Salam sejahtera semua~
Harap semua sihat =)
Selsema, mesti orang semua pernah kena kan? Sekarang ni pun kyo tgh selsema. Mungkin disebabkan cuaca yang sejuk pada musim sejuk ni (~.~). Sebenarnya selsema disebabkan oleh beratus2 virus berjangkit, yang biasanya rhinovirus(~80%). Apabila kena selsema ni macam-macam la hidup jadi susah.
Simpton dan Kesan Selsema:
- kuat batuk
- sakit tekak
- sakit kepala
- hidung berair
- kerap bersin
- kesukaran bernafas teruatama hendak tidur
- susah untuk makan & masak
- susah nak baca dan hafal al-quran
- susah untuk bercakap dengan jelas
Eh, teruk jgak kalau kena selsema nih. so, cara nak cegah dan atasi?
Cara mencegah selsema:
- sentiasa basuh tangan
- jaga kebersihan sekitar
- suntikan vaksin
- pakai topeng mulut(yang ni dah ekstrem)
Cara atasi selsema:
- tidur dan rehat yang cukup
- madu (yang asli punyer!)
- sup ayam (sedikit panas)
- buah-buahan yang tinggi vitamin C (oren, kiwi..etc)
- makanan yang tinggi dengan zink (coklat, kacang...etc)
- kunyit, bawang putih dan halia (cara tradisional)
- minuman isotonik seperti 100 plus (cara moden) =D
- senang2 pergi jer farmasi, mintak ubat selsema, 2-3 hari lepas tu sembuh la kowt =D
Kena Elakkan :
- Merokok
- Ubat-ubatan(dadah) tanpa rundingan doktor
- Membatuk atau bersin berdekatan orang atau benda lain terutama bayi dan makanan
Peringatan: jauhi antibiotik kerana antibiotik tak mampu untuk atasi selsema dan kalau selsema berlarutan jumpa la dengan doktor(seriously).
Jangan merungut kalau kita jatuh sakit kerana kita kena sentiasa igt bahawa sesungguhnya semua penyakit adalah berasal daripada Allah, dan Dialah yang berhak menyembuh penyakit kita. Setiap penyakit yang kita kena itu ada hikmahnya yang tersendiri =)
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,"
(surah Ash-Syu'ara' ayat 80)
Harap post kali ni dapat manfaatkan untuk diri dan juga korang semua. Semoga kita sentiasa sihat dan kuat untuk ikhlas meneruskan ibadat..InshaAllah~ =)
No comments:
Post a Comment