Salam sejahtera~! =)
Kyo doakan korang semua dalam kedaan baik.
Pertama sekali ucaplah Alhamdulillah tak kira dalam apa-apa situasi pun. Selepas selesai final exam subjek bahasa arab pada 23/6/13 yang lepas secara rasminya berakhirlah sesi pengajian perubatan untuk pelajar tahun 1 di Al-Azhar. Oh Yeah~! =D
Sori la lambat sikit nak update sebab biasala lepas final kyo pun nak rileks-rileks jugak So, straight to the point kyo nak sambung post yang lalu.
Oh, lupa nak bagitau, sistem pembelajaran kat mesir berbeza dengan kat malaysia. Sama juga untuk universiti-universiti lain di negara-negara yang lain buat pelajar-pelajar yang lain.(betul ke ayat ni?)
Peringatan: Jenis dan bentuk soalan mungkin tidak sama dan akan berubah dari masa ke masa tanpa sebarang makluman.
Ok, kyo mula dengan subjek Al-Quran. Biasa untuk kami di azhar untuk ambil subjek WAJIB ni tapi tak perlu risau sangat. Macam kyo, walaupun takder background sekolah agama pun boleh lagi nak lulus. Bukannya kita belajar jenis qiraat(cara bacaan), tafsir atau tajuk-tajuk lain yang ada di madrasah peringkat tinggi. Cuma basic kepada hafazan dan tajwid jer.
Macam kitorang tahun 1 kena hafaz seluruh juzuk 30, tahun 2 juzuk 29, tahun 3 juzuk 28 dan seterusnya untuk tahun-tahun lain. Kalau kita istiqamah dalam hafalan kita inshaAllah bleh jawab final exam tu. Macam kyo, paling kurang cuba la hafaz satu baris ayat selepas setiap kali solat dan ambil masa untuk murajaah(ulangkaji) surah sampai kita betul-betul ingat. Dalam setahun tu bleh la habiskan 2-3 juzuk. Pendek kata, buat jer apa-apa pun yang penting dapat hafaz semua surah untuk tahun tu.
Exam quran terbahagi kepada exam bertulis dan oral. Untuk ujian bertulis, soalan biasanya suruh kita tulis balik ayat, susun, atau lengkapkan surah al-quran. Kalau tak nak tulis baris pun takper. Nak diceritakan kyo ada sedikit masalah untuk jawab. Disebabkan terlalu fokus dengan murajaah jer tapi kurang buat latihan, nak tulis pun tak berapa pasti kalimah ayat dia macam mana. Memang kyo tulis ayat bergantung kepada bacaan mulut kyo jer la. So, pengajaran disini, biasakan dengan latihan menulis surah al-quran.
Nak tahu macam mana bentuk soalan Al-Quran bleh tengok dalam file INI.
Yang tu contoh jer. Soalan yang kitorang jawab lagi susah.
Selesai ujian bertulis kitorang terus kepada ujian oral. Yang ni lagi senang bagi kyo tapi yang tak best kena tunggu giliran dengan orang lain. Kita cuma perlu bertasmid(semakan bacaan) dengan prof. Prof akan bagitau kita surah apa yang perlu dibaca dan kita apa lagi, baca la. Kalau memang lansung tak hafal, cakap jer dengan prof kita nak tasmid surah 3 qul atau mana-mana surah yang kita tahu. Walaupun tak dapat markah tinggi tapi boleh la lulus(kata senior). Ada juga prof suruh kita sambung ayat yang beliau baca sehingga habis atau sehingga prof kata berhenti. Kyo masa tu kena tasmid seluruh surah An-Naba' dan Al-Abasa. Yang tu lancar jer baca tapi entahlah kenapa tapi pada bahagian sambungan ayat , mulut kyo baca jer sambungan ayat tersebut walaupun pada masa tu tak pasti surah apa yang dibaca. Setiap usaha yang kita buat Allah akan tolong.
Untuk tahun 2 nnti kyo dah hafaz dah juzuk 29 cuma kena banyak lagi mengulang. Kyo nak ingatkan kembali kita hafaz al-quran bukannya semata-mata untuk exam tapi ikhlas untuk amalan hidup diri kita. Kepada sesiapa yang nak tahu tips hafaz Al-Quran bleh la baca kat SINI.
Seterusnya, kita pergi kepada exam Anatomy. Exam yang terlalu banyak menghafal tapi kurang memahami.
Untuk bersedia dalam exam ni, kyo terpaksa ulangkaji dan ingat buku nota anatomy yang telah banyak dipermudahkan seluruh 350+ muka surat sahaja(paling kurang untuk lulus). Kitorang rileks jer study dengan tulang-tulang dan mayat. Tulang/mayat jer pun. Bukannya mayat tu bangun balik jadi zombie. =P
Exam anatomy terbahagi kepada bahagian bertulis, lisan dan praktikal. Untuk ujian bertulis bagi tahun 1 kitorang kena cover upper limb(lengan), lower limb(kaki), abdomen(perut) dan basic embryology. Nasib baik ada soalan MCQ tapi kyo tak ingat dah berapa soalan(kebanyakkan kertas soalan dan jawapan diambil). Ok la boleh main counter-strike(menembak) sikit-sikit kat situ.
Solan esei anatomy biasanya tanya tentang types, comparison, enumeration, naming, location, lymph drainage, branches, course, attachments, blood supply, nerve supply, action, relations effects of lesion, compartment, contents, distribution, origin atau definition. Apa-apa pun rileks la dulu, yang tu baru general idea untuk jenis soalan esei yang akan ditanya. Kita tak masuk kepada bahagian anatomy lagi yang kena banyak mengingat. Kalau korang nak tahu bahagian yang lebih dalam, baca la buku anatomy =P
Untuk ujian lisan, kitorang kena masuk makmal anatomy sebab kat situ la tersimpannya tulang-tulang yang akan diiguna oleh prof untuk tanya soalan kepada kita. Kebiasanya prof akan tunjuk dan tanya apa attachment kat tulang-tulang tersebut serta function, blood/nerve supply tapi ader banyak lagi soalan random yang kita tak jangka akan ditanya. Alhamdulillah, kyo dapat la jawab keseluruhan soalan prof. Pada akhir oral, prof bagitau "You are very good", kyo senyum dan ucap "Thank you" jer la =D
Bagi kyo, ujian oral ni macam kita pergi interview. Jadi, sebelum interview mesti la kita kena bersedia dan belajar teknik-teknik tertentu. Kes ni sama macam ujian oral. Kyo nak kongsi sikit teknik jawab ujian oral yang kyo sendiri buat.
Pertama sekali buat muka cool, senyum dan rileks jer. Jangan buat muka blur plak depan prof. Kedua, kalau nak jawab tu kena la selalu confident walaupun tak pasti betul ke tak jawapan kita bagi. Ketiga, kalau soalan yang ditanya tu kemungkinan ada banyak jawapan, cuba dahulukan dengan jawab "firstly, we have the... one of the... some... many of the..." secara generalnya macam kita buat impression kita tahu banyak jawapan kat prof tapi padahal kita tahu satu dua jer. Sebenarnya prof biasanya nak satu jawapan pun dah cukup dan teruskan kepada soalan lain. Nampak tak permainan dia kat situ? =P
Untuk ujian praktikal selalunya buat kat makmal anatomy juga sebab kat sini juga tersimpan mayat-mayat atau mumia-mumia mesir(gurau jer). Sistem dia seperti ujian praktikal yang lain, ada stesen-stesen yang perlu dijawab dalam masa yang diberi. Lebih kurang 20 stesen kitorang kena jawab. Tapi yang tak sedap hatinya mayat-mayat yang kitorang guna macam dah lama. Rasanya mayat dah jadi macam kayu balak basah, kesian. Ada bahagian yang terputus/hancur. Jadi kitorang susah sikit nak identify bahagian yang kena jawab. Kalau tak pasti, jawab jer yang berkaitan. Praktikal tak susah sangat cuma kena study mayat betul-betul. Kalau tak, tak pasal-pasal kita yang akan jadi 'mayat' masa exam nnti.
Exam seterusnya, exam histology. Histologi macam kita belajar sel-sel badan tapi dengan lebih banyak dan dalam. Seperti biasa terbahagi kepada exam bertulis, lisan dan praktikal; Ujian praktikal sebenarnya tak susah. Kitorang cuma kena hafal dan biasakan dengan semua slide microscope sebab exam praktikal memang memerlukan kita identify slide jer. Lagipun ada 10 stesen jer kena jawab. Tapi kena berhati-hati kerana slide yang kita ulangkaji tak semestinya sama dengan slide exam. Cuma kita kena tahu keypoint untuk setiap slide.
Moderator Band(septomarginal trabecula): Hematoxylin & Eosin Stain
Selesai praktikal, kena tunggu giliran ujian lisan dengan prof. Group kyo dapat dengan histology head of department(HOD). Macam overkill jer kitorang kena oral dengan HOD tapi nasib baik beliau baik hati. Walaupun ada soalan yang ditanya susah dan banyak kawan kyo yang tak berjaya bagi jawapan, prof masih lagi bagi markah tinggi untuk group kyo. Rezeki dikatakan ;)
Untuk exam bertulis, bahagian yang paling best MCQ histo ada sebanyak 40 soalan untuk kita mencuba nasib. Kalau ada yang bernasib baik, mungkin ada sebahagian soalan exam yang sengaja atau tidak disengajakan rosak/ralat akan diberi markah percuma. Oh, terima kasih prof. Kitorang memang sayang prof banyak-banyak. =D
Lepas MCQ ader soalan subjektif macam bagi definition, matching, enumeration, fill int the blank dan sebagainya. Alhamdulillah, berkat buat dan faham beribu-ribu soalan MCQ histologi, kyo dapat siapkan dalam masa sejam daripada 3 jam yang diberi dan dapat balik awal sambung tidur. =P
Last but not least, exam Arab (Nahwu & Sorof). Nahwu(biasanya orang panggil nahu) bermaksud perubahan akhir harakat setiap kalimah dalam ayat; berbaris fatahah (atas), kasrah (bawah) atau dhommah (hadapan) manakala Sorof pula bermaksud perubahan sesuatu kalimah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Pendek kata, macam tatabahasa untuk bahasa arab dan juga WAJIB diambil dan kalau tak lulus kena repeat year. (=.=)
Bagi orang yang drop dan tak pandai bahasa arab macam kyo ni, subjek nahu dan sorof ni memang susah nak ingat dan faham. Tapi kalau dah tiba di mesir dan tambah lagi masuk Al-Azhar bahasa arab tak boleh dielakkan. Nasihat kyo banyakkan bersabar dan teruskan belajar bahasa arab walaupun tak faham prof ajar. Angguk kepala dan seyum jer la. =P
Untuk exam bahasa arab, soalannya memang berbeza setiap tahun. Untuk tahun ni, kitorang kena buat 7 ayat berdasarkan 4 tajuk diberi(pilih satu), perbetulkan kesalahan ayat dan sebab, susun ayat dan buat ayat berdasarkan nombor. Untuk bahagian bina ayat, keep it simple kalau panjang sangat nanti tersalah tatabahasa. Perbetulkan kesalahan ayat memang kena fokus setiap perkataan supaya nahu dan sorof dia betul(yang ni memang susah). Susun ayat pula memang soalan ni kyo tak faham maksud jadi apa boleh kita buat? Susun jer ayat dan cari kaitan sehingga seluruh ayat tu okay didengar atau macam betul(tawakkal jer la).
Bagi kyo, exam bahasa arab exam paling susah. Walaupun diberi 3 jam untuk jawab, kyo habiskan dalam masa sejam dan balik sujud syukur. Bukannya boleh buat apa-apa sangat. Soalan pun kyo tak tahu nak jawab macam mana sebab semuanya dalam bahasa arab yang kyo tak faham. Apa-apa pun jawab dengan tenang dan ringkas. Yang penting jangan putus asa dan buat yang terbaik. Dan yang paling penting final exam dah habis~! =D
(Surah ke-3 Ali Imran ayat 173)
Eh, kalau kita fail subjek macam mana pula? Kepada subjek yang gagal, kita kena repeat paper (dhur tani) lebih kurang sebulan selepas exam. Tapi kalau fail jugak, boleh kita ambil 1-2 subjek medic yang kita fail tu untuk carry ke tahun 2. Yang ni leceh la sebab masih lagi kena study subjek tahun 1. Kalau fail lebih daripada tu kena repeat year la jawapannya. So, jangan fikir kita gagal tapi fikir jer macam mana cara nak lulus. Harap-harapla kyo lulus semua subjek. Katakan tidak kepada repeat paper =P
Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran untuk final exam tapi semuanya berjalan dengan lancar.So, what now? Selain daripada teruskan berdoa dan bertawakkal, jom kita layan game dan movie. Banyak sangat yang perlu kyo qada(ganti) kes exam.Peringat kepada diri kyo sendiri, blog pun kena berjalan jugak cuma halangan sekarang internet tak stabil: kejap ada tapi lama takder(salahkan syarikat internet) lagipun banyak aktiviti lain kyo nak buat.
Kepada pelajar yang masih lagi dalam musim peperiksaan, teruskan ulangkaji dan buat terbaik dalam setiap ujian supaya dapat result yang bagus, InshaAllah.
"Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat yang sebaik-baiknya".
(Surah ke-13 Ar-Ra’d ayat 29)
Oh lupa nak bagitau, inshaAllah, kyo akan bertolak balik malaysia pada 5/7/13 nanti. Buat masa ni rileks dulu kat mesir. Eh, rasa rindu pulak nak jumpa orang-orang kat malaysia terutama keluarga dan kawan-kawan kyo. Bila nak belanja kyo makan? Kalau belanja kyo sayang, kalau tak belanja...kyo tetap sayang kowt~ =D
Doa-doakan kyo selamat balik malaysia yer. ;)
Setakat sini dulu post kali ni. Harap korang semua jaga diri, jaga iman, jaga hati. InshaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi =)
No comments:
Post a Comment