Friday, February 1, 2013

Oh Hujan~


Salam sejahtera semua~ =)

Sejak akhir2 ni, hujan kerap turun kat cairo. Tak tahu la sebab apa, global warming kowt~
Pada musim sejuk ni, kalu dah hujan tu yang akan rasa kesannya kitorang kat sini la. Pertama sekali kita akan rasa angin semakin kuat bertiup...terigat kyo masa sekolah menengah dulu, pengetua ada tanya apa itu angin?  dan beliau kata angin ialah udara yang bergerak..betul tu mmg betul(ada dalam kamus dewan edisi keempat) tp rasa lucu la sbb mmg obvious kowt~

Sambung balik yang tadi, angin yang kuat tu la yang menyebabkan debu berterbangan sampai menyapa ke muka, terasa pedih pula terutama debu yang masuk ke dalam mata,  nasib baik la tak buka mulut..kalu tak, bleh la rasa debu mesir free2 ;)

Yang tu baru muqaddimah(permulaan) jer...masa nak hujan la suhu cepat turun dan kepada sesiapa yang pakai baju sweater biasa sama macam kat malaysia mmg akan rasa cepat sejuk...dahlah campur dengan angin sejuk yang kuat..perghh..sejuk bergetar2~ (>_<)

Kalau kat mesir org arab biasanya gembira kalau hujan turun & siap2 main lagi dlm hujan tp kalau kat malaysia cepat2 cari tempat berteduh..cuma sampai sekarang kyo tak nampak lagi orang yang 'cerdik' sgt nak main air hujan pada musim sejuk ni...kalau jumpa, kyo join la sekali(seriously, gurau jer) =P



Tapi yang bestnyer bila hujan turun, masa yang paling sesuai untuk tidur atas katil dibaluti selimut yang tebal macam karpet..terbaik la~ =D

Selimut tebal: teman sejati pada musim sejuk

Kalau nak tahu bila nak hujan kat cairo, tgk jer warna awan, kalau gelap inshaAllah mmg confirm akan hujan tp tak mcm kat malaysia, awan nmpak jer gelap tp tak hujan2 pun...
Apa2 pun hujan pembawa rahmat~ (^_^)

"Dan Dialah ( Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
(surah Al-Araf ayat 57)


p.s. musim sejuk ni la rasa nak makan bnyk =/



post signature

No comments:

Post a Comment