga solat kita kerana solat itu asas/pasak/tiang agama. Salah satu cara kita berdepan dengan Allah adalah dengan menunaikan solat. Belajar untuk sempurnakan solat adalah penting supaya kita terus hidup dalam keberkatan. Solat yang lalai dan sambil lewa bukan sahaja sia-sia malah akan dilaknat oleh Allah swt. Jadi, setiap ibadat perlulah dilakukan dengan penuh kualiti supaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia."
(surah Al-Mukminun ayat 1-3)
Sekian sahaja tips2 daripada kyo....sebenarnya ader banyak lagi tips lain cuma yang kyo bagi tu antara yang paling penting. Tp apasal skema(serius) sgt tulisan kat atas? Biasa la dah lama tak buat tulisan bangku, kadang kala nak tunjuk jgk keindahan bahasa malaysia yang sebenar(yer la tu..) =D
Jumpa lagi~ =)
No comments:
Post a Comment