Friday, November 29, 2013

Take Note!

Salam sejahtera semua~!


Dengan peningkatan tahun pengajian, dengan itulah semakin tinggi tahap pelajaran yang perlu kita kuasai. Sebagai contohnya, pembelajaran tahun 1 mungkin belajar asas-asas yang biasa sahaja namun apabila memasuki tahun 2 asas-asas pelajaran semakin mendalam dan mencabar. Dan asas-asas inilah yang akan membawa kita dalam menghadapi tahun-tahun yang selanjutnya. Usaha dan ketabahan kita sebagai penuntut ilmu semakin diuji, tapi usahlah kita merungut. Cukuplah bagi kita dengan mencurahkan usaha yang terbaik. InshaAllah, semoga Allah memberkati dan merahmati setiap perjalanan ilmu kita semua. =) 


post signature

Friday, October 25, 2013

Malaysia Atau Mesir?

Salam Sejahtera Semua~
Apa khabar sekarang? Harap semuanya sihat. =)

Kali ini kyo nak kongsi sikit tentang isu pelajar-pelajar yang telah atau akan belajar di mesir disebabkan krisis yang melanda Mesir tempoh hari. 

Mengikut stastistik Kementerian Pendidikan, terdapat lebih 2,000 pelajar memohon untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan yang membabitkan pelajar tajaan JPA, Mara dan lain-lain

Langkah kerajaan untuk memberi peluang kepada pelajar mesir menyambung pelajaran di Malaysia sebenarnya bagus tetapi tidak konsisten. Kita lihat pelaksanaannya melalui pemindahan kredit bagi pelajar pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah mengikut prinsip 'parallel' atau 'minus one rule' berdasarkan tahun pengajian. Contohnya, pengajian perubatan di Mesir mengambil masa 6 tahun, manakala di Malaysia mengambil masa 5 tahun. Dari segi kesetaraan, pelajar tahun 4 di Mesir adalah setara dengan pelajar tahun 3 institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.


Dalam kertas jelas nampak mudah tetapi realitinya tidak semudah itu. Tidak semestinya tahun pengajian di Mesir akan ditolak satu tahun apabila berpindah ke Malaysia kerana awal-awal lagi sistem, politik dan pentadbiran universiti di Mesir dan Malaysia adalah berbeza. 

Syarat-syarat dan perkara-perkara tertentu meyebabkan seorang pelajar tidak mengikuti sistem di atas. Contohnya, pelajar mesir tahun 3 tidak semetinya sambung ke tahun 2 mungkin akan sambung balik ke tahun 1 bergantung kepada tawaran daripada universiti dan pelajar praktikal tahun 6 mungkin akan mula balik ke praktikal tahun 3 di Malaysia.

Pelaksanaan ini dibuat secara 'one-off' iaitu khas untuk kumpulan yang menghadapi krisis Mesir tahun ini sahaja. Bermaksud selaps ini kerajaan tidak membenarkan pemindahan kredit lagi apabila berlaku apa-apa krisis nanti di mesir.

Walaubagaimanapun, persoalan paling penting kepada setiap pelajar mesir sekerang iaitu hendak melanjutkan pengajian di Malaysia atau terus sambung pelajaran di Mesir?

Pertama sekali, sebelum membuat apa-apa keputusan setiap anggota keluarga pelajar mestilah mengetahui dan menyelidiki keadaan sebenar. Kenyataan tanpa kajian akan menimbulkan kekecohan dan kerisauan dalam kelangan kita. Kepastiaan sesuatu perkara mestilah dicari serta diselidiki sebelum diadili.

Berkaitan dengan keadaan dan kerisauan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka di mesir adalah perkara yang paling diketengahkan atau dipanggil 'spotlight' isu penghantaran pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir. Itu kyo faham kerana keselamatan diri haruslah diutamakan terlebih dahulu.


Sebenarnya kyo sudah selamat sampai ke Mesir pada minggu lepas. Tiada masalah bagi kyo sepanjang perjalanan untuk sampai di bumi anbiya' ini. Kuliah bermula seperti biasa selepas penangguhan walaupun terdapat ketiadaan untuk kelas-kelas tertentu buat masa awal-awal ini(perkara biasa) tetapi kuliah tetap berjalan. Alhamdulillah, kitorang gembira dapat jumpa kembali selepas 2 bulan lebih kitorang bercuti di Malaysia. Perjalanan kitorang pergi dan balik ke universiti pun seperti biasa tiada halangan.

Isu keselamatan di Mesir sepanjang tempoh kyo berada di sini adalah dalam paras selamat lagi. Mengikuti kelas pegajian kitab masih ada seperti biasa. Walaupun perintah 'curfew' pada waktu 11 malam masih dilaksanakan tetapi apa yang kyo nak kata keadaan di mesir masih selamat untuk kita belajar. Pelaja-pelajar yang tidak pulang dalam Ops Piramid disebabkan pembelajaran atau peperiksaan ulangan(dhur tani) masih lagi selamat sepanjang krisis di Mesir.

Jadi, setiap anggota keluarga dan pelajar boleh menilai balik sama ada mahu meneruskan pengajian di Mesir atau di Malaysia kerana setiap pelajar mempunyai matlamat atau misi tertentu utuk diri masing-masing. Dalam hal ini  kerajaan telah memberi peluang untuk pelajar mesir memilih. Untuk masa ini, kerajaan tidak menyekat mana-mana pelajar-palajar baharu persendirian untuk belajar di Mesir.

Jikalau hendak membuat pertimbangan yang mana satu lebih baik sama ada sambung belajar di Malaysia atau di Mesir adalah satu perkara yang subjektif kerana setiap perkara ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Belajar di Malaysia bagus dan belajar di Mesir pun bagus. Kita sendiri boleh buat satu senarai imbangan baik dan buruk untuk keputusan sambung belajar di Malaysia tetapi ingin kyo ingatkan tidak semestinya sesuatu yang baik itu baik untuk kita kerana yang baik mungkin akan disia-disiakan atau lebih teruk buruk untuk kita.



"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Sebagai contohnya, dari segi perubatan secara umunya ubat itu bagus untuk mengubati penyakit tetapi apabila kita makan ubat secara berlebihan atau ubat yang salah kita mungkin akan terima kesan yang buruk. Atau contoh yang lagi popular, perkahwinan itu sesuatu yang bagus tetapi apabila berlaku paksaan dan diri kita tidak menjaga tanggungjawab masing-masing akan memberi kesan buruk sepanjang kehidupan kita. Sebab itu kyo masih lagi single. =D

Manakala sesuatu yang buruk itu semestinya buruk untuk kita. Walaupun pada awalnya ia bagus tetapi akan memberi kesan jangka panjang tanpa kita sedari. Sebagai contohnya, rokok atau dadah dapat memberi 'ketenangan' tetapi kesannya membawa padah yang tidak terkawal. Benda yang buruk berbeza dengan benda yang kita tidak sukai kerana benda buruk tetap buruk untuk kita manakala benda yang kita tidak sukai boleh berubah kepada yang baik atau buruk. Jadilah masyarakat yang bebas daripada dadah; pesanan daripada penaja, Agensi AntiDadah Kebangsaan. ;P

Okay, sambung balik kepada topik, ada yang telah membuat keputusan sambung belajar di Malaysia. Kami faham dan hormati keputusan tersebut kerana itu adalah keptusan yang terbaik untuk diri anda. Cuma ingatlah kami yang berada di Mesir sentiasa mendoakan kejayaan setiap ahlinya. Kepada yang masih lagi ragu-ragu atau 50/50 dalam membuat keputusan, fikirlah dengan mendalam dan kalau dah letih dan malas untuk berfikir, apa lagi datanglah meriahkan lagi suasana di Mesir. Apa-apapun diri kita sendiri yang berhak memilih apa yang terbaik untuk diri kita.


Mesti korang tertanya, kenapa kyo masih lagi nak sambung belajar di Mesir? Soalan yang sering ditanya oleh kenalan kyo. Setiap kali kyo akan jawab sebabnya kyo suka belajar di Azhar. Hati sudah terpaut untuk terus mengambil segala ilmu yang termampu di Azhar dan juga di bumi Mesir ini. Suasana belajar di sini cukup berkat dan kyo rasa tidak rugi kalau kena ulang tahun di sini kerana setiap hari dapat pengalaman dan ilmu baharu. Pendek kata, kyo ikhlas belajar di Universiti Al-Azhar. =)

Sebenarnya tiada istilah 'pembaziran' dalam menuntut ilmu. Tidak kisahlah apa-apa sahaja ilmu yang kita pelajari asalkan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan selagi ada masa, isikanlah dengan aktiviti pembangunan kualiti diri dengan niat yang ikhlas. Diri kita yang menentukan sama ada mahu lulus atau mahu cemerlang. Jika kita hendak mencari sesuatu yang baru atau memperelokkan yang lama kenalah ubahkan sifat, sikap, kelakuan dan perspektif diri kita agar mahu menjadi manusia yang lebih baik. Di mana kita belajar tidak penting yang penting asalkan kita belajar. ;)


p.s. teruskanlah belajar sampai syahid


post signature


Monday, September 16, 2013

Satu Peringatan


Assalamualaikum semua~

Alhamdulillah, syukur la kita semua masih sihat dan kuat. Kalau kita ambil masa sejenak untuk memikirkan tentang keadaan orang yang sakit tidak kira berada di hospital atau dimana-mana pun, kita dikira cukup bertuah. Diberi nikmat kesihatan yang baik tetapi persoanlannya, apa yang kita buat nikmat tersebut? Jangan sia-siakan peluang yang masih ada.

Nak kongsi cerita, kyo baru dapat berita kawan rapat sehidup dan semati kyo kembali ke rahmatullah disebabkan menghidap denggi, Innalillah. Mungkin disebabkan oleh low platelet level yang menyebakan dengue bleeding/shock(pendarahan dalaman). Nampaknya arwah lebih disayangi Allah untuk berjumpa denganNya.

Terasa sayu hati ini mendegar berita tersebut. Arwah seorang yang baik , periang dan mudah didekati. Arwahlah yang sentiasa rajin dan semangat untuk berhubung dan mencari nasihat walaupun kyo tinggal berjuahan (Malaysia-Mesir). Sekarang dah tiada, terdapat rasa kekurangan dalam diri macam sebahagian daripada diri dah hilang.


Walaubagaimanapun, pengalaman bersama arwah selama 8 tahun ini akan kekal disimpan di dalam hati.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kepada keluarga arwah, banyakkan bersabar dan kuatkan semangat kerana sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan.

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"."

(Surah Al-Baqarah ayat 156)

Pengajarannya, kita tidak tahu dan kita tidak boleh jamin bahawa kita dapat hidup lagi esok, lusa atau sejam lagi. Kematian boleh datang pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja walaupun kita tidak jangka pun. Perasaan kehilangan seorang yang kita kenal dengan orang yang kita betul-betul rapat sangat berbeza. Tunngu masa sahaja untuk mengubati hati yang lemah ini.

Akhir kata, kalau kita betul-betul sayangkan kawan-kawan kita apa salahnya kalau kita kata kita sayangi mereka, bukannya bermaksud kita lembut/gay/lesbian tapi menunjukkan kita ikhlas mepunyai teman seperti mereka. Hargai orang-orang yang kita sayangai sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. =')


post signature

Wednesday, August 28, 2013

Aidilfitri 2013



Salam sejahtera semua~!
Korang semua apa khabar? lama tak dengar cerita =D

Setelah sekian lama, ada juga mood untuk kemas kini blog. Sibuk dengan aktiviti hari raya sehingga mood untuk berblogging hilang. Susah juga nak sambung blog apabila dah lama fokus kepada benda lain. Tapi tidak mengapa yang penting niat baik itu masih ada. =P


Apa-apa pun camner raya korang tahun ni? ok?
Alhamdulillah, bagi kyo sepanjang raya ni rezeki tu banyak. Kawan-kawan ajak ke rumah terbuka sampai banyak yang tak sempat dan takder peluang nak pergi. Minta maaf banyak-banyak bukan sengaja tak nak pergi cuma kekangan masa menghalang. InshaAllah, jangan sedih, lain kali la yer ;)

Masa open house la meriah, puas hati beraya dari pagi sampai malam. Dapat jumpa kawan-kawan lama. Bergaul, tahu perkembangan semasa, bergurau dan berjenakan semua ada. Biasa la, untuk mengeratkan hubungan yang telah erat. Sedar tak sedar ukhwah kita tetap teguh dan bertahan. Sesungguhnya nikmat ukhwah itu sungguh manis. Dan dalam masa sama, boleh jgk dapat duit raya biarpun dah besar dan matang. Alhamdulillah, syukur la walaupun tak banyak tapi masih dapat lagi duit raya~(ini tandanya kita masih muda) =D


Apabila semua orang berkumpul dan ada dalam satu tempat, boleh la ajak dan rancang aktiviti-aktiviti sementara semua masih lagi bercuti. Biasanya kitorang rancang main badminton. Lama dah tak main sejak balik mesir. Tahap permainan taklah hebat sangat tp ok jer nak main. Siapa-siapa yang nak main badminton bleh la ajak atau contact kitorang ;)

Selain itu, hal lain pun kitorang ada rancang jugak macam ziarah rumah kawan, main game ps3/xbox, pergi makan, santai di pantai, pergi gym, swimming pool, tengok bola di stadium, santai di pulau peranginan dan sebagainya. Tapi semua itu rancangan jer, ader yang buat ader yang tak dapat. Kita yang merancang, Allah jua yang tentukan.

Bahagian yang tak bestnya semua kawan-kawan diploma kena balik awal untuk sambung study berbanding dengan kawan-kawan degree. Biasanya keluar konvoi ramai-ramai tp sekarang dah sedikit. Boleh rasa la sedikit kesunyian dan macam rasa kurang jer. Ini la yang dikatakan ukhwah sebenar, apabila ada terasa kelebihannya dan apabila tiada terasa la kekurangannya. Tak lama lagi member-member degree pula yang akan pulang belajar awal. Alamatnya lagilah sunyi. ~.~


Apa yang kita dapati adalah hargai masa bersama terutama sejak menjadi seorang siswa. Kita tidak akan tahu kalau kita masih lagi ada rezeki untuk bertemu kembali untuk raya depan. Dengan ramai yang meninggal dunia termasuk kenalan-kenalan(al-fatihah untuk diorang), kita kena sentiasa ingat apa-apa pun boleh berlaku. Bergantung kepada persiapan diri kita sendiri dalam menghadapi setiap dugaan.

So, persoalan sekarang apa yang boleh buat selapas puas beraya dalam bulan syawal ni? Apa kata kalau kita sempurnakan puasa enam?

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seperti puasa sepanjang tahun”. 

(Hadis Riwayat Muslim)

Matematiknya camni: 30 hari puasa ramadhan + 6 hari puasa enam = pahala puasa setahun

Sempat lagi untuk kita mulakan dan sempurnakan puasa enam. Sekarang dah 22 syawal, ada 7-8 hari lagi. Puasa 6 hari terus ikut keselesaan masing-masing. InshaAllah, kalau kita dapat puasa 30 hari takkan la tak dapat pula puasa 6 hari lagi. Pandai-pandailah uruskan masa untuk berpuasa ;)


Akhir kata, walaupun dah lambat tapi kyo nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca, keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenal diri ini.

Sekian, jumpa lagi. =)


post signature

Saturday, July 27, 2013

Ibadat Ramadhan


Assalamualaikum semua~
Harap semuanya kuat dan sihat =)

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, hampir kepada 10 hari terakhir bulan ramadhan kita dah berpuasa. Tahniah kepada semua yang menjalani bulan puasa ini dengan sabar dan sempurna. So, nak tanya, camner amal ibadat korang bulan puasa ni? banyak? sedikit? atau semakin hari semakin malas(nauzubillah)? =D

Rileks, perkara macam tu biasa la. Awal-awalnya memang semangat nak beribadat tapi dah nak sampai ke penghujung dah kurang sikit motivasi untuk beribadat. Kalau nak istiqamah dalam ibadat sebenarnya susah tapi dengan cara-cara tertentu senang kita istiqamah dengan sempurna. Cara itu korang kena cari dan tahu sendiri apa yang sesuai untuk diri korang.

Tips-tips untuk istiqamah dalam ibadat:

1. Niatkan dengan ikhlas
Kyo memang nak tekankan niat kerana semuanya bergantung kepada niat. Perbaharui niat kita dalam ibadat dengan ikhlas dan istiqamah kerana Allah s.w.t.

2. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t
Berdoalah supaya Allah mempermudahkan urusan kita, memberikan khusyuk dalam ibadah, memberikan kekuatan untuk beramal dan memberikan kekuatan untuk kita bermujahadah melawan nafsu dan syaitan.

3. Mempunyai target tertentu dalam ibadat
Buatlah ibadat dengan berdasarkan kemampuan kita sendiri. Pastikan ada sasaran minima setiap hari. Semakin berjaya kita dalam ibadah, semakin banyak ibadat lain kita dapat lakukan.

4. Selalu muhasabah diri
Ambillah masa untuk kita fikir balik amalan yang kita lakukan. Selalu motivasikan diri dengan melihat kesan dan ganjaran yang akan kita perolehi dengan amalan yang istiqamah. Katakan kepada diri sendiri: "Amalan ini bagus untukku dan aku akan teruskan".

5.Selalu ingat kepada mati
Sesiapa yang mengingati mati dialah orang yang bijak kerana hal ini dapat memberi keinsafan kepada kita bahawa dunia ini hanyalah sementara. Buatlah amal ibadat semampu yang mungkin untuk dijadikan bekalan akhirat nanti.

6. Hadirkan Allah dalam setiap ibadat
Buatlah amal ibadat kita dengan bersunguh-sungguh seakan-akan Allah sendiri yang berada di depan dan melihat setiap perbuatan kita. Hayati setiap ibadat yang kita lakukan supaya memberi kesan kepada kita.

Apa-apapun bulan Ramadhan tahun ini hampir sampai ke penghujungya. Rugilah kalau kita tidak mengambil peluang yang ada sekarang untuk terus melakukan ibadat dengan sebanyak mungkin. Yer la, pahala yang berlipat kali ganda takkan kita nak sia-siakan. 

Cuba kita fikir balik, ibadat apa yang telah kita sudah lakukan sepanjang Ramdahan kali ini? Kalau belum cukup lagi, masih sempat untuk kita melakukan anjakan paradigma dan berubah. Tukarkan momentum kita kepada tahap yang tertinggi untuk menghadapi 10 malam terakhir Ramadhan.



Antara amalan yang digalakkan dalam bulan Ramdahan adalah:

1.Membaca al-Quran

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...."

(Surah Al-Baqarah ayat 185)

2. Qiamulail

"Sesiapa yang bangun (solat) pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan & pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

3.Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa

Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." 

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

4. Solat Terawih

"Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

5. Bersedekah

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ialah seorang yang pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Pemurahnya baginda dalam kebaikan lebih daripada angin yang kencang."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

6. Zikir dan Istighfar

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

(Surah ke-3 Ali-Imraan ayat 191)



Pada bulan Ramadhan ini juga adanya malam lailatul qadar:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."

(Surah ke-97 Al-Qadr ayat 1-5)

Jangan lepaskan peluang sekali setahun ini. Lakukan ibadat qiamulail sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan kerana banyak manfaat yang kita akan dapat nanti. Sebagai contohnya kalu kita berzikir pada malam tersebut, setiap perkataan zikir yang kita ucapkan akan mendapat pahala dan digandakan dengan lebih 1000 bulan ( 1 x ~260000000 pahala setiap saat). MashaAllah, untung besar!

Info selanjutnya bleh la pergi ke sini (malas nak hurai) =P

Persoalan sekarang, cukup ke degan ibadat kita dalam bulan puasa ini untuk kita mencapai syurga? Kyo selalu terfikir, apa yang boleh kita lakukan lagi untuk memudahkan kita mencapai hasrat tersebut? Apa-apa pun hati kyo tetap tenang dan yakin pada satu hari nanti kyo akan bertemu dengan Allah dan rasulNya. Aminn~ 

Korang pula macam mana?

Sampai sini sahaja untuk perkongsian kali ini. Juga sebagai peringatan kepada diri sendiri. Semoga setiap ibadat kita diterima dan diredhaiNya. Kuatkan diri kita untuk beribadat dan kuatkan diri kita dengan ibadat. Walahua'lam. =)

>جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا<

post signature

Friday, July 12, 2013

Jumaat Pertama


Salam ramadhan =)

Alhamdulillah, dapat juga peluang untuk solat jumaat pertama sejak balik dari mesir. Banyak juga yang berubah sepanjang 9 bulan berada di mesir. Biasanya kyo solat jumaat di masjid Mukim Pauh, kawasan Panji tapi sekarang masjid itu diroboh untuk pembinaan masjid yang lebih besar.  Sumbangan sebanyak RM 3.8 juta diperlukan untuk pembinaan masjid tersebut. So, dalam bulan ramadhan ni, elok la kalau kita perbanyakkan sedekah kita dan mungkin juga kita dapat wakafkan duit kita untuk bekalan akhirat nnti. 


Tak rugi dan segala kebaikan daripada duit yang kita sumbangkan itu akan kekal. Okay, selesai iklan sementara. Jadi kyo terpaksa pergi bersolat kat masjid Rahman(tak igt sangat nama) kawasan Cherang. Pergi pun takder awal sangat tapi boleh la habiskan surah Al-Kahfi sebelum azan. Antara kelebihan kita pergi awal ke masjid, kita dapat duduk kawasan yang ada air cond, sejuk dan selesa =D

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat dari awal surah al-Kahfi, ia terpelihara daripada Dajjal."

(Hadis Riwayat Muslim)

Kalau nak perhatikan ader jugak perbezaan solat jumaat di malaysia dengan solat jumaat di mesir. Antara yang paling ketara ialah khutbah. Kalau di mesir khutbah mesti la dalam bahasa arab. Tapi kyo tak faham sangat bahasa arab. Kena ada penterjemah kalau nak faham. Jadi, kyo buat-buat dengar jer lah. Syukur la boleh faham khutbah jumaat kat malaysia ni.


Biasanya first jumaat dalam bulan ramadhan imam akan khutbah tentang puasa. Rasanya tajuk khutbah sama jer seluruh negeri sebab dia ikut majlis negeri masing-masing. Lain dengan khutbah di mesir, imam mesir tak selaras. Bagi jer tajuk dan imam mesir khutbah jer. Betapa hebatnya imam mesir, beliau tak guna dan bergantung pun kepada teks. Rileks jer ingat dan bagi dalil-dalil dengan lancar.

Dan bleh jugak tengok ada yang terlena semasa khutbah(sebab letih kowt) tapi kt mesir memang jarang la kyo nampak orang arab terlena. Walaupun tak faham sangat khutbah di mesir, kita cubalah beristighfar dan berzikir. Yer la, daripada buang masa tak buat apa-apa baik la buat pahala. Kadang-kadang masa khutbah ni jgk la masa yang sesuai jgk untuk berfikir tentang hidup. =P

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesaiSolat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian ‘Aisyah radiallahu ‘anha meminta izin untuk beri’tikaf , maka baginda mengizinkannya.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Dalam rumah Allah ini juga kita boleh beri'tikaf terutama bulan ramadhan ni. So, apa itu i'tikaf? I'tikaf bermaksud berehat di dalam masjid dengan ibadah tertentu. Tak susah pun nak lakukan i'tikaf. Niat jer "Sahaja aku beri'tikaf di dalam masjid ini kerana Allah taala". Sekadar berdiam diri di dalam masjid dengan niat i'tikaf pun kita dapat pahala free sepanjang temoph kita di dlam masjid tu. Ini kerana kita menjaga diri kita daripada melakukan sebarang perbuatan mungkar(taqwa). Yang penting kena jaga adab-adab dalam masjid.

Akhir kata, sama-samalah kita mengimarahkan suasana masjid di bulan yang mulia ini. =)

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

(Surah ke-9 At-Taubah ayat 18)

p.s. lapar la (~.~)


post signature

Tuesday, July 9, 2013

Bulan Ramadhan


Assalamualaikum semua~



"Wahai orang-orang yang beriman,  kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"


(Surah Al-Baqarah ayat 183)


Aha, bulan yang dinantikan telah tiba iaitu bulan Ramadhan. Alhamdulillah, selamat juga Kyo sampai Malaysia. Perjalanan yang megmabil masa lebih kurang 12 jam dari Cairo transit ke Dubai dan seterusnya balik ke Malaysia. Syukur juga dapat balik berpuasa di malaysia bersama-sama keluarga tersayang. Mungkin juga hati ini nak rasa macam mana keadaan berpuasa di mesir. Tapi yang penting puasa tetap puasa tidak kira di mana saja kita berada.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamkan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorang pun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Dimankah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)

Sedikit update untuk blog, Kyo nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua muslim dan muslimat. Ikhlaskan diri kita dengan pelbagai ibadat pada bulan ramadhan ini. Sedikit pun tidak mengapa asalkan kita tetap istiqamah secara berterusan semasa dan selepas bulan puasa. InshaAllah

Jom kita niat bersama-sama:


نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى 

"Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."


Sekian, jumpa lagi. =)



post signature

Sunday, June 30, 2013

Final Exam Year 1 Part 2


Salam sejahtera~! =)

Kyo doakan korang semua dalam kedaan baik.

Pertama sekali ucaplah Alhamdulillah tak kira dalam apa-apa situasi  pun. Selepas selesai final exam subjek bahasa arab pada 23/6/13 yang lepas secara rasminya berakhirlah sesi pengajian perubatan untuk pelajar tahun 1 di Al-Azhar. Oh Yeah~! =D


Sori la lambat sikit nak update sebab biasala lepas final kyo pun nak rileks-rileks jugak So, straight to the point kyo nak sambung post yang lalu.

Oh, lupa nak bagitau, sistem pembelajaran kat mesir berbeza dengan kat malaysia. Sama juga untuk universiti-universiti lain di negara-negara yang lain buat pelajar-pelajar yang lain.(betul ke ayat ni?)

Peringatan: Jenis dan bentuk soalan mungkin tidak sama dan akan berubah dari masa ke masa tanpa sebarang makluman.

Ok, kyo mula dengan subjek Al-Quran. Biasa untuk kami di azhar untuk ambil subjek WAJIB ni tapi tak perlu risau sangat. Macam kyo, walaupun takder background sekolah agama pun boleh lagi nak lulus. Bukannya kita belajar jenis qiraat(cara bacaan), tafsir  atau tajuk-tajuk lain yang ada di madrasah peringkat tinggi. Cuma basic kepada hafazan dan tajwid jer.

Macam kitorang tahun 1 kena hafaz seluruh juzuk 30, tahun 2 juzuk 29, tahun 3 juzuk 28 dan seterusnya untuk tahun-tahun lain. Kalau kita istiqamah dalam hafalan kita inshaAllah bleh jawab final exam tu. Macam kyo, paling kurang cuba la hafaz satu baris ayat selepas setiap kali solat dan ambil masa untuk murajaah(ulangkaji) surah sampai kita betul-betul ingat. Dalam setahun tu bleh la habiskan 2-3 juzuk. Pendek kata, buat jer apa-apa pun yang penting dapat hafaz semua surah untuk tahun tu.


Exam quran terbahagi kepada exam bertulis dan oral. Untuk ujian bertulis, soalan biasanya suruh kita tulis balik ayat, susun, atau lengkapkan surah al-quran. Kalau tak nak tulis baris pun takper. Nak diceritakan kyo ada sedikit masalah untuk jawab. Disebabkan terlalu fokus dengan murajaah jer tapi kurang buat latihan, nak tulis pun tak berapa pasti kalimah ayat dia macam mana. Memang kyo tulis ayat bergantung kepada bacaan mulut kyo jer la. So, pengajaran disini, biasakan dengan latihan menulis surah al-quran.

Nak tahu macam mana bentuk soalan Al-Quran bleh tengok dalam file INI.
Yang tu contoh jer. Soalan yang kitorang jawab lagi susah.

Selesai ujian bertulis kitorang terus kepada ujian oral. Yang ni lagi senang bagi kyo tapi yang tak best kena tunggu giliran dengan orang lain. Kita cuma perlu  bertasmid(semakan bacaan) dengan prof. Prof akan bagitau kita surah apa yang perlu dibaca dan kita apa lagi, baca la. Kalau memang lansung tak hafal, cakap jer dengan prof kita nak tasmid surah 3 qul atau mana-mana surah yang kita tahu. Walaupun tak dapat markah tinggi tapi boleh la lulus(kata senior). Ada juga prof suruh kita sambung ayat yang beliau baca sehingga habis atau sehingga prof kata berhenti. Kyo masa tu kena tasmid seluruh surah An-Naba' dan Al-Abasa. Yang tu lancar jer baca tapi entahlah kenapa tapi pada bahagian sambungan ayat , mulut kyo baca jer sambungan ayat tersebut walaupun pada masa tu tak pasti surah apa yang dibaca. Setiap usaha yang kita buat Allah akan tolong.

Untuk tahun 2 nnti kyo dah hafaz dah juzuk 29 cuma kena banyak lagi mengulang. Kyo nak ingatkan kembali kita hafaz al-quran bukannya semata-mata untuk exam tapi ikhlas untuk amalan hidup diri kita. Kepada sesiapa yang nak tahu tips hafaz Al-Quran bleh la baca kat SINI.



Seterusnya, kita pergi kepada exam Anatomy. Exam yang terlalu banyak menghafal tapi kurang memahami.
Untuk bersedia dalam exam ni, kyo terpaksa ulangkaji dan ingat buku nota anatomy yang telah banyak dipermudahkan seluruh 350+ muka surat sahaja(paling kurang untuk lulus). Kitorang rileks jer study dengan tulang-tulang dan mayat. Tulang/mayat jer pun. Bukannya mayat tu bangun balik jadi zombie. =P

Exam anatomy terbahagi kepada bahagian bertulis, lisan dan praktikal. Untuk ujian bertulis bagi tahun 1 kitorang kena cover upper limb(lengan), lower limb(kaki), abdomen(perut) dan basic embryology. Nasib baik ada soalan MCQ tapi kyo tak ingat dah berapa soalan(kebanyakkan kertas soalan dan jawapan diambil). Ok la boleh main counter-strike(menembak) sikit-sikit kat situ.

Solan esei anatomy biasanya tanya tentang types, comparison, enumeration, naming, location, lymph drainage, branches, course, attachments, blood supply, nerve supply, action, relations effects of lesion, compartment, contents, distribution, origin atau definition. Apa-apa pun rileks la dulu, yang tu baru general idea untuk jenis soalan esei yang akan ditanya. Kita tak masuk kepada bahagian anatomy lagi yang kena banyak mengingat. Kalau korang nak tahu bahagian yang lebih dalam, baca la buku anatomy =P



Untuk ujian lisan, kitorang kena masuk makmal anatomy sebab kat situ la tersimpannya tulang-tulang yang akan diiguna oleh prof untuk tanya soalan kepada kita. Kebiasanya prof akan tunjuk dan tanya apa attachment kat tulang-tulang tersebut serta function, blood/nerve supply tapi ader banyak lagi soalan random yang kita tak jangka akan ditanya. Alhamdulillah, kyo dapat la jawab keseluruhan soalan prof. Pada akhir oral, prof bagitau "You are very good", kyo senyum dan ucap "Thank you" jer la =D

Bagi kyo, ujian oral ni macam kita pergi interview. Jadi, sebelum interview mesti la kita kena bersedia dan belajar teknik-teknik tertentu. Kes ni sama macam ujian oral. Kyo nak kongsi sikit teknik jawab ujian oral yang kyo sendiri buat.

Pertama sekali buat muka cool, senyum dan rileks jer. Jangan buat muka blur plak depan prof. Kedua, kalau nak jawab tu kena la selalu confident walaupun tak pasti betul ke tak jawapan kita bagi. Ketiga, kalau soalan yang ditanya tu kemungkinan ada banyak jawapan, cuba dahulukan dengan jawab "firstly, we have the... one of the... some... many of the..." secara generalnya macam kita buat impression kita tahu banyak jawapan kat prof tapi padahal kita tahu satu dua jer. Sebenarnya prof biasanya nak satu jawapan pun dah cukup dan teruskan kepada soalan lain. Nampak tak permainan dia kat situ? =P



Untuk ujian praktikal selalunya buat kat makmal anatomy juga sebab kat sini juga tersimpan mayat-mayat atau mumia-mumia mesir(gurau jer). Sistem dia seperti ujian praktikal yang lain, ada stesen-stesen yang perlu dijawab dalam masa yang diberi. Lebih kurang 20 stesen kitorang kena jawab. Tapi yang tak sedap hatinya mayat-mayat yang kitorang guna macam dah lama. Rasanya mayat dah jadi macam kayu balak basah, kesian. Ada bahagian yang terputus/hancur. Jadi kitorang susah sikit nak identify bahagian yang kena jawab. Kalau tak pasti, jawab jer yang berkaitan. Praktikal tak susah sangat cuma kena study mayat betul-betul. Kalau tak, tak pasal-pasal kita yang akan jadi 'mayat' masa exam nnti.

Exam seterusnya, exam histology. Histologi macam kita belajar sel-sel badan tapi dengan lebih banyak dan dalam. Seperti biasa terbahagi kepada exam bertulis, lisan dan praktikal; Ujian praktikal sebenarnya tak susah. Kitorang cuma kena hafal dan biasakan dengan semua slide microscope sebab exam praktikal memang memerlukan kita identify slide jer. Lagipun ada 10 stesen jer kena jawab. Tapi kena berhati-hati kerana slide yang kita ulangkaji tak semestinya sama dengan slide exam. Cuma kita kena tahu keypoint untuk setiap slide.

 Moderator Band(septomarginal trabecula): Hematoxylin & Eosin Stain

Selesai praktikal, kena tunggu giliran ujian lisan dengan prof. Group kyo dapat dengan histology head of department(HOD). Macam overkill jer kitorang kena oral dengan HOD tapi nasib baik beliau baik hati. Walaupun ada soalan yang ditanya susah dan banyak kawan kyo yang tak berjaya bagi jawapan, prof masih lagi bagi markah tinggi untuk group kyo. Rezeki dikatakan ;)

Untuk exam bertulis, bahagian yang paling best MCQ histo ada sebanyak 40 soalan untuk kita mencuba nasib. Kalau ada yang bernasib baik, mungkin ada sebahagian soalan exam yang sengaja atau tidak disengajakan rosak/ralat akan diberi markah percuma. Oh, terima kasih prof. Kitorang memang sayang prof banyak-banyak. =D

Lepas MCQ ader soalan subjektif macam bagi definition, matching, enumeration, fill int the blank dan sebagainya. Alhamdulillah, berkat buat dan faham beribu-ribu soalan MCQ histologi, kyo dapat siapkan dalam masa sejam daripada 3 jam yang diberi dan dapat balik awal sambung tidur. =P


Last but not least, exam Arab (Nahwu & Sorof). Nahwu(biasanya orang panggil nahu) bermaksud  perubahan akhir harakat setiap kalimah dalam ayat; berbaris fatahah (atas), kasrah (bawah) atau dhommah (hadapan) manakala Sorof pula bermaksud perubahan sesuatu kalimah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Pendek kata, macam tatabahasa untuk bahasa arab dan juga WAJIB diambil dan kalau tak lulus kena repeat year. (=.=)



Bagi orang yang drop dan tak pandai bahasa arab macam kyo ni, subjek nahu dan sorof ni memang susah nak ingat dan faham. Tapi kalau dah tiba di mesir dan tambah lagi masuk Al-Azhar bahasa arab tak boleh dielakkan. Nasihat kyo banyakkan bersabar dan teruskan belajar bahasa arab walaupun tak faham prof ajar. Angguk kepala dan seyum jer la. =P




Untuk exam bahasa arab, soalannya memang berbeza setiap tahun. Untuk tahun ni, kitorang kena buat 7 ayat berdasarkan 4 tajuk diberi(pilih satu), perbetulkan kesalahan ayat dan sebab, susun ayat dan buat ayat berdasarkan nombor. Untuk bahagian bina ayat, keep it simple kalau panjang sangat nanti tersalah tatabahasa. Perbetulkan kesalahan ayat memang kena fokus setiap perkataan supaya nahu dan sorof dia betul(yang ni memang susah). Susun ayat pula memang soalan ni kyo tak faham maksud jadi apa boleh kita buat? Susun jer ayat dan cari kaitan sehingga seluruh ayat tu okay didengar atau macam betul(tawakkal jer la).


Bagi kyo, exam bahasa arab exam paling susah. Walaupun diberi 3 jam untuk jawab, kyo habiskan dalam masa sejam dan balik sujud syukur. Bukannya boleh buat apa-apa sangat. Soalan pun kyo tak tahu nak jawab macam mana sebab semuanya dalam bahasa arab yang kyo tak faham. Apa-apa pun jawab dengan tenang dan ringkas. Yang penting jangan putus asa dan buat yang terbaik. Dan yang paling penting final exam dah habis~! =D



"...Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik- baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)"


(Surah ke-3 Ali Imran ayat 173)

Eh, kalau kita fail subjek macam mana pula? Kepada subjek yang gagal, kita kena repeat paper (dhur tani) lebih kurang sebulan selepas exam. Tapi kalau fail jugak, boleh kita ambil 1-2 subjek medic yang kita fail tu untuk carry ke tahun 2. Yang ni leceh la sebab masih lagi kena study subjek tahun 1. Kalau fail lebih daripada tu kena repeat year la jawapannya. So, jangan fikir kita gagal tapi fikir jer macam mana cara nak lulus. Harap-harapla kyo lulus semua subjek. Katakan tidak kepada repeat paper =P

Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran untuk final exam tapi semuanya berjalan dengan lancar.So, what now? Selain daripada teruskan berdoa dan bertawakkal, jom kita layan game dan movie. Banyak sangat yang perlu kyo qada(ganti) kes exam.Peringat kepada diri kyo sendiri, blog pun kena berjalan jugak cuma halangan sekarang internet tak stabil: kejap ada tapi lama takder(salahkan syarikat internet) lagipun banyak aktiviti lain kyo nak buat.

Kepada pelajar yang masih lagi dalam musim peperiksaan, teruskan ulangkaji dan buat terbaik dalam setiap ujian supaya dapat result yang bagus, InshaAllah.

"Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat yang sebaik-baiknya".

(Surah ke-13 Ar-Ra’d ayat 29)

Oh lupa nak bagitau, inshaAllah, kyo akan bertolak balik malaysia pada 5/7/13 nanti. Buat masa ni rileks dulu kat mesir. Eh, rasa rindu pulak nak jumpa orang-orang kat malaysia terutama keluarga dan kawan-kawan kyo. Bila nak belanja kyo makan? Kalau belanja kyo sayang, kalau tak belanja...kyo tetap sayang kowt~ =D
Doa-doakan kyo selamat balik malaysia yer. ;)

Setakat sini dulu post kali ni. Harap korang semua jaga diri, jaga iman, jaga hati. InshaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi =)


p.s. takder duit nak beli souvenir




Sunday, June 9, 2013

Antara Manusia Dengan Haiwan


Assalamualaikum~!

Harap korang semua sihat. =)

Rasa dah lama kyo tak post pasal tazkirah. So, kali ni kyo nak kongsi sikit pasal hubungan kita dengan haiwan.


"Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu."
"Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala"

(Hadis Riwayat Muslim)


Sayang pun bukan kepada kucing atau haiwan belaian kita jer tapi  juga kepada semua haiwan lain. Anjing dan khinzir juga termasuk sekali walaupun mereka dikategorikan sebagai najis berat. Tapi kena ingat mereka tetap makhluk Allah yang berhak untuk hidup seperti haiwan lain.

Kalau nak cerita kat mesir ni, kebanyakkan anjing kat sini tak garang macam kat malaysia. Lagipun kalau kita dekati, anjing tu akan beredar jer tak la main menyalak, gigit atau kejar kita macam anjing kat malaysia (=.=')

Rasanya disebabkan layanan orang arab yang sedikit kasar terhadap haiwan. Bukan kyo nak sokong kekasaran terhadap haiwan tapi kita juga perlu menunjukkan ketegasan atau kekuatan kita kepada haiwan dan pada masa sama kita tetap tunjuk sikap sayang supaya kita tidak 'dipijak kepala' sama seperti interaksi kita dengan manusia. Nampak tak permainan dia kat sini? =P

"Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)



Walaupun kita lihat menjaga haiwan ini perkara yang remeh tetapi tanggungjawab itu tetap ada. Yang penting kita kena beri perhatian kepada haiwan kesayangan kita supaya tidak diserang penyakit yang teruk. Kalau haiwan tu sakit, bawa la kepada doktor haiwan(veterinar) jangan la kepada doktor manusia plak. Silap-silap doktor tu sendiri yang sakit kepala nak layan.



So, kepada sesiapa yang menjaga kebajikan haiwan, teruskan usaha mulia anda dan kepada sesiapa yang selalu menzalimi haiwan, bertaubatlah kerana setiap perbuatan kita ada balasannya walaupun bukan di dunia tapi di ahirat tetap menanti macam pepatah inggeris 'What goes around comes around'.


Tak salah untuk kita nak sayangi haiwan. Kyo pun sayang kat haiwan terutama kura-kura dan kucing kerana selain daripada manusia,  haiwan juga merupakan peneman hidup kita. Jadi, korang semua suka haiwan apa? Share la skit ngan kyo  ;)

Haiwan belaian kyo kat mesir:


Nama: Goku (supaya kuat macam goku)

Jenis: Testudo graeca nabeulensis (hati-hati jangan terbelit lidah)

Jantina: Jantan (Tengok jer corak dan kegelapan kat bawah cengkerang. Lagi gelap/bercorak: jantan, kurang gelap/bercorak: betina)

Umur: ??? (dah bertahun-tahun kowt)

Tinggi: ~8cm

Lebar: ~15cm

Harga: Tidak ternilai (lebih kurang RM22 jer)

Makanan kegemaran: Salad (yang lain susah nk makan, memilih betul)

Ayat kegemaran: ... ... ... (kura-kura tak bleh bercakap)

Hobi: Suka jalan-jalan cari makan

Cita-cita: Menjadi super saiyan ninja turtle


First time jumpa goku semasa pergi ke pasar syafie atau kitorang panggil pasar haiwan. Suasana dan keadaan kat sana macam pasar malam. Kat sana kita bleh jumpa pelbagai jenis burung macam burung kenari, bayan, burung hantu dan burung helang. Haiwan eksotik macam ular sawa, ular tendung, iguana pun ader. Kura-kura dan ikan pun banyak untuk dipilih macam ikan arowana, pirana dan jenis-jenis lain. Pendek kata macam-macam ada~

Apa-apa pun, welcome to the family~! Semoga goku dapat membesar dengan baik  =)