Tuesday, January 21, 2014

Dari Cairo ke Dumyat


Assalamulaikum semua~!
Kyo kat sini sihat dan mengharapkan semua yang lain pun sihat jgk =)

Alhamdulillah, setelah sekian lama kyo dah ada peluang untuk update blog ni. Lama kan kita tak berjumpa? >_< Bukan apa sebab sebulan dua ni sibuk dengan musim exam midterm dan paling utama internet yang ter‘sumbat’. Jadi bila ader mood nak update tiba2 jadi takder mood nak kena layan kerenah internet yang laju macam “kelajauan cahaya” ni.

Kesian kepada pembaca blog ni yang takder peluang untuk menikmati update utk bulan lepas. Sebenarnya banyak yang nak dikongsikan sebelum ni tapi rasa tak relevan dah. Sorry~ T__T Walau apa-apa pun, hal-hal yang tak penting kita ‘forgive and forget’ jer la. Kesalahan yang tidak disengajakan. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk redha dengan segala kesusahan dan kesulitan.

Okay, terus kepada topik, cuti minggu lepas dapat jugak kyo bersama dengan sahabat-sahabat seperjuangan melancong ke Dumyat. Sebenarnya cuti winterbreak azhar minggu depan baru bermula. Cuma kita mengambil ‘inisiatif awal‘ untuk menikmati cuti awal. =D Takper yang penting tak clash dengan hari kuliah. So, ader apa sangat dengan Dumyat? Macam hebat jer nama…kat Eropah ke? Haha…Dumyat ni dalam mesir jer. Tak nak la pergi melancong jauh2 dah tahu kuliah blum habis lagi. Kepada pelajar2 mesir diorang akan tahu Dumyat tu tempat apa. Kepada yang tak tahu lagi, Dumyat ni ada pantai lubuk kerang dan maklumat yang selanjutnya jom dengar kyo citer.


Apa-apa pun kita biasanya mulakan dengan perancangan. Yer la, takkan la tiba2 nk melancong, masa tu jgk nak pergi. Perghh…memang sempoi giler la. Apa-apa pun perancangan itu satu kemestian. Kitorang pun merancang 2-3 minggu jgk nak pastikan perjalanan tu rapi. Kitorang dah biasa dengan perancangan program jadi takder masalah kat situ. Biasanya kita ambil kira bilangan ahli, kos perjalanan, senarai barang, alat dan makanan yang kena bawa, kenderaan, perancangan masa dan benda-benda yang sewaktu dengannya. Selesai kat situ tunggu apa lagi jom la kita terbang~ (takderlah, naik kereta sewa jer).

Tapi best jgak kitorang konvoi dengan 4 kereta Avanza. Tempoh perjalanan dari Cairo ke Dumyat dalam 4 jam bergantung kepada keadaan. Kitorang bertolak lewat kul 1 pagi sbb masa ni kurang kenderaan kat jalan raya kitorang guna dan juga kurang road block. Alhamdulillah, lancar la perjalanangan kitorang kecuali dengan masalah bonggol jalan yang keterlaluan banyaknya dan keadaan jalan yang taklah sebaik jalan raya kat Malaysia (syukurla bleh hidup kat Malaysia). Oh ya, tak lupa plak dengan masalah kabus pada awal pagi, memang tebal ala game/movie ‘silent hill’. Nasib baik la tak hujan kalau tak memang tak nampak apa-apa la jalan masa tu. Terfikir jgk kan bila ader peluang nak guna lampu kecemasan. Jadi masa ni la kita gunakan lampu kecemasan. Syarikat kenderaan bukan main-main hiaskan kereta dengan lampu kecemasan dan lampu signal. Jadi, gunalah kemudahan yang ada dan semoga menjadi kemudahan untuk diri anda dan juga orang lain. ;)



Oh lupa plak, sekarang ni mesir tak stabil sangat dengan perlembagaan baru dan rusuhan kecil, jadi dalam perjalanan, kita tidak terelak daripada diperiksa oleh pegawai keselamatan. Masa balik bleh la pergi ikut jalan utama semasa cuti minggu ni. Walaupun bnyk roadblock, sbb bnyk sgt kereta yang nak lalu, polis takder masa nak menggeladah setiap kereta. Sebelum ni bnyk jer kereta yang kena geladah. Pastikan bawa dan simpan baik-baik passport, kad pelajar dan lesen(bagi yang memandu) untuk pemeriksaan. Kepada sesiapa yang tiada lesen memandu, senang jer, pinjam dengan sesiapa yg ada lesen memandu antarabangsa dan tukar gambar dalam kad tu. Polis arab bukannya faham sangat tulisan rumi, nampak gambar dan muka sama bleh la lepas. Jangan kantoi sudah =P


Alhamdulillah, kitorang sampai Dumyat (New Damiatte) sedikit masa seblum subuh dan rehat dalam masjid. Fuhh~ sejuk kowt awal pagi kat kawasan pantai ni dah la campur dengan musim sejuk. Cantik la kawasan taman perumahan/bandar Dumyat. Bangunan dan rumah-rumah dalam dumyat memang paling cantik setakat ni. Kalau nak dibandingkn dengan rumah banglo yang ada kat Malaysia jauh bezanya. Macam nak pindah jer kat sini tp agak-agak sewa sebulan berapa yer? =D

Saat-saat yang dinantikan apabila kitorang kat persisiran pantai Dumyat. Keluar kereta dah boleh bau kerang-kerang mati yang terdampar kat tepi pantai memang “harum” sampai nk jilat. =P Dah siap cari dan sediakan tempat, buat kumpulan dan bertanding kumpulan mana yang paling banyak dapat tangkap kerang. Hadiahnya; menyusahkan diri dengan mengangkat guni-guni yang penuh dengan kerang. Tapi memang menarik la pengalaman first time tangkap kerang tepi laut. Alhamdulillah, memang bnyk kerang dan banyak cara nk tangkap.

Antara cara yg kyo guna utk tangkap kerang:

-cari kerang yang besar, yang kecil kita kesian biarkan ia hidup (padahal kerang kecil takder sangat isi)
-cari kerang dengan merasai dengan tangan atau kaki (hati-hati jangan sampai ‘tergigit’)
-tunggu kerang terdampar ke pinggir pantai yang dibawa ombak (teknik yang malas tp mudah)
-satu tempat biasanya terdapat lubuk kerang/lebih daripada satu kerang jadi periksa kawasan sekitar
-perhatikan buih yang keluar daripada pasir (jangan yang terkeluar daripada badan)
-kat cengkerang biasanya ada lumut/hijau kegelapan untuk senang dicari
-cuci kerang yang penuh dengan pasir sebelum masukkan dalam guni (bleh kurangkan berat guni)
-nak kerang yang lagi fresh, pergi dalam lagi kat laut (hati-hati jangan jauh sgt dengan persisiran)



Itulah antara cara yang kyo dapat daripada sejam lebih menangkap kerang. Alhamdulillah, kitorang dapat isikan 14 guni dengan kerang, besar plak tu. Memang penat tapi hasilnya cukup lumayan. Baru tahu sedikit sebanyak pengalaman dan kesusahan para nelayan. Sekali lagi bersyukur la dengan rezeki yang ada. Oh ya, orang arab tak minat sangat dengan kerang sbb tu kalau jumpa sesiapa yang tengah tangkap kerang biasanya orang nusantara yang tinggal kat mesir.

Lepas tu, kitorang berpindah ke pantai yang lagi bersih (taklah jernih sangat).  Kat situ barulah kita lakukkan aktiviti BBQ. Semasa nak siapkan bara api kenalah buka dan cuci dulu kerang-kerang. Pengalaman nak buka kerang hidup pun first time jgk tp taklah susah sangat. Pandai-pandai cungkil pembukaan cengkerang  dengan pisau (jangan guna yang tajam sangat). Banyak jgk darah kerang yang keluar sampai penuh satu mangkuk. Jadi boleh la nak latih diri biasakan dengan darah terutama orang yang fobia dengan darah (hemophobia). Rileks la, darah kerang jer pun bkn darah manusia lagi.


Menu makanan: ayam bbq, kerang bbq, coselaw, oren. Macam biasa tapak bbq penuh dengan orang yang tengah lapar sambil terliur menunggu ayam bbq sedang masak, slurrpp. =D Sejak sekian lama dapt jgk peluang untuk rasa bbq kat luar. Sesiapa yang termakan pasir tu pengalaman biasa la kat tepi pantai. Lepas kenyang makan, kena sertai permianan pulak. Kononnya, nak bakar lemak selapas makan. Permainan pun ala runningman jgk. Kita yang lucu tgk runningman akn lucu jgk tgk diri masing-masing main game tu. Best, seronok dan letih sbb ketawa bnyk sgt. Sesiapa yang blum main bleh la cuba. =D



MashaAllah, tenang jer permandangan kat tepi pantai. Stress perjalanan nak pergi sini dan stress belajar medic pun bleh hilang. Pantai la antara tempat faveret kyo. Memandangkan dah lama tak mandi pantai dan pantai pun dekat jer, jom kita mandi~ Walaupun musim sejuk pun kitorang redah jer. Yang penting dapat mandi pantai, main ombak. Yang paling best lepas naik pantai satu badan sejuk bergetar-getar. =D

"(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

(Surah ke-3 Al-Imran ayat 191)

Lepas mandi, bersiap untuk makan petang dan berkemas balik. Sampah semua kena buang jgn jadikan diri kita penyebab orang lain tak dapat menikmati keindahan alam. Tak sempat pula nak pergi tempat pertemuan sungai Nil dengan laut Mediterranean atau Ra’sul Barr sebab dah lewat dan kesuntukkan masa. Kecewa jgk tp kalau ader peluang kita pergi lain kali. InshaAllah.


Masa nak balik ader la masalah kerang bnyk sgt sampai kena berhimpit dalam kereta. Jadi lain kali pandai-pandai la bajet nak tangkap berapa bnyk kerang. Tapi dengan kerang ni jgk la kitorang makan untuk satu minggu. Jimat pun duit belanja makan. Sesiapa yang ader resipi untuk masak kerang bleh la share =D
Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik. Terima kasih semua untuk pengalaman melancong ke Dumyat yang best. Harap-harap dapat pergi melancong lagi. Aminn~

Sekarang tinggal 3-4 hari lagi untuk masuk cuti winterbreak. Kyo macam dah masuk mood bercuti dah ni. Tapi study tetap kena study. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Persoalan penting sekarang nak buat apa cuti winterbreak nnti? Kepada pelajar-pelajar yang sedang cuti semester kat Malaysia, selamat bercuti~! Isikan dengan perkara-perkara yang berfaedah.



Always ask yourself this: “Are you making the best out of today?”
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan semoga esok lebih baik daripada hari ini.

Sori la kalau entry kali ni panjang sangat. Saja nak qadha sekali dengan yang bulan lepas. Sedar tak sedar dah lama kyo tak karang dengan ayat-ayat santai. Apa-apapun terima kasih kepasa semua pembaca kerana masih lagi setia dengan blog ni. Korang semua memang hebat! =D

InshaAllah, kita jumpa lagi, Assalamuaikum. =)

post signature

1 comment:

  1. Strange "water hack" burns 2lbs overnight

    Over 160 thousand men and women are hacking their diet with a easy and SECRET "liquids hack" to burn 2lbs each night while they sleep.

    It is very easy and it works with anybody.

    This is how you can do it yourself:

    1) Grab a clear glass and fill it half glass

    2) And now do this crazy hack

    you'll become 2lbs skinnier when you wake up!

    ReplyDelete