Friday, February 22, 2013

Niat?


Assalamualaikum semua~! =)

Apa khabar sihat?


Alhamdulillah, kyo ada juga peluang nak update blog. Kali ni kyo nak kongsi sikit tentang niat. Mesti ramai yang dah tahu apa itu niat. Sebenarnya niat adalah kehendak(gerak hati) kita kepada sesuatu pekerjaan terutama untuk mencari keredaan Allah.

Niat ni merupakan skop yang memang luas tapi kyo cuba ringkaskan dan padatkan secara umum jer. Kalau nak tahu niat merupakan ibu segala amal. Kenapa kyo cakap macam tu? Sebabnya, apabila terbitnya sesuatu niat, niat itulah yang menjadi pendorong sebenar dalam melahirkan sesuatu amal.  Tanpa niat, seseorang boleh diibaratkan ketiadaan roh yang tinggal hanyalah jasad.


Rasulullah pernah bersabda:


"Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkan."

(hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Apa yang kita amalkan hasilnya adalah berdasarkan niat kita. Suatu amalan kecil boleh menjadi besar kerana niat dan juga suatu amalan yang besar boleh menjadi kecil juga kerana niat.

Kita tidak semestinya melakukan perkara yang baik untuk beribadah kerana meninggalkan perkara buruk juga merupakan satu niat dan ibadah yang baik. Semuanya bergantung kepada niat kita sebagai teras segala pekerjaan kita.

Perlu diingatkan bahawa niat haruslah dicampurkan dengan keikhlasan dan keikhlasan pula perlu diterjemahkan dengan kesungguhan serta syariat islam sebagai paksinya.

Amalan tidak akan sempurna tanpa keikhlasan dan keikhlasan juga tidak akan sempurna kecuali disertai niat yang betul semata-mata ikhlas kerana Allah. Manakala kesungguhan pula yang akan menentukan pembawaan kita ke arah niat tersebut terutama ketika kita hendak melakukan sesuatu perubahan.



Contoh yang mudah, apabila kita hendak mencari ilmu maka niatlah mendapat ilmu dengan memahami dan mengamalkannya, jika tidak niat tersebut akan menjadi sia-sia.


Dalam hal ini, apa yang kyo nak ketengahkan adalah niat sebagai seorang bakal doktor, kita perlulah berusaha untuk memiliki segala ilmu yang diperlukan dengan ikhlas. Sedar atau tidak semasa menjadi pelajar perubatan la kita perlu tingkatkan usaha untuk mengambil seberapa banyak ilmu yang boleh kerana selepas bekerja nanti susah untuk kita  mencari ilmu kerana kekangan masa, sibuk dan letih dengan kerja harian. Nasihat kepada semua bakal doktor dan juga diri sendiri supaya ambil peluang ini sebelum terlambat.


Bagi kyo, antara dugaan sebagai seorang pelajar perubatan yang paling kritikal adalah bagaiman untuk mengamalkan semua ilmu perubatan yang diterima. Yer la belajar banyak-banyak pun takder guna kalau takder kesan kepada diri kita atau orang lain. Lagipun, lebih banyak ilmu yang kita ada lebih banyak tanggungjawab yang dipikul. Berhati-hatilah kerana ilmu boleh jadi akan membawa kemudahan kepada kita dan boleh jadi akan membawa bebanan kepada.


Imam Al-Ghazali pernah berkata “ilmu tanpa amal adalah sia-sia, amal tanpa ilmu adalah sesat". Tidak semestinya kita perlu sentiasa mengamalkan ilmu yang ada  tetapi cukup sekadar ilmu tersebut memberi kesan baik kepada diri dan jiwa kita kerana kesan tersebut sudah jadi amalan sepanjang hidup kita. Jika kita berada dalam kedaan risau dan sudah lemah semangat dengan pelbagai cabaran, ingat balik kepada niat dan tujuan kita yang sebenar.




"Tidak sampai kepada Allah daging dan darah kurban itu, tetapi yang sampai kepada Allah ialah jalan taqwamu."

(surah Al-Haj ayat 37)

Korang semua perasaan tak kenapa semua perkara yang kita buat tidak menjadi atau sukar untuk dilaksanakan kerana terdapat masalah awal dengan niat kita. Niat bukan saja kepada bidang ilmu sahaja tetapi meliputi semua aspek kehidupan. Jadi, niat dan beramallah, bukan untuk orang lain yang memaksa atau bukan hanya untuk diri kita sendiri tapi ikhlas kerana Allah. Disitulah terdapatnya keberkatan ;)



        قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ       

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."

(surah Al-An'am ayat 162)

Ayat kat atas tu antara ayat kegemaran kyo. Setiap kali sebelum ke kuliah atau program atau buat apa2 pun kyo biasanya baca ayat ni. Sebenarnya, ayat ni dah diajar ketika sekolah menengah lagi untuk subjek hafazan ala PMR dulu dan ayat ni juga terdapat dalam doa iftitah. Ringkas tapi penuh bermakna.

Akhir sekali kyo nak tanya, apa niat hidup korang semua? Fikir-fikirkan dan tajdij(perbaharui) balik niat anda. =D

InshaAllah, kita jumpa lagi. Assalamualaikum~ =)

p.s. jangan sekali-kali kiat niat melakukan sesuatu keburukan kerana Allah, yang tu sengaja cari nahas namanya.

post signature




Friday, February 8, 2013

Time to Study

Salam sejahtera semua~ =)

Kalau nak tahu winter break kitorang kat al-azhar dah nak habis. Kuliah pun dah nak bermula dan dah tiba masa untuk bangun dari tidur dan belajar. Jadi, kyo dah tak boleh update blog ni setiap hari seperti ketika winter break. Sori sangat2 (>_<)


Apa2 pun kyo bersyukur sebab winter break kali ni banyak mematangkan kyo dan dapat akhirinya dengan sambutan hari jadi memang satu perasaan yang cukup istimewa, alhamdulillah =)

di bilik kuliah arab

"(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas- batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."

(surah At-Taubah ayat 112)

InshaAllah, kalau kyo berpeluang, kyo update la dari semasa ke semasa. Doakan kyo dipermudahkan untuk menimba dan menerima segala ilmu yer ;)

Assalamualaikum~ =)


post signature



Menghafaz Al-Quran



Asslamualaikum semua~ =)

Alhamdulillah, sempena hari yang mulia ini kyo nak kongsi sedikit sebanyak(biasanya banyak) tentang cara nak hafaz Al-Quran.

Pertama sekali, mungkin korang fikir macam susah nak hafaz, jadi buat aper hafal baik baca jer kan? Kyo btul2 mintak tolong jgn la fikir camtu
Kepada semua pembaca yang kyo kasihi, mahu ialah kehendak dan bergantung pada mindset kita sendiri utk mencapai sesuatu. Sebenarnya, hafal adalah satu benda yang mudah cuma ada sesetengah orang masih tidak menjumpai cara yg sesuai untuk diri masing2. Walaupun akan ada kesusahan tp kyo nak igtkan kembali, kemanisan sesuatu kejayaan tidak akan hadir tanpa sebarang kesusahan. Ok, selesai sesi motivasi =P 

Sebelum kita mula menghafaz kita mesti nak tahu ader aper kalau kita hafaz al-quran ni? Bagus sangat ke? Jawapannya memang teramat sangat sungguh bagus sekali! (tatabahasa pun tak boleh tandingi) =D

Manfaat seorang Hafiz/Hafizah(penghafal al-quran):
  • Ditempatkan di SYURGA yang paling tinggi
  • Dijanjikan kebaikan dan rezeki yang berterusan
  • Hati penghafaz terpelihara daripada seksaan
  • Diberi syafaat(pertolongan) pada hari kiamat
  • Dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarga daripada neraka
  • VVIP(very, very important person) disisi Allah s.w.t.
  • Didekati dan disayangi oleh rasulullah s.a.w.
  • Bekalan akhirat yang paling baik
  • Pahala yang berlipat kali ganda
  • Kemulian kepada ibu bapa penghafaz
Rasulullah pernah bersabda :



"Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada para pembacanya."

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

MasyaAllah, best kan? Selain itu, kita juga kena tahu dan fahami tips2 kat bawah:

Peringatan: jangan banyak tanya, ader hikmah tersendiri, cuma korang ikut jer =D

Cara melapangkan dada:
  • Jaga waktu solat 5 waktu
  • Sentiasa berdoa, berzikir dan beristighfar
  • Bersyukur dengan segala nikmat
  • Redha dengan setiap ketentuan
  • Bergaul dengan orang2 soleh
  • Melakukan kebajikan
Elakkan(seriously):
  • Melakukan perkara maksiat
  • Melihat dan mendengar perkara haram
  • Makanan haram
  • Aktiviti yang sia-sia
*Tips PENTING untuk menghafaz:
  • Sentiasa ISTIQAMAH dan SABAR dalam menghafaz(seriously)
  • Setiap kali kena niat utk baca, hafaz  dan beramal ikhlas kerana Allah s.w.t.
  • Tanamkan niat dan semangat yang kuat untuk menghafaz
  • Pentingkan kualiti daripada kuantiti, jangan terburu2 untuk habiskan hafalan
  • Guna Al-Quran yang sesuai dan sama sepanjang menghafal
  • Selalu bangun awal untuk menghafaz
  • Biasakan dengan tajwid dan cara bacaan al-Quran
  • Pastikan bacaan ayat lancar sebelum mengahafal ayat tersebut
  • Selalu ikut jadual dan matlamat hafalan untuk setiap hari
  • Amalkan makan madu dan kismis
  • Berusaha dalam mengamalkan bacaan ayat yang dihafaz terutama ketika solat wajib atau sunat
  • Pilih kawan/guru yang arif untuk bertasmid(semakan bacaan)
  • Masa untuk menghafal adalah bebas cuma lagi bagus untuk menghafal ketika subuh dan maghrib
Amalan sebelum menghafal al-Quran:
  1. Ambil wudhu baru
  2. Berniat bahawa usaha dan amalan yang korang lakukan untuk menghafaz adalah semata-mata ikhlas mencari keredhaan Allah s.w.t
  3. Beristighfar 10 kali
  4. Mulakan dengan selalu berdoa : "Ya Allah, tolong berikan kemudahan bagiku menghafal dan mengambil pelajaran daripada Al-Quran"
  5. Membaca Al-Fatihah
  6. Selawat ke atas nabi 7 kali
  7. Membaca ayat yang ingin dihafal

jangan segan silu untuk bertanya

Ok, selesai semua yang asas jom kita terus ke cara hafaz al-Quran ilham daripada Sheikh Wahid Abdus-Salam Bali yang kyo ubah suai mengikut citarasa dan amalkan sehingga sekarang:

Cara Hafaz Al-Quran(teknik ulangan):
  1. Baca ayat pertama paling kurang 10 kali dengan melihat al-Quran. Kalau bacaan masih tak lancar, ulang sampai lancar(supaya ayat dapat melekat dalam minda macam gam gajah) . Kemudian, cuba ulanginya tanpa melihat al-Quran.
  2. Kalau ada masalah dengan perkataan tertentu, highlightkan dan bacalah perkataan tu dengan perkataan sebelumnya dan selepasnya sebanyak 5 kali.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat.
  3. Kemudian, bacalah ayat kedua sebanyak 10 kali dengan melihat al-Quran.  Selepas itu, cuba ulangi ayat kedua tanpa melihat(sama macam langkah 1&2).
  4. Setelah ayat pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat tersebut dengan melihat al-Quran sebanyak 3 kali.  Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat.
  5. Ulangi perbuatan di atas untuk ayat ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.
  6. Lepas habis satu muka surat, sudah tiba masa untuk muraja'ah(mengulang).
So, apa itu muraja'ah? Muraja'ah adalah mengulang kembali apa yang dihafal. Benda ni sangat penting. Dinasihatkan supaya elakkan menambah hafalan yang berlebihan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada terlebih dahulu. Hal ni penting untuk mengelakkan kehilangan apa yang dihafal dan mengulangi balik dari awal, Jadi, macam buang masa jgk la kena hafal balik. So, kombinasi paling tepat = Hafal + Muraja'ah

Cara Muraja'ah Al-Quran:
  1.  Buka muka surat yang sudah dihafal.
  2.  Baca muka surat tersebut paling kurang 20 kali dengan melihat al-Quran.
  3.  Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan sepanjang bacaan ayat.
  4. Cuba ulangi tanpa melihat.

Sebenarnya ader banyak teknik lain yang kyo tambah untuk membantu hafalan. Contohnya:

Teknik mendengar:
  • Dengar dan amati bacaan
  • Praktikkan hafalan dengan bacaan tersebut
  • Kelebihan: Mudah dibawa dan dengar dengan pemain mp3/handset
  • Untuk download file mp3 al-Quran sila ke >Sini<
Teknik ketulan:
  • Pisahkan ayat kepada beberapa bahagian pendek yang sesuai 
  • Cantumkan selepas hafal supaya jadi satu ayat
  • Kelebihan: Memudahkan aturan untuk dihafal
Teknik menulis:
  • Tulis kembali ayat yang dihafal
  • Check balik dengan ayat yang betul
  • Kelebihan: Dapat mengenalpasti masalah bacaan dan sebagai persediaan kyo untuk final exam universiti Al-Azhar =D 
Teknik hafal sebelum tidur/rehat:
  • Baca dan hafal ayat sebelum tidur serta bayangkan ayat dalam minda
  • Bacakan kembali ayat dihafal sehingga tebayang dalam minda
  • Kelebihan: Cara yang rileks
Peringatan: Ambil la masa atau peluang untuk membaca seluruh 1 juzuk yang telah dihafal setiap hari selepas dapat hafal juzuk2 lain

my baby~ =)

Alhamdulilah, dengan cara tersebut kyo dapat la hafaz juzuk 30 dalam masa kurang 4 bulan sejak datang ke mesir ni. Ok la kowt daripada bermula kosong tak tau aper cara nak hafaz. Lebih2 lagi tengah sibuk belajar subjek medic yang menggunung banyaknya (~.~)


Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk menghafaz al-Quran. Semua yang kat atas adalah cara yang sesuai untuk kyo tp tidak semestinya sesuai untuk semua orang. Setiap orang ada cara yang tersendiri. Cara menghafal tiada yang betul atau salah cuma carilah cara yang paling sesuai untuk kita. Mulakan menghafal dengan juzuk 30 sampailah habis ke juzuk 1. Kalau tak nak hafal semua pun takper tp sekurang-kurangnya hafal la juzuk 30 dan pengang hafalan tu kemas2 sampai akhirat.

Kepada sesiapa yang susah menghafal dan sering lupa, jangan putus asa sebab benda ni memang sudah menjadi kebiasaan setiap yang nak menghafaz. Ada yang boleh menghafaz dengan lebih cepat dan ader jgk yang lambat. Kemampuan menghafaz berbeza bergantung kepada diri masing2. So, kalau kita rasa lambat jangan salahkan diri dan teruskan usaha. =)

Rasulullah penah bersabda:

“Alangkah mereka yang berkata : ‘Aku telah lupa ayat ini dan itu’. Namun sebenarnya ia dibuat lupa (oleh Allah ‘azza wa jalla). Maka, perbanyaklah mengingat (membaca) Al-Quran, kerana ia lebih cepat hilang/tercabut dari dada-dada manusia daripada unta yang ditambat

 (Hadis riwayat Al-Bukhari)


amalkan bacaan al-quran setiap masa

Alhamdulillah, siap jgak post kali ni. Harap korang semua bleh faham(rasa kyo dah cukup permudahkan) dan amalkan.InshaAllah,semoga kita baca bukan sekadar baca, faham bukan sekadar faham dan hafal bukan sekadar hafal malah hayati dan amalkan setiap kandungan al-Quran. Aminn~ =)

Berserahlah kita kepada Allah dan sentiasa berdoa mengharap limpah kurniaNya. Doakan untuk kyo supaya dipermudahkan hafal al-Quran sehingga hafiz. Oklah, kyo nak sambung balik juzuk 29. So, Selamat menghafaz!

Oh ya, kalau rasa post ni bermanfaat, dipersilakan untuk share ;)
Assalamualaikum~ =)

>جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا<


p.s. carilah seorang penghafaz dan pengamal Al-Quran sebagai teman hidup...dan bodek dia untuk bagi syafaat nnti =D


post signature

After Midnight Birthday~ =)

Salam sejahtera semua~
Harap semuanya sihat =)

Alhadmulillah, pada hari Sabtu 9/2/2012 bersamaan 28 Rabiul Awal tahun 1434 Hijrah ini, hari yang dinantikan telah sampai. iaitu hari jadi kyo! =D

Dengan jam menunjukkan waktu 12.01 a.m.(waktu cairo) dengan rasminya kyo menyambut hari jadi ke-20. Alhamdulillah, kitorang sambut dengan cholate cheese cake yang ditempah khas. Sebenarnya, kyo yang plankan dan semua ahli bait macam terkejut jer bila nampak kek tu. Haha, SUPRISE~! =D  

 double layered chocolate cheesecake: terima kasih kak fizah~ =)

Alhamdulillah, first time kyo sambut hari lahir kat oversea. Jom berdoa bersama kyo~! ;)


InshaAllah, dengan angka umur yang naik di depan, akan membawa permulaan kepada sesuatu yang baru dan bermanfaat.

Rasulullah pernah bersabda:

"wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu. Mereka bertanya: apakah yang satu itu?, Baginda menyatakan: iaitu tua."

(hadis riwayat At-Tirmizi)

Peringatan kepada doktor, bakal doktor dan sesiapa sahaja, penyakit usia tidak mungkin dapat dicegah. Oeh itu, sentiasalah bersama dengan orang2 yang kita sayang. Hargailah mereka kerana mungkin suatu hari nanti kita tidak dapat lagi bersama dengan mereka. Sesungguhnya usia sentiasa meningkat tapi yang penting amal kita pun kena la tingkatkan juga ;)

Kyo tak mengharapkan sangat dapat hadiah, sekadar ucapan selamat hari dah cukup sempurna. Tp kalau bleh kyo nak hadiah ni:

Sony Xperia Z: Ada saper2  nak sponsor? =D

Kepada semua yang datang menyambut hari jadi kyo dan mengucapkan selamat serta doa, jutaan apresiasi kyo ucapkan. Kyo betul2 hargai dan sayangi korang semua =)

Untuk tahun depan: InshaAllah, kek aiskrim =D

Yummy~  =3

p.s. kyo masih lagi rasa muda sekarang dan selama-lamanya =P

post signature



Thursday, February 7, 2013

Love Palestine Night 2012



Assalamualaikum~ =)

Takbir, Allahuakhbar!
Takbir, Allahuakhbar!

Itulah antara spoiler yang akan diceritakan pada post kali ni =D
Love Palestine Night merupakan satu konsert amal hasil kerjasama pelbagai agensi pertubuhan NGO(non- governmental organisation) dan NPO(nonprofit organisation) serta kerajaan mesir. Tujuannya untuk mengutip seberapa banyak sumbangan dan memupuk kasih sayang kepada rakyat palestin yang sedang bergelut dengan kesusahan.

Azhar Conference Center

Event ni sebenarnya dah berlaku tahun lepas tp kyo nak cerita apa yang berlaku sepanjang program berlangsung. Acara ni diadakan di ACC(Azhar conference Center) di Cairo .Tiket untuk masuk adalah sebanyak L.E. 30, 40 dan 50 untuk tempat duduk gangsa, perak dan emas. Aper beza dia? Bezanya kalau tiket emas tempat duduknya kat bahagian depan dan tengah sekali, perak bahagian depan kiri dan kanan dan gangsa bahagian belakang(standard macam ni la). Bagi kyo, baik beli tiket perak jer sbb bleh jgk duduk kat depan tgk konsert live dekat2 =D

Sepanjang konsert ni, kyo dan kawan2 bertugas sebagai AJK protokol yang mengawal keadaan dan keamanan program. Jadi, tak perlu la bayar untuk tiket sbb dapat masuk free2 jer =D

Camner bleh jadi AJK? Bleh kata ader cable(orang dalam) yang kuat. Lagipun pihak konsert jgk yang minta tolong kitorang jadi AJK. So, selepas kitorang pakai sut dan bersiap kemas2, kitorang kena datang awal untuk briefing(taklimat) tugas pada hari tu.

suasana dalam dewan sebelum bermula konsert

Pada awalnya, sikit jer orang yang datang...jadi tak lah sibuk sangat nak periksa tiket dan menyelia tempat duduk kepada tetamu yang hadir. Dewan dibahagikan kepada sebelah kanan untuk lelaki dan sebelah kiri untuk perempuan. Tunggu jer tunggu, tiba2 jer ramai yang datang. Masa ni la kyo sibuk dan sedikit pening kepala nak layan semua tetamu yang datang.

antara delegasi mesir yang datang menyokong

Tetamu semakin lama semakin ramai sehinggakan sampai lebih kurang 1500 orang yang ada dalam dewan. Tempat duduk pula dah dipenuhi dan tak cukup untuk menampung semua tetamu. Jadi rezeki diorang la kena berdiri. Ala, jangan susah hati, kitorang AJK pun berdiri jgk. Sekurang-kurangnya ader jgk peneman =D

Macam biasa, sepanjang konsert penonton disajikan dengan nyanyian lagu, nasyid, persembahan, sketsa dan kata dua daripada pihak penganjur dan delegasi mesir. Kyo pula bertugas sambil tgk konsert. Semuanya best bagi kyo kecuali bahagian ucapan =P



persembahan nasyid daripada kumpulan Dai Nada


penonton-penonton yang bersemangat

Kita bleh nampak apabila ader jer konsert mesti jer full house(penuh). Untuk konsert amal ni baguslah sebab secara beransur-ansur dapat menyemai kesedaran kepada penonton yang hadir cuma kena dibawah kawalan yang betul. Antara cara efektif untuk menarik perhatian rakyat terhadap pemupukan sesuatu kebaikan adalah dengan cara ni la. Nampak tak permainan dia?

lelongan bendera Al-Qasam bersama Nazrey Johani(Raihan)

Apabila tiba masa untuk mengutip derma, kitorang AJK la yang bergerak dan berpusing mengikut bahagian masing2. Alhamdulillah, kebanyakkan tetamu secara ikhlas menghulurkan derma ke dalam bekas. Sepanjang program berlangsung kitorang berjaya mengumpul derma sebanyak dalam L.E. 94,000 (lebih kurang RM 47,000) termasuk hasil dari lelongan bendera Al-Qasam dengan harga tertinggi LE 20,000Betapa bagus dan pemurahnya tetamu yang hadir. Semoga allah memberkati hidup diorang =)

Pada penghujung program, kitorang bersalaman sesama sendiri dan bertakbir memuji Allah. Akhirnya bleh jugak rehat setelah lebih 4 jam bertugas dan berdiri, letih kowt! (~.~) Yang paling best dapat makan nasi ayam bakar arab free sumbangan pihak penganjur (^_^)


cenderamata daripada konsert

Alhamdulillah, konsert berjalan lancar sehingga tamat. Memang satu pengalaman yang cukup indah untuk membantu rakyat palestin dengan program kutipan derma ni. Ingatlah wahai raykat palestin, korang semua bukan keseorangan, kitorang masih ada dan bersedia untuk membantu!(eh, diorang faham ke?) Lepas tu kitorang balik rumah terus rehat dan study/main game =D

siap dapat sijil penghargaan =)

Tambahan:

Menjejak Nostalgia~ =)



post signature

Wednesday, February 6, 2013

Zikir Mudah


Asslamualaikum semua~ =)

"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya."


(Surah Al-Ahzab ayat  41)

Untuk post kali ni kyo nak share zikir mudah yang kyo sentiasa amalkan setiap kali setiap hari setiap minggu setiap tahun =)



Rasulullah pernah bersabda:

"Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya."

(Hadis riwayat  Tabrani)

Kepetingan zikir:
  • Membersihkan dan melembutkan hati
  • Jiwa akan tenang
  • Hidup akan diberkati
  • Dikekalkan dalam hidayah
  • Dipermudahkan segala urusan 
  • Dimurahkan rezeki
  • Dijauhkan dari segala kesusahan
  • Dekat dengan Allah s.w.t.

Semoga beramal selalu~ =)


post signature

Tuesday, February 5, 2013

Senyum~ =)






Salam sejahtera~ =)

Senyum la sikit...Ala, bukannya susah pun...cuba la...ahha, kan nampak kacak~ ;)



Kepada semua kenalan kyo mesti korang tertanya2 kenapa kyo selalu bleh senyum? Senang jer sebenar.


Rasulullah pernah bersabda:

“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. 
(Hadis Riwayat Muslim)


Senyum perlu dimasukkan roh ikhlas dimana kita senyum ikhlas kerana Allah serta mengikut sunnah rasulullah. senyum=sedekah, sedekah=ibadat, ibadat=pahala. So, senyum=pahala(eh, biar betul math camni).

Senyuman yang ikhlas membawa hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Senyum itu tanda kemesraan dan kasih sayang sesama manusia. Senyuman sebagai pemanis dan penyeri wajah yang mampu memberi kebaikan kepada diri dan orang lain.

Bayangkan seorang doktor datang merawat kita dengan senyuman mesti kita turut rasa tersenyum  dan jururawat dengan muka yang manis tersenyum cuba menenangkan pesakit kanak-kanak daripada menangis.

Senyuman mereka ibarat kekuatan kepada kita seakan-akan sebahagian daripada kesakitan kita beransur hilang. Inilah dikatakan painkiller semula jadi

Betapa pentingnya menggerakkan 16 otot senyuman kepada setiap pesakit di hospital. Kyo dapat rasai dan lihat sendiri kerana semasa kecil kyo selalu berada di hospital. Bukan sakit ke aper, cuma temankan ibu bapa kyo yang bertugas sebagai doktor dan jururawat.

Sebenarnya kita dah senyum sejak kita masih lagi dalam usia bayi lagi

dari usia bayi
ke kanak-kanak
ke remaja
ke dewasa
ke tua

&

InshaAllah, sampai ke syurga~ 

Senyuman itu adalah bahasa yang paling manis

Jadilah  antara donut yg selalu senyum =)

Setakat sini saja untuk perkongsian kali ni. Senyumlah selalu atau dalam bahasa kelantan: Senyumlah Sokmo~ =)


post signature

Monday, February 4, 2013

Jom buat Cheese Cake!


Assalamualaikum semua~ =)

Apa2 pun jangan banyak tanya, jom kita buat kek keju! =D


Peringatan: Baca serta fahami dulu sebelum buat dan dinasihatkan buat checklist

Bahan2:


Untuk kerak :

  • 120 gram biskut hancur
  • 2 sudu mentega cair

Untuk inti:

  • 1 kilogram krim keju (suhu bilik)
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu besar tepung
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 kuning telur
  • 5 putih telur
  • 1 camca teh vanila
  • 3/4 cawan sour cream + 1/4 cawan sour cream(pilihan)
  • 200 gram coklat cair (pilihan)
Cara:
  1. Panaskan dulu oven ~230 darjah celcius utk 1-3 minit
  2. Griskan springform pan(kuali kek) supaya tak melekat
  3. Untuk kerak, adunkan biskut hancur dengan mentega cair
  4. Letak & tekankan adunan tadi ke tapak kuali dan biarkan
  5. Untuk inti. masukkan krim keju dalam pengadun(mixer) dan adunkan 1 minit
  6. Tambahkan gula dalam adunan keju tadi dan teruskan mengadun sampai sebati
  7. Tambahkan tepung dan garam dalam adunan tadi dan teruskan mengadun
  8. Tambahkan kuning telur dan putih telur dalam adunan secara beransur-ansur
  9. Tambahkan vanila semasa mengadun
  10. Tambahkan 3/4 cwan sour cream dalam adunan dan teruskan mengadun sampai sebati
  11. Selesai mengadun inti, letakkan adunan tadi dalam bekas
  12. Ambil bekas lain dan adunkan 1/4 cawan sour cream bersama coklat cair
  13. Setelah selasai mengadun, masukkan aduanan tu dalam bekas adunan inti
  14. Secara berhati-hati letakkan semua adunan ke dalam kuali yang mengandungi kerak tadi
  15. Ratakan permukaan kek sebelum memasukkannya ke dalam oven
  16. Bakarkan kek pada  ~230 darjah celcius selama 15 minit dan turunkan suhu oven kepada ~120 darjah celcius serta teruskan membakar selama 1 jam lagi (sila ambil perhatian)
  17. Selesai membakar, tutup oven dan biarkan kek didalam untuk sejuk selama 1 jam
  18. Keluarkan kek dari oven dan letakkan ke dalam peti ais untuk sejuk selama 4-5 jam
  19. Selasai sejuk, keluarkan kek tadi dan keluarkan springform pan sebelum makan 
  20. Nak tambah icing buah-buahan macam jem pun boleh(pilihan)
  21. Potong kek dengan pisau yang kering dan sedikit panas 
  22. Rasa kek dan buat tarian kejayaan!(pilihan) =D

*sekadar hiasan

Oh, camtu rupanya nak buat cheesecake, bukan susah sangat pun~ ;)
Semoga anda semua berjaya~!

Kalau ada sebarang penambahbaikan dipersilakan =)


p.s. hari jadi semakin dekat dah (^_^)


Disclaimer: sebarang kejayaan, kegagalan atau kerugian ditanggung oleh diri masing-masing. =D



post signature