Sunday, June 9, 2013

Antara Manusia Dengan Haiwan


Assalamualaikum~!

Harap korang semua sihat. =)

Rasa dah lama kyo tak post pasal tazkirah. So, kali ni kyo nak kongsi sikit pasal hubungan kita dengan haiwan.


"Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu."
"Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala"

(Hadis Riwayat Muslim)


Sayang pun bukan kepada kucing atau haiwan belaian kita jer tapi  juga kepada semua haiwan lain. Anjing dan khinzir juga termasuk sekali walaupun mereka dikategorikan sebagai najis berat. Tapi kena ingat mereka tetap makhluk Allah yang berhak untuk hidup seperti haiwan lain.

Kalau nak cerita kat mesir ni, kebanyakkan anjing kat sini tak garang macam kat malaysia. Lagipun kalau kita dekati, anjing tu akan beredar jer tak la main menyalak, gigit atau kejar kita macam anjing kat malaysia (=.=')

Rasanya disebabkan layanan orang arab yang sedikit kasar terhadap haiwan. Bukan kyo nak sokong kekasaran terhadap haiwan tapi kita juga perlu menunjukkan ketegasan atau kekuatan kita kepada haiwan dan pada masa sama kita tetap tunjuk sikap sayang supaya kita tidak 'dipijak kepala' sama seperti interaksi kita dengan manusia. Nampak tak permainan dia kat sini? =P

"Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)



Walaupun kita lihat menjaga haiwan ini perkara yang remeh tetapi tanggungjawab itu tetap ada. Yang penting kita kena beri perhatian kepada haiwan kesayangan kita supaya tidak diserang penyakit yang teruk. Kalau haiwan tu sakit, bawa la kepada doktor haiwan(veterinar) jangan la kepada doktor manusia plak. Silap-silap doktor tu sendiri yang sakit kepala nak layan.



So, kepada sesiapa yang menjaga kebajikan haiwan, teruskan usaha mulia anda dan kepada sesiapa yang selalu menzalimi haiwan, bertaubatlah kerana setiap perbuatan kita ada balasannya walaupun bukan di dunia tapi di ahirat tetap menanti macam pepatah inggeris 'What goes around comes around'.


Tak salah untuk kita nak sayangi haiwan. Kyo pun sayang kat haiwan terutama kura-kura dan kucing kerana selain daripada manusia,  haiwan juga merupakan peneman hidup kita. Jadi, korang semua suka haiwan apa? Share la skit ngan kyo  ;)

Haiwan belaian kyo kat mesir:


Nama: Goku (supaya kuat macam goku)

Jenis: Testudo graeca nabeulensis (hati-hati jangan terbelit lidah)

Jantina: Jantan (Tengok jer corak dan kegelapan kat bawah cengkerang. Lagi gelap/bercorak: jantan, kurang gelap/bercorak: betina)

Umur: ??? (dah bertahun-tahun kowt)

Tinggi: ~8cm

Lebar: ~15cm

Harga: Tidak ternilai (lebih kurang RM22 jer)

Makanan kegemaran: Salad (yang lain susah nk makan, memilih betul)

Ayat kegemaran: ... ... ... (kura-kura tak bleh bercakap)

Hobi: Suka jalan-jalan cari makan

Cita-cita: Menjadi super saiyan ninja turtle


First time jumpa goku semasa pergi ke pasar syafie atau kitorang panggil pasar haiwan. Suasana dan keadaan kat sana macam pasar malam. Kat sana kita bleh jumpa pelbagai jenis burung macam burung kenari, bayan, burung hantu dan burung helang. Haiwan eksotik macam ular sawa, ular tendung, iguana pun ader. Kura-kura dan ikan pun banyak untuk dipilih macam ikan arowana, pirana dan jenis-jenis lain. Pendek kata macam-macam ada~

Apa-apa pun, welcome to the family~! Semoga goku dapat membesar dengan baik  =)



No comments:

Post a Comment