Assalamualaikum semua~ =)
Apa2 pun jangan banyak tanya, jom kita buat kek keju! =D
Peringatan: Baca serta fahami dulu sebelum buat dan dinasihatkan buat checklist
Bahan2:
Untuk kerak :
- 120 gram biskut hancur
- 2 sudu mentega cair
Untuk inti:
- 1 kilogram krim keju (suhu bilik)
- 2 cawan gula
- 3 sudu besar tepung
- 1/4 sudu teh garam
- 2 kuning telur
- 5 putih telur
- 1 camca teh vanila
- 3/4 cawan sour cream + 1/4 cawan sour cream(pilihan)
- 200 gram coklat cair (pilihan)
Cara:
- Panaskan dulu oven ~230 darjah celcius utk 1-3 minit
- Griskan springform pan(kuali kek) supaya tak melekat
- Untuk kerak, adunkan biskut hancur dengan mentega cair
- Letak & tekankan adunan tadi ke tapak kuali dan biarkan
- Untuk inti. masukkan krim keju dalam pengadun(mixer) dan adunkan 1 minit
- Tambahkan gula dalam adunan keju tadi dan teruskan mengadun sampai sebati
- Tambahkan tepung dan garam dalam adunan tadi dan teruskan mengadun
- Tambahkan kuning telur dan putih telur dalam adunan secara beransur-ansur
- Tambahkan vanila semasa mengadun
- Tambahkan 3/4 cwan sour cream dalam adunan dan teruskan mengadun sampai sebati
- Selesai mengadun inti, letakkan adunan tadi dalam bekas
- Ambil bekas lain dan adunkan 1/4 cawan sour cream bersama coklat cair
- Setelah selasai mengadun, masukkan aduanan tu dalam bekas adunan inti
- Secara berhati-hati letakkan semua adunan ke dalam kuali yang mengandungi kerak tadi
- Ratakan permukaan kek sebelum memasukkannya ke dalam oven
- Bakarkan kek pada ~230 darjah celcius selama 15 minit dan turunkan suhu oven kepada ~120 darjah celcius serta teruskan membakar selama 1 jam lagi (sila ambil perhatian)
- Selesai membakar, tutup oven dan biarkan kek didalam untuk sejuk selama 1 jam
- Keluarkan kek dari oven dan letakkan ke dalam peti ais untuk sejuk selama 4-5 jam
- Selasai sejuk, keluarkan kek tadi dan keluarkan springform pan sebelum makan
- Nak tambah icing buah-buahan macam jem pun boleh(pilihan)
- Potong kek dengan pisau yang kering dan sedikit panas
- Rasa kek dan buat tarian kejayaan!(pilihan) =D
*sekadar hiasan
Oh, camtu rupanya nak buat cheesecake, bukan susah sangat pun~ ;)
Semoga anda semua berjaya~!
Kalau ada sebarang penambahbaikan dipersilakan =)
p.s. hari jadi semakin dekat dah (^_^)
Disclaimer: sebarang kejayaan, kegagalan atau kerugian ditanggung oleh diri masing-masing. =D
No comments:
Post a Comment