Saturday, February 2, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah 2013


Assalamualaikum~ =)

Kali ni kyo nak cerita sikit pasal Cairo International Book Fair. Baru-baru ni kyo bersama ahli bait berpeluang pergi ke sini, antara pesta buku terbesar dunia. Tanya jer mana2 senior mesir kat mner nak beli buku bnyk2 mmg diorang akan cakap kat sini la. Sebenarnya sudah lama pameran(maqrad) buku camni diadakan kat cairo dan tahun ni dah masuk kali ke-44. Tiket utk masuk sebanyak 1 L.E jer(50 sen, xlah mahal pun) dan kalau tak silap tahun lepas dikenakan bayaran 10 L.E.. Masa kitorang sampai kat sini cuaca mmg  berkat dengan hujan, jadi kitorang berbasah untuk sebentar dan terpaksa pusing2 khemah buku yang sama sambil menunggu hujan reda sikit...nasib baik x muntah (~.~)

Selepas hujan reda, kitorang mulalah cari buku. Satu khemah ke satu khemah kitorang pergi, kebanyakkannya buku2 bahasa arab. Bknnya  tak nak beli cuma kena pandai dulu bahasa arab. Kalau beli sekarang susah nak faham -->tak minat nak baca-->sia-sia jer beli(tak jgk) =D


Memang pesta buku yang paling besar kyo pernah pergi. Terlalu bnyk khemah(sebahagian khemah mengikut negara penerbit masing-masing), beratus2 gerai buku, beribu2 pula buku yg dijual. Antara jenis buku yang dijual adalah genre perubatan, sastera, sains, kanak-kanak, sejarah, tokoh, pengurusan, falsafah, novel, pendidikan,....pendek kata, macam-macam ada! sampai tak tau nak beli buku yg mana satu..satu lagi bersesak dngan para pengunjung(pencinta ilmu)...boleh pening kepala kowt~ Dan pada hari tu jgk, ada sebahagian khemah kena blackout, nasib baik ader torchlight telefon bimbit, bleh jgk tgk buku kat dalam =D

antara kitab2 arab yg akan diusahakan utk difahami

Lepas  1 jam lebih letih berjalan2, kitorang bercadang nak balik. Itupun kitorang baru cover suku jer kawasan pesta buku tu. Yang selebihnya akan dilawat di kemudian hari, biizdnillah...kepada yang sibuk, anda tak perlu risau sebab pesta buku ni berlansung selama lebih kurang 2 minggu dari 23 Jan - 5 Feb 2013. So, rancanglah masa untuk datang dan ajak kawan2 lain sekali. ;)

wartawan: ada peluang nak masuk tv mesir ni =P

Perigatan: untuk pertama dan selama2nya, sentiasa peka dan berhati2 apabila berjalan di mesir

Alhamdulillah, kyo tak balik dengan tangan kosong. Dapat jgk beli buku berkaitan perubatan. Nak beli kitab arab, lain kali la kowt. Harap2 kita dapat manfaatkan semua buku yg baru dibeli dengan sebaik2nya...InshaAllah.

medic: antara buku yang dibeli =)

p.s. banyak duit dah habis utk beli buku =(


post signature

No comments:

Post a Comment