Assalamualaikum~ =)
Takbir, Allahuakhbar!
Takbir, Allahuakhbar!
Itulah antara spoiler yang akan diceritakan pada post kali ni =D
Love Palestine Night merupakan satu konsert amal hasil kerjasama pelbagai agensi pertubuhan NGO(non- governmental organisation) dan NPO(nonprofit organisation) serta kerajaan mesir. Tujuannya untuk mengutip seberapa banyak sumbangan dan memupuk kasih sayang kepada rakyat palestin yang sedang bergelut dengan kesusahan.
Azhar Conference Center
Sepanjang konsert ni, kyo dan kawan2 bertugas sebagai AJK protokol yang mengawal keadaan dan keamanan program. Jadi, tak perlu la bayar untuk tiket sbb dapat masuk free2 jer =D
Camner bleh jadi AJK? Bleh kata ader cable(orang dalam) yang kuat. Lagipun pihak konsert jgk yang minta tolong kitorang jadi AJK. So, selepas kitorang pakai sut dan bersiap kemas2, kitorang kena datang awal untuk briefing(taklimat) tugas pada hari tu.
suasana dalam dewan sebelum bermula konsert
Pada awalnya, sikit jer orang yang datang...jadi tak lah sibuk sangat nak periksa tiket dan menyelia tempat duduk kepada tetamu yang hadir. Dewan dibahagikan kepada sebelah kanan untuk lelaki dan sebelah kiri untuk perempuan. Tunggu jer tunggu, tiba2 jer ramai yang datang. Masa ni la kyo sibuk dan sedikit pening kepala nak layan semua tetamu yang datang.
antara delegasi mesir yang datang menyokong
Tetamu semakin lama semakin ramai sehinggakan sampai lebih kurang 1500 orang yang ada dalam dewan. Tempat duduk pula dah dipenuhi dan tak cukup untuk menampung semua tetamu. Jadi rezeki diorang la kena berdiri. Ala, jangan susah hati, kitorang AJK pun berdiri jgk. Sekurang-kurangnya ader jgk peneman =D
Macam biasa, sepanjang konsert penonton disajikan dengan nyanyian lagu, nasyid, persembahan, sketsa dan kata dua daripada pihak penganjur dan delegasi mesir. Kyo pula bertugas sambil tgk konsert. Semuanya best bagi kyo kecuali bahagian ucapan =P
Macam biasa, sepanjang konsert penonton disajikan dengan nyanyian lagu, nasyid, persembahan, sketsa dan kata dua daripada pihak penganjur dan delegasi mesir. Kyo pula bertugas sambil tgk konsert. Semuanya best bagi kyo kecuali bahagian ucapan =P
persembahan nasyid daripada kumpulan Dai Nada
penonton-penonton yang bersemangat
Kita bleh nampak apabila ader jer konsert mesti jer full house(penuh). Untuk konsert amal ni baguslah sebab secara beransur-ansur dapat menyemai kesedaran kepada penonton yang hadir cuma kena dibawah kawalan yang betul. Antara cara efektif untuk menarik perhatian rakyat terhadap pemupukan sesuatu kebaikan adalah dengan cara ni la. Nampak tak permainan dia?
Tambahan:
Menjejak Nostalgia~ =)
lelongan bendera Al-Qasam bersama Nazrey Johani(Raihan)
Apabila tiba masa untuk mengutip derma, kitorang AJK la yang bergerak dan berpusing mengikut bahagian masing2. Alhamdulillah, kebanyakkan tetamu secara ikhlas menghulurkan derma ke dalam bekas. Sepanjang program berlangsung kitorang berjaya mengumpul derma sebanyak dalam L.E. 94,000 (lebih kurang RM 47,000) termasuk hasil dari lelongan bendera Al-Qasam dengan harga tertinggi LE 20,000. Betapa bagus dan pemurahnya tetamu yang hadir. Semoga allah memberkati hidup diorang =)
Pada penghujung program, kitorang bersalaman sesama sendiri dan bertakbir memuji Allah. Akhirnya bleh jugak rehat setelah lebih 4 jam bertugas dan berdiri, letih kowt! (~.~) Yang paling best dapat makan nasi ayam bakar arab free sumbangan pihak penganjur (^_^)
cenderamata daripada konsert
Alhamdulillah, konsert berjalan lancar sehingga tamat. Memang satu pengalaman yang cukup indah untuk membantu rakyat palestin dengan program kutipan derma ni. Ingatlah wahai raykat palestin, korang semua bukan keseorangan, kitorang masih ada dan bersedia untuk membantu!(eh, diorang faham ke?) Lepas tu kitorang balik rumah terus rehat dan study/main game =D
siap dapat sijil penghargaan =)
Tambahan:
Menjejak Nostalgia~ =)
No comments:
Post a Comment